Bermula tahun 1996 demi membantu keluarganya, tidak sangka penat lelah sebagai penyanyi berbayar jua. Malah, kini semakin mempunyai jumlah peminat dari serata nusantara tidak kira peringkat umur!
Siapa tidak kenal dengan figura ini. Bukan hanya berjaya dalam industri muzik tanah air, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan juga.
Sebagai bintang legenda, penyanyi lagu popular Wajah Kekasih ini menitipkan nasihat dan pesanan buat bakat baharu di luar sana yang mahu ada kelas tersendiri dan kekal relevan sebagai anak seni.
“Walaupun sudah agak lama di dalam industri muzik, saya sentiasa berusaha memperbaiki, mencari formula baru, mengikuti perkembangan semasa dan harus bekerja keras untuk menempa nama.
Ads
“Saya yakin adik-adik saya di luar sana juga mempunyai bakat luar biasa, perlu pandai menjaga dan membawa diri, kerjaya diuruskan dengan baik dan jangan mudah putus ada,” katanya.
Ads
Sekadar informasi, pada tanggal 1 April lalu, genaplah 27 tahun penyanyi tersohor tanah air ini berlayar di persada seni tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi K-Pop sensasi, Lee Know Stray Kids, sekali lagi mencuri perhatian apabila menyambut hari lahirnya yang ke-27 dengan cara yang penuh bermakna. Beliau menyalurkan sumbangan besar sebanyak 200 juta Korea Won (sekitar RM 585,000) kepada dua organisasi kebajikan di Korea Selatan iaitu Samsung Medical Center dan organisasi perlindungan kucing, Nabiya Saranghae.
Hospital dan Perlindungan Haiwan
Menurut laporan media antarabangsa, sumbangan kepada Samsung Medical Center akan digunakan bagi membantu menampung kos pembedahan dan transplantasi untuk pesakit kanak-kanak serta dewasa yang menghidap penyakit serius. Pada masa yang sama, dana yang disalurkan kepada Nabiya Saranghae pula akan dimanfaatkan untuk kerja-kerja menyelamat, rawatan serta perlindungan kucing terbiar yang memerlukan perhatian dan penjagaan.
Dalam kenyataan yang dikongsikan, Lee Know Stray Kids atau pemilik nama sebenar Lee Min Ho menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada peminat (STAY) yang terus menyokongnya sepanjang perjalanan beliau sebagai anak seni.
“Dengan sokongan hangat daripada para peminat di hari istimewa ini, saya dapat berkongsi sesuatu yang bermakna. Saya berharap niat ikhlas ini dapat sampai kepada mereka yang memerlukan dan membawa kekuatan serta penghiburan kepada setiap kehidupan yang berharga,” katanya.
Rekod Aktiviti Kebajikan Lee Know Stray Kids
Untuk pengetahuan, ini bukan pertama kali penyanyi dan penari berbakat ini dikenali aktif dalam aktiviti kebajikan. Pada Januari 2024, Lee Know Stray Kids mendermakan 100 juta Korea Won kepada program World Vision Global Food Crisis Response, yang memberi bantuan kepada kanak-kanak di negara miskin yang terjejas akibat perubahan iklim.
Sumbangan itu menjadikannya sebagai ahli termuda kelab donatur prestij, Bob Pierce Honor Club, yang menghimpunkan individu dermawan di seluruh dunia. Langkah itu membuktikan keprihatinan beliau terhadap isu kemanusiaan sejagat dan kesungguhan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Komitmen Konsisten Dalam Misi Kemanusiaan Global
Sejak tahun 2014, Lee Know Stray Kids telah menaja empat orang kanak-kanak melalui organisasi World Vision. Pada tahun 2023 pula, beliau menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria, memperlihatkan komitmennya yang konsisten dalam misi kemanusiaan global.
Pada April lalu, Lee Know bersama anggota Stray Kids lain turut menghulurkan sumbangan berjumlah 800 juta Korea Won kepada Hope Bridge dan World Vision. Dana itu digunakan bagi membantu kerja-kerja pemulihan kawasan Gyeongnam dan Gyeongbuk yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan.
Comeback Stray Kids
Dalam perkembangan lain, Stray Kids dijangka akan membuat kemunculan semula menerusi pelancaran album baharu berjudul ‘SKZ IT TAPE: DO IT’ pada 21 November ini. Album tersebut merupakan comeback yang dinanti-nantikan oleh para peminat di seluruh dunia, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian besar buat kumpulan K-Pop terkenal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan akan memperuntukan bantuan makanan sebanyak RM12 juta kepada para pelajar peringkat tertiari.
Bantuan makanan ini melibatkan 74,530 orang pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia bukan saja untuk pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), malah melibatkan pelajar IPT swasta,Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.
Foto: Bernama
“Kita menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan dan terserah pada universiti sama ada dia (pelajar) boleh beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT.
“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka,” kata beliau pada sidang media hari ini. Bantuan yang diberikan ini adalah bagi kegunaan selama 11 hari sehingga tempoh PKP berakhir 31 Mac ini.
Gambar hiasan.
Ini dilihat sebagai berita baik buat para pelajar yang ‘terperangkap’ di hostel dan tidak boleh pulang ke kampung halaman setelah beberapa universiti tempatan mula mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan makanan.
Antaranya termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) cawangan Kuantan.
Sumber Foto Utama: UTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dulu selalu kita tonton filem arahan Datuk Yusof Haslam, sekarang ni dah tiba pula masa untuk anak-anaknya bersinar.
Syamsul dan Syafiq Yusof merupakan anak kepada penerbit dan pengarah legend, Datuk Yusof Haslam yang dahulunya sering menghasilkan filem-filem box office seperti Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi.
Boleh dikatakan filem terbitan Skop Productions antara pelopor filem yang berjaya menarik penonton ke pawagam. Buktinya, pada tahun 90-an dahulu pun filem terbitan mereka dah cecah kutipan jutaan ringgit.
Kini tiba masanya untuk dua beradik ini meneruskan legasi pengarahan filem Melayu bagi memartabatkan lagi industri perfileman Malaysia.
Jom kita lihat antara kejayaan-kejayaan kutipan filem box office arahan tiga beranak ini.
1. Munafik 2 (2018)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 21.60 juta (tayangan 4 hari)
2. Abang Long Fadil 2 (2017)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan(RM): 18.15 juta
3. Munafik (2016)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 17.04 juta
4. KL Special Force (2018)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 12.22 juta
5. KL Gangster (2011)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 11.74 juta
6. Khurafat (2011)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 8.08 juta
7. Sembilu 2 (1995)
Arahan: Datuk Yusuf Haslam
Kutipan (RM): 6.10 juta
8. Evolusi: KL Drift 2 (2013)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 5.67 juta
9. Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 4.98 juta
10. KL Gangster 2 (2013)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 4.96 juta
11. Maria Mariana (1996)
Arahan: Datuk Yusof Haslam
Kutipan (RM): 4.72 juta
12. Abang Long Fadil (2014)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 4.61 juta
13. Gerak Khas The Movie (2001)
Arahan: Datuk Yusof Haslam
Kutipan (RM): 4.40 juta
14. Sembilu (1994)
Arahan: Datuk Yusuf Haslam
Kutipan (RM): 4.39 juta
15. Mat Moto (2016)
Arahan: Pekin/Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 4.33 juta
Dan dengarnya kutipan filem Munafik 2 untuk tayangan 10 hari dan mencecah RM 30 juta. Wow congrats Syamsul!
Ternyata keluarga ini sememangnya mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang perfileman. Salute!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.