Sejak semalam netizen Malaysia menyuarakan rasa marah di atas tindakan beberapa orang wanita yang memijak anak kucing. Raungan anak kucing berkenaan yang kelihatan sayu dan seolah-olah tidak berdaya dan akhirnya menemui ajal membuatkan ribuan netizen menyuarakan kemarahan di atas sikap kebinatangan yang ditunjukkan oleh wanita berkenaan.

Untuk makluman semua, video pijak anak kucing itu adalah video lama. Ia berlaku pada tahun 2015 di Brazil dan pelakunya sudah pun ditangkap. Bukan saja kucing tapi arnab yang comel juga menjadi mangsa.

Yeah, Allah membalas perbuatan kejam dan lebih bersifat kebinatangan itu!

Video Lama! Bukan Saja Pijak Kucing Tapi Arnab, Rupanya Ia Satu  Fantasi “Fetish Sexuality”
Memijak haiwan comel menggunakan tumit membawa kepuasan kepada pelakunya
Video Lama! Bukan Saja Pijak Kucing Tapi Arnab, Rupanya Ia Satu  Fantasi “Fetish Sexuality”
Arnab yang comel juga menjadi mangsa kegilaan manusia

Tapi di sebalik kes pijak kucing yang tular di negara latin itu, ada kisah lebih dari itu yang mendorong kepada perbuatan kejam tersebut.

Carian REMAJA mendapati, tindakan pijak kucing dan haiwan-haiwan manja ini sebenarnya lebih terdorong kepada fantasi seksual luar biasa yang disebut ‘fetish sexuality”.

IKLAN

Fetish bermaksud suatu keadaan di mana seseorang cenderung melakukan hal tertentu yang spesifik, untuk memenuhi hasrat ketika ingin memulakan hubungan seksual  mereka dan mencapai kepuasaan. Hal-hal tertentu yang dilakukan dalam fetish bermacam-macam, mulai dari yang normal hingga yang paling aneh dan tidak terpikirkan oleh orang kebanyakan.

Fetish boleh berupa tindakan atau melihat sesuatu yang membuatkan seseorang menjadi lebih ghairah dan ia akan melakukannya dengan pasangannya ketika berhubungan.

IKLAN

Sebagai contoh, pasangan mungkin lebih  berasa ghairah melihat pasangannya memakai kasut tumit tinggi di dalam kamar tidur malah ada beranggapan menjilat tumit pasangan adalah kepuasan paling tinggi. Bagi sesetengah orang pula, melihat pasangan memakai pakaian dalam lebih membuatnya berasa ghairah.

Normal atau tidak tindakan ini? Ada yang menganggapnya normal kalau pasangan bersedia melakukannya tapi boleh jadi ganguan jiwa jika ia lebih memaksa.

IKLAN

Justeru itu, dalam kes video kucing yang dipijak menggunakan tumit kaki itu, ia adalah satu tindakan dorongan untuk mereka berasa lebih puas dalam fantasi seksual bersama haiwan yang diseksa tersebut. Lebih menjijikkan, selepas diseksa, mereka akan membayangkan fantasi seksual yang tinggi bersama haiwan diseksa itu dan kemudian menayangkannya di media sosial sambil ditonton oleh ribuan orang. Mereka mendapat kepuasan saat menyaksikan perbuatan tersebut.

Video Lama! Bukan Saja Pijak Kucing Tapi Arnab, Rupanya Ia Satu  Fantasi “Fetish Sexuality”
Raungan anak kucing berkenaan mendapat simpati tinggi dari netizen yang mendoakan agar pelakunya dihukum
Video Lama! Bukan Saja Pijak Kucing Tapi Arnab, Rupanya Ia Satu  Fantasi “Fetish Sexuality”
Ia video lama yang disiarkan dan pelakunya sudah ditangkap

Pergh, memang tak masuk akal fantasi begini! Menjijikkan!

Apa pun alasan mereka lakukannya, ia mendapat kecaman besar-besaran dari masyarakat di sana yang beranggapan kucing dan arnab comel itu tidak perlu dijadikan mangsa oleh manusia!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI