
Polemik rumah tangga antara pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bakal berakhir apabila pengarah dan juga penerbit tersebut bakal melafazkan talak terhadap isterinya pada tanggal 18 April ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, perkahwinan yang telah terbina antara mereka selama ini akan menemui titik perakhiran apabila kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan, malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Sinar Apa? Sinar Harian? Just Let Me Go” Puteri Sarah Mohon Suami Lepaskan Cara Baik

Selain itu, Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.

Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemesraan #HaeYang, Pengiktirafan Dayang Nurfaizah & Parodi Tarian ‘MWA’ Dolla Bersama Mimi Fly Hangatkan Konsert MeleTOP TVS

Stadium Tertutup Miri ‘menyala’ dengan kehadiran lebih 2,500 orang ramai yang membanjiri ruangan tempat duduk bagi memeriahkan Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung pada 17 Mei 2025.
Buat julung kalinya, konsert MeleTOP dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia dan nyata, peluang untuk berhibur di hujung minggu tersebut tidak disia-siakan oleh warga Sarawak.


Menariknya, acara berkenaan bukan sekadar konsert nyanyian semata-mata tetapi turut ketengahkan warisan kebudayaan Borneo untuk disadurkan bersama lagu-lagu pop yang dipersembahkan oleh barisan artis jemputan.
Antaranya yang diterbangkan khas ke Miri untuk Konsert MeleTOP Miri ini termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Dolla, Mimi Fly, Marsha Milan, Stacy, Hafiz Suip, Wani Kayrie, Noki, Floor 88 & Namie, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong James dan ramai lagi.
Aksi Mesra #Haeyang, Mimi Fly & Dolla Pula Spontan!
Tentunya jika korang merupakan peminat kepada dua penyanyi berbakat ini, korang sudahpun tahu mengenai bibit-bibit mesra yang berlaku secara spontan sewaktu di menyampaikan lagu duet mereka, Haram di pentas Konsert MeleTOP Miri tempoh hari.
Ia menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan mereka sedang mabuk bercinta! Rata-rata peminat juga seakan merestui hubungan mereka.


Walaupun hujan renyai-renyai turun di bumi Miri, malam Sabtu lalu bertambah istimewa buat Dayang apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP di atas sumbangannya dalam industri muzik.
Kejayaan Dayang untuk terus-menerus mengharumkan nama Borneo dan Sarawak, khususnya dalam persada seni hiburan tanah air diiktiraf oleh negeri kelahirannya itu apabila trofi anugerah khas berkenaan disampaikan oleh Pengerusi TVS, Datuk Norhayati Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal.


Susulan sesi penyampaian anugerah tersebut, penyanyi Nadeera Zaini muncul bagi menjayakan segmen tribut dengan menyampaikan dua buah lagu nyanyian asal Dayang iatu Hakikat Cinta dan Erti Hidup.
Di belakang pentas pula, satu lagi momen istimewa tercetus apabila pelantun lagu Serumpun, Mimi Fly menyertai grup wanita popular, Dolla bagi menyertai cabaran tarian lagu terbaru mereka berjudul MWA!.


Mimi yang juga merupakan seorang penghibur lincah yang sinonim dengan aksi menari sambil menyanyi tidak langsung kelihatan kekok apabila beraksi bersama Sabronzo, Tabby dan Angel. Haa, mana tahu satu hari nanti, Dolla akan menjalin kerjasama dengan Mimi Fly menerusi single kolaborasi? #LetsManifest.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai peminat yang berharap agar jelajah Konsert MeleTOP ini akan dibawakan ke daerah-daerah lain di sekitar Borneo agar peminat dapat beramah mesra dengan lebih dekat lagi dengan idola masing-masing.
Buat masa sekarang, why not korang kembalikan momen-momen Konsert MeleTOP Miri menerusi siaran ulangan yang boleh korang strim di Astro GO atau di saluran Astro RIA pada 24 Mei ini, jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Putu Mayam Ke Pelamin! Pendedahan Sweet Erra Fazira & Mr. E Buat Peminat Cair!

Kisah Cinta Erra Fazira Yang Bermula Dengan Cara Paling Natural
SIAPA sangka, pelakon dan penyanyi legenda Erra Fazira berkenalan dengan bakal suaminya, Ezwan Zain atau lebih mesra dipanggil Mr. E, melalui cara yang cukup santai tetapi penuh warna-warni. Tiada drama cinta pandang pertama, tiada usaha berlebihan hanya pertemuan biasa yang akhirnya membawa kepada perjalanan hati yang luar biasa.

Menurut Erra Fazira, hubungan mereka bermula sebagai kawan, sebelum masing-masing mula melangkah ke fasa seterusnya. “Insya-Allah daripada kawan kita melangkah lagi satu langkah,” ujar Erra sambil mengukir senyuman manis.
Detik Pertemuan Yang Simple Tapi Sweet
Segalanya bermula pada tahun 2022 ketika Erra menjadi announcer undangan di Sinar FM. Rakan setugasnya memperkenalkan Erra kepada seseorang yang dikatakan “sebijik macam Erra”, dan dari situlah hati mereka mula dijentik tanpa dirancang.
Lebih kelakar, sewaktu pertemuan pertama itu, Erra menyangka Mr. E hanyalah pekerja stesen radio kerana cara dia duduk dan melayan semua orang. Sifat humble lelaki itu nyata menjadi antara perkara terawal yang mencuri perhatian Erra Fazira.

Putu Mayam Jadi ‘Ayat Mengurat’ Tak Disangka
Siapa sangka kuih tradisional boleh jadi love language seseorang?
Erra yang memang peminat tegar putu mayam terhibur apabila Mr. E makan kuih itu berkali-kali semasa sesi makan bersama. Dari gurauan tentang putu mayam itulah, mereka mula rapat dan semakin selesa antara satu sama lain.
“Saya tackle Erra pakai putu mayam ni… gurau je! Tapi memang betul itu kuih kegemaran dia,” seloroh Mr. E, disambut tawa Erra Fazira.
Kesederhanaan inilah yang membuatkan momen mereka terasa begitu asli dan comel.
6 Jam ‘Bergayut’, Padahal Erra Seorang Introvert!
Salah satu perkara paling mencuit hati yang dikongsikan Erra ialah dirinya tidak pernah berbual lama di telefon sehinggalah dia mengenali Mr. E.
“Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon 6 jam. Saya macam… dia ni bila nak letak telefon?” kata Erra sambil ketawa. Sedangkan dirinya seorang introvert yang cepat penat dengan komunikasi, perbualan mereka mengalir begitu natural hingga Erra boleh letak telefon di tepi sambil buat kerja lain!
Di awal hubungan pula, mereka berdepan sedikit cabaran komunikasi kerana Erra tidak menggunakan WhatsApp. Ya, betul, Erra Fazira berhubung melalui WeChat di tahun 2024!
“Saya ingat dia tipu mula-mula,” cerita Mr. E. “Tapi rupanya Erra memang ‘rare’. Kami mula berhubung melalui Instagram.”
Erra mengaku dia berhenti menggunakan WhatsApp selepas menerima mesej daripada nombor tidak dikenali, selain tidak tahan melihat notifikasi yang banyak.

Keserasian Anak-Anak Jadi Tanda Penting
Walau hubungan mereka penuh humor dan momen lucu, perkara paling penting bagi kedua-duanya ialah penerimaan anak masing-masing. Kebetulan, mereka berdua memiliki anak perempuan berusia 16 tahun.
Bagi Erra Fazira, apabila anak boleh menerima, barulah dia yakin untuk meneruskan ke fasa seterusnya.
“Bila anak boleh terima, lega… Baru next fasa jumpa parents,” jelas Erra.
Adab, Hormat & Keselesaan Dalam Cinta Matang Mereka
Walaupun hubungan ini bermula dengan putu mayam dan sembang santai, perjalanan mereka melibatkan nilai yang sangat mendalam—kesopanan, kestabilan dan rasa hormat.
Pertemuan keluarga juga diatur dengan penuh adab, tanpa gopoh atau paksaan.
“Saya rasa lebih selesa kalau jumpa di luar, tak ada mata memandang. Adab tu penting,” kata Erra.
Kasih Onz & Tarikh Nikah Yang Ditunggu Ramai
Menariknya, pasangan ini kini tampil bersama dalam platform digital Kasih Onz untuk berkongsi pengalaman, refleksi dan perjalanan hubungan mereka.
Dan yang paling dinanti?
Erra Fazira mengumumkan bahawa mereka bakal bernikah pada 12 Disember ini satu berita yang pastinya membuatkan peminat menanti penuh debar dan gembira.
BACA LAGI : Erra Fazira Nikah 12 Disember, Bakal Tamatkan Zaman Solo Pada Usia 51 Tahun
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yeonjun TXT Derma 50 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Kelaparan di Korea

Penyanyi sensasi K-Pop, Yeonjun daripada kumpulan TXT baru-baru ini meraih perhatian atas keprihatinannya selepas mendermakan 50 Juta Won (RM152,952) bagi membantu kanak-kanak yang mengalami kelaparan di Korea Selatan.
Pengumuman itu dikongsikan sendiri oleh sebuah badan NGO hak kanak-kanak global, Good Neighbors dan sumbangan ini disalurkan melalui kempen One Meal Adventure, yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang nasib kanak-kanak yang berdepan kesukaran mendapatkan makanan seimbang serta kepentingan akses kepada makanan yang sihat dan selamat.
Menurut Yeonjun atau nama sebenarnya Choi Yeonjun (26), beliau terinspirasi untuk menderma selepas kisah kisah keluarga Grune yang terpaksa berkongsi satu bungkus ramen untuk tiga orang tular.

Selain itu, pelantun lagu GGUM itu juga berharap melalui sumbanganya itu beliau dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan agar mereka dapat membesar dengan sihat dan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam masyarakat.
Dalam pada itu, menerusi sumbangan itu, Yeonjun kini secara rasmi menjadi ahli The Neighbors Club, sebuah kelab eksklusif di bawah Good Neighbors yang menghimpunkan para penderma dengan sumbangan tahunan melebihi 10 juta Won serta aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Sementara itu, tindakan mulia Yeonjun ini turut mendapat pujian daripada peminat serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk turut serta dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
in 2023 yeonjun donated to the support of korea’s first hospital dedicated to patients suffering from lou gehrig’s disease (ALS)
in 2024 he donated 50M KRW to “firefighter trauma support” hallym burn foundation
in 2025 he is registered as a member of ‘The Neighbors Club,’ and… pic.twitter.com/2WI3s31ydr
— SHABI 연준 4th gen it boy (@constaellatae) March 6, 2025
Pada masa yang sama, selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan, Yeonjun juga turut cemerlang bersama TXT apabila dapat mengukuhkan kedudukan di peringkat global dengan album terbaru yang mendominasi carta muzik, termasuk Billboard dan iTunes di pelbagai negara.
Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih, Yeonjun membuktikan bahawa beliau bukan sahaja berbakat dalam muzik, tetapi juga seorang insan berhati emas yang sentiasa berusaha memberi impak positif kepada masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

