Baru-baru ini, Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah tampil menzahirkan nasihat kepada golongan wanita agar lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, khususnya apabila melibatkan pasangan warganegara asing.

Baginda bertitah demikian susulan pemerhatian terhadap kecenderungan yang semakin meningkat kebelakangan ini melibatkan perkahwinan antara wanita tempatan dan lelaki warga asing. Maklumnya, perkara tersebut bukanlah satu kesalahan sekiranya dilaksanakan mengikut syariat Islam serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Pada asasnya perkara ini bukanlah suatu kesalahan selagi ia dilaksanakan menurut lunas syarak serta mematuhi undang-undang. Islam tidak menutup pintu perkahwinan merentasi bangsa dan sempadan, selagi ia dibina atas asas iman, kejujuran dan tanggungjawab,” titahnya.

Ads

Sultan Pahang Nasihat Wanita Teliti Pasangan Warga Asing Sebelum Berkahwin

Sultan Pahang Nasihat Wanita Teliti Pasangan Warga Asing Sebelum Berkahwin
Gambar sekadar hiasan

“Namun demikian, saya ingin menasihatkan agar seluruh wanita di negeri ini tidak terburu-buru dalam membuat keputusan yang menyentuh masa depan dan maruah diri. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasa, tetapi suatu amanah besar yang menentukan arah perjalanan hidup seseorang,” jelas Baginda.

Pada masa yang sama, Baginda turut mengingatkan bahawa kesilapan dalam memilih pasangan boleh memberi kesan berpanjangan kepada kehidupan rumah tangga serta kesejahteraan diri.

Ads

Hal ini termasuk kemungkinan berlakunya situasi di mana segelintir individu warga asing mengambil kesempatan terhadap wanita tempatan demi kepentingan peribadi, sama ada melalui janji manis, manipulasi emosi mahupun helah tertentu. 

Sultan Pahang Nasihat Wanita Teliti Pasangan Warga Asing Sebelum Berkahwin
Gambar sekadar hiasan/Kredit foto: Threads LyyanaAdam

Sehubungan itu, para wanita dinasihatkan supaya melakukan penelitian menyeluruh terhadap latar belakang bakal pasangan, termasuk asal-usul, pekerjaan serta kemampuan sebenar sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ads

Selain itu, Baginda mengingatkan bahawa institusi keluarga juga memainkan peranan penting sebagai sumber nasihat dan bimbingan supaya setiap keputusan besar berkaitan perkahwinan dibuat dengan pertimbangan matang serta kebijaksanaan demi memastikan rumah tangga yang dibina membawa kebahagiaan dan keberkatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads