Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
Ads
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
Ads
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Ads
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Jika korang memiliki darah genetik pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan pereka fesyen, Victoria Beckham, of course your life will be so blessed!
Dengan rupa paras yang kacak, anak sulung mereka berdua iaitu Brooklyn Beckham ‘terkenal’ sebagai remaja lelaki yang baik namun mudah menarik perhatian perempuan.
Antara personaliti popular yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Brooklyn termasuklah pelakon Chloe Grace Moretz, Sonia Ben Ammar, Madison Beer dan model yang kelihatan persis ibunya (opps!) Hana Cross.
Namun, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Nicola Anne Peltz, siapa sangka Brooklyn yang baru berusia 21 tahun akan mengambil keputusan untuk berkahwin!
“Dua minggu lalu, saya bertanyakan kepada pasangan hidup saya (Nicola) jika dia sudi mengahwini saya dan dia katakan ya xx Saya adalah lelaki paling bertuah dalam dunia ini.
“Saya berjanji untuk menjadi suami terbaik dan ayah terbaik satu hari nanti. Saya cintakan kamu sayang xx,” ucapnya dalam posting di Instagram sejam yang lalu.
Ibu Brooklyn iaitu Victoria Beckham aka Posh Spice juga tidak sabar untuk berkongsi kepada dunia tentang update terbaru ini.
“Berita yang PALING mengujakan!! Kami sangat gembira apabila Brooklyn dan Nicola mengambil keputusan untuk berkahwin! (Saya) ucapkan semoga kalian berbahagia sepanjang hayat. Kami semua sayangkan kalian berdua,” tulisnya di Instagram.
REMAJA turut gembira apabila menerima perkhabaran ini. Cuma itulah..
Siapakah Nicola Anne Peltz ni sebenarnya?
01
Jika dia kelihatan familiar, ya, Nicola pernah membintangi video muzik untuk ‘It’s You’ nyanyian Zayn Malik dan ‘7 Things’ nyanyian Miley Cyrus.
02
Bukan hanya bergelar model, Nicola juga adalah pelakon berbakat. Antara filem blokbuster yang pernah menampilkan Nicola ialah Transformer: Age of Extinction dan The Last Airbender.
03
Hhm, nampaknya bukan Brooklyn sahaja yang pernah dikaitkan dengan ramai remaja dengan rupa paras menawan.
Nicola juga pernah bergelar teman wanita kepada Anwar Hadid iaitu adik kepada model adik-beradik terkenal, Gigi Hadid dan Bella Hadid. Kini Anwar sedang menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop, Dua Lipa.
04
Walaupun Nicola dan Brooklyn mula dikaitkan sejak Oktober 2019, mereka menunggu sehingga Januari 2020 untuk declare sebagai pasangan.
Dengar cerita, ini adalah teman wanita pertama yang mendapat restu daripada Victoria Beckham. Ouhh..
Sebelum itu, Brooklyn dan pelakon berusia 25 tahun ini bertemu untuk kali pertama pada acara festival muzik Coachella pada tahun 2017.
05
Bercakap mengenai kerjayanya sebagai pelakon, Nicola amat meminati Cate Blanchett dan Natalie Portman. Namun sebelum benar-benar meminati bidang lakonan pada usia 12 tahun, Nicola asalnya ingin menjadi atlet hoki ais.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MENYINGKAP PERJALANAN TIGA TAHUN YANG DILALUI LIMA DEWI PENYERI ISU MAC 2022 KAMI, SERIBU SATU PERASAAN TERUNGKAP MENGENANGKAN MEMORI MANIS BERSAMA. KELIBAT MEREKA SEMAKIN DIRASAI DALAM LALUAN MASING-MASING. SETIAP SEORANG PUNYA KISAH TERSENDIRI SEBAIK TIRAI DEWI REMAJA 2019 BERLABUH.
ARAHAN SENI: FZ AIMMAN, AZNIZA & MUSTAIZZAH PENGARANG: FZ AIMMAN PENYELARAS: RUZIANA ZAINAL, NOOR AIN NORMAN & FIEZREEN AHMAD JURUFOTO: AZFARINA SULAIMAN UNTUK IDEAKTIV SUNTINGAN: HEZRY ROKMAN PENGARAH KREATIF NADIA ABDULLAH PENERBIT VIDEO JUNIOR: SHERFIQA SHARIDAN JURUVIDEO: IZZUDIN ISMAIL & MUSLIM ABDULLAH SUNTINGAN VIDEO: AMIRUL FITRI SOLEKAN & DANDANAN: SYAMIELISMA BUSANA: GUESS & RIZMAN RUZAINI AKSESORI: HILL TO STREET
NINA AMIN
BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Selama beberapa tahun saya berpeluang terlibat dalam penggambaran paparan fesyen buat REMAJA, satu sifat yang saya sedari ada dimiliki oleh sebilangan besar model tempatan Malaysia adalah kemahiran mereka untuk menggalas sisi alter ego sebaik saja beraksi di hadapan lensa.
Serahkan saja panduan serta ‘angin’ ekspresi yang diinginkan, barisan model kita bingkas mengubah diri mereka mengikut acuan sang pengarah kreatif. Mereka dan kamera bagaikan belangkas, sukar untuk saya gambarkan hubungan tersebut menerusi kata-kata; hanya magis yang tercipta dalam bentuk foto yang dirakamkan.
Begitulah yang dapat saya simpulkan apabila melihat aksi model up-and-coming; Nina Amin.
Nina Amin terlebih dahulu melangkah ke dalam bidang peragaan sebelum kemunculannya di pencarian Dewi Remaja 2019 lagi.
Segalanya berlaku secara tidak disengajakan. Hendak dibuat cerita, Nina diyakinkan oleh kakaknya sendiri untuk mengambil alih posisi seorang model sewaktu penggambaran fesyen buat bidikan Majalah Hijabista pada waktu itu. Ternyata, perhitungan kakaknya itu menjadi.
Nina punya sentuhan istimewa apabila beraksi di hadapan lensa. Karakter pemalu yang awalnya menebal pada diri Nina langsung berubah menjadi seorang gadis lincah. Pergerakannya tidak dibuat-buat, segalanya tampak natural pada mata jurufoto dan kru yang bertugas.
Saya kira, itulah yang didefinisikan sebagai alter ego. It is okay to be shy, but throw that away once your magical touches are desired in front of the camera.
Kemunculan Nina pada hari sulung uji bakat Dewi Remaja 2019 di bangunan Kumpulan Media Karangkraf masih jelas dalam ingatan saya. Masakan tidak, saya yang pada ketika itu diapit oleh the Anzalna Nasir dan pengarang eksekutif kanan Astro Awani, Hafidah Samat merupakan panel juri pertama yang bertentang mata dengan Nina di medan uji bakat.
Di sana-sini kedengaran bisikan, “Nina dah sampai..” atau “Nina, alah yang selalu shoot fesyen tu..” sehingga membuatkan kami bertiga teruja untuk menemuinya. Malangnya, Nina tidak hadir dengan persediaan lengkap dan kami memohon agar dia muncul semalam pada keesokan hari.
“Saya telah lakukan yang terbaik, tapi malangnya saya tidak dapat lepas percubaan pertama. Saya ingat lagi selepas menerima rejection daripada juri, saya masuk ke kedai buku di sana, menghampiri sudut kedai dan menangis keseorangan di situ (ketawa) sementara menunggu ayah saya datang untuk menjemput.
“Yes, I felt disappointed at that point of time; mungkin kerana saya telah lama menantikan masa paling sesuai untuk menyertai Dewi Remaja. Tapi saya tidak biarkan perasaan itu berpanjangan kerana bila lagi peluang ini akan tiba. Hari kedua uji bakat, saya kembali dengan semangat baharu dan tidak sangka pula, saya dapat,” imbasnya sewaktu kami saling bertemu di studio pada hari tersebut.
Nina Amin merupakan finalis pertama yang diumumkan sebagai barisan Top 12 Dewi Remaja 2019 sewaktu acara sidang media dilangsungkan. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
“Just go for it. Life is too short to not try things that you have always wanted to do..”
Sebaik terpilih sebagai sebahagian daripada 12 finalis akhir pencarian Dewi Remaja 2019, jodoh Nina bersama kami tidak berpanjangan. Nina akur apabila namanya diumumkan sebagai finalis kedua yang meninggalkan program. Cabaran lakonan menjadi titik noktah dalam perjalanannya di Dewi Remaja setelah juri mendapati Nina kurang menonjol pada episod tersebut berbanding rakan yang lain.
Begitupun, itu sama sekali tidak menjadi aral untuk dia berhenti mengorak langkah sebagai seorang model generasi baharu. Dalam fikiran Nina, tidak mustahil untuknya membina nama dalam bidang ini.
“Selepas menamatkan perjalanan dalam program Dewi Remaja 2019, saya hadirkan diri ke uji bakat The Models Lab KL yang merupakan sebuah agensi model tempatan. Oleh kerana ini adalah uji bakat profesional pertama saya, rasa gugup itu tidak mungkin dapat dipisahkan. Ramai model-model lain turut mencuba nasib pada hari tersebut, they are very tall… very skinny.
“Secara peribadinya, saya tidak meletakkan harapan menggunung pun untuk disenarai pendek.
“Alhamdulillah, orang kata rezeki selalunya hadir tanpa disangka-sangka. Saya diserap masuk sebagai salah seorang wajah terbaru agensi The Models Lab KL dan sehingga kini, saya masih diwakili mereka serta berterusan melakukan kerja yang saya minati di hadapan kamera,” kata pemilik gelaran Dewi Inspirasi 2019 ini.
Nina Amin tidak menutup pintu hati bagi menerima peluang berlakon. Baru-baru ini, Nina terlibat dalam telefilem Hierarki bersama 12 finalis Hero Remaja 2021. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
Berbalik kepada keistimewaan model tempatan yang punya sisi alter ego masing-masing sebaik melangkah masuk ke set penggambaran, Nina Amin turut tidak terkecuali – she just got ‘it’! Apakah yang dimaksudkan dengan ‘it’ tersebut? Karakter semulajadinya yang pemalu perlahan-lahan berjaya dikikisnya demi melebarkan lagi potensi yang ada selaku seorang peragawati yang boleh menginspirasikan generasi seterusnya.
“If I stay shy all the way, sampai bila-bila pun saya tidak boleh maju. mudah cerita, fake it till you make it.”
“Normal lah untuk seseorang itu merasa kaku pada kali pertama. Sebab itulah pentingnya untuk seorang model melakukan homework. Telek foto-foto rujukan, layari laman web yang terpampang pelbagai paparan fesyen dan kempen kecantikan. Laman Pinterest dan program seperti America’s Next Top Model memang adalah ‘pusat rujukan’ sejati saya demi mempelbagaikan kreativiti bergambar.
“Paling penting, jangan pernah berhenti belajar. Rapatilah model-model senior yang lebih berpengalaman dan minta tunjuk ajar daripada mereka,” nasihat Nina yang masih merasakan dirinya bertuah apabila dikelilingi figura-figura hebat industri peragaan Malaysia seperti Tuti Noor, Tengku Azura, Amber Chia, Nasha Aziz dan ramai lagi.
Tambah Nina, misi utamanya adalah untuk kekal bertahan selama supermodel kelahiran Malaysia tersebut. Sekiranya mereka mampu, mengapa tidak Nina Amin?
(Dari Kiri) : Syamira Nazir, Nina Amin, Shaza Bae, Myra Natasya dan Adriana Ghafar sebagai penghias hadapan Majalah Remaja edisi digital Mac 2022. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
Bayangan glamor yang selalu dikaitkan dengan dunia fesyen hakikatnya berhenti setakat di situ – satu bayangan. Di sebalik all the glitz and glamorized visuals dalam sesebuah penggambaran kempen, fashion spread mahupun video-video melibatkan klien ternama, amatlah penting buat Nina menyematkan ciri-ciri seperti displin diri, komitmen dan sifat tidak mudah putus asa dalam diri sekiranya ingin bertahan lama.
Perihal call time, cara pembawakan diri dengan klien, berpakaian dan percakapan semakin sebati dengan diri Nina. Menganggap perjalanannya masih jauh dalam industri fesyen di Malaysia; Nina sama sekali tidak menidakkan peluangnya untuk mara ke tahap yang lebih tinggi hatta sehingga berkelana ke luar negara sambil melangsaikan tugasan sebagai model.
Jika baru-baru ini, masyarakat boleh berbangga dengan beberapa model kelahiran Malaysia yang berjaya memahat nama di pentas minggu fesyen antarabangsa; tidak mustahil sasaran impian Nina Amin untuk memperoleh peluang sama satu hari nanti akan terlaksana jua.
KLIK PAUTAN video di bawah untuk menonton temubual kami bersama Nina Amin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang boleh terlihat sebagai seorang yang sangat menggerunkan juga.
Namun, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi.
Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Hehe
Kami nak kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Korang yang laki-laki tu take note okay?
Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.
Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.
Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..
Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.
Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.
Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.
Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.
Air mata adalah senjata utama perempuan.
Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!
Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!