Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.
Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.
Terkini, seorang pelajar sekolah menengah meninggal dunia apabila menjadi mangsa kemalangan melibatkan pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Dzulkifly Yahya berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam sekitar jam 3 pagi di Jalan Raja Laut.
Kejadian itu melibatkan dua kenderaan iaitu penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemandu kenderaan Myvi berwarna silver.
“Dalam kejadian berdekatan Public Bank menghala ke Jalan Ipoh itu, pemandu kereta Myvi dari susur jalan Sri Amar (Chow Kit) tiba-tiba mengubah haluan secara melintang untuk memasuki lorong Tiong Nam.
“Pada masa yang masa penunggang motosikal dikenalpasti sebagai remaja berusia 17 tahun yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut terkejut kehadiran Myvi secara tiba-tiba sebelum telah melanggar pintu sisi depan kiri.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa seorang pelajar yang masih bersekolah jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan polis mendapati mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat.
Tambah beliau, pemandu Myvi itu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Katanya, sapek telah dilibatkan dalam ujian EBA iaitu mengukur tahap kandungan alkohol dalam badan dan bacaan menunjukkan 165miligram /100mililiter melebih had yang ditetapkan pihak berkuasa di atas jalan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan geram dengan silap pemandu itu.
Anda mungkin berminat dengan
Suspek direman untuk siasatan lanjut selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.
Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat?
Sumber : Twitter
∞
Kalau di Malaysia atau mana-mana negara yang diistiharkan perintah berkurung (lockdown) angkara COVID-19 pasti rata-rata kita akan melakukan pembelian panik keperluan harian seperti stok barang dan makanan.

Namun, berbeza pula dengan penduduk Amerika Syarikat ketika wabak koronavirus (Covid-19) semakin meninggi di sana, mereka berpusu-pusu di kedai menjual senjata api.

Menurut laporan The Sun, orang ramai sanggup beratur panjang demi membeli senjata api dan pisau demi mencegah diri dalam krisis Covid-19 yang melanda negara itu. Peratusan jualan di kedai senjata api meningkat sehingga mencecah 68 peratus sebelum tercetusnya pandemik ini.
Kebanyakan senjata yang laris terjual ialah senjata ‘pembelaan diri’ automatik seperti AR-15. Pemilik Gun Effect dan Cloud 9 Fishing, Dennis Lin berkata, jualan senjata mengalami peningkatan yang begitu tinggi dalam kalangan Asia-Amerika kerana ‘menjadi sasaran disebabkan bangsa’.

Kata salah seorang netizen tentang perkara ini, mereka membeli senjata sebagai langkah melindungi diri dan keluarga. Sejak Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di negara itu, penduduk sudah memulakan pembelian panik dan keadaan itu telah mencetuskan hura-hara.
Penduduk terdesak untuk menyimpan stok barangan untuk menjalani tempoh kuarantin sehingga berlaku pergaduhan di hadapan pasar raya. Berlaku pergaduhan apabila ada antara mereka mengambil tisu tandas di dalam troli pembeli lain.
Dalam pada itu, peruncit mengatakan tiada kemungkinan berlakunya kekurangan stok disebabkan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini namun mengakui bahawa mereka sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Rangkaian pasar raya terbesar di Amerika, Walmart mengumumkan semua cawangan mereka yang beroperasi 24 jam akan dipendekkan kepada 6 pagi hingga 11 malam dan akan beroperasi sedia kala apabila keadaan kembali normal. Waktu operasi dipendekkan untuk melakukan kerja-kerja pembasmian dan pembersihan.
Amerika Syarikat mempunyai kadar pemilikan senjata api tertinggi dan undang-undang senjata paling longgar di dunia. Setiap tahun kira-kira 4.5 juta senjata api, termasuk kira-kira dua juta pistol, yang dijual di Amerika Syarikat, melebihi jumlah penduduk.
Ish bahaya betul kalau korang dah panik ni kan.Takut pula penulis dah beli pistol bagai ni.
Sumber: The Sun
∞
…ataupun anak buah baru.
Kes kelahiran secara luar biasa bukanlah satu perkara baharu, menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kata Ketua Unit Kesihatan Reproduktif di LPPKN iaitu Dr Hamizah Mohd Hassan ketika temuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM1, situasi baby boom ini pernah berlaku di luar negara.
Contohnya semasa penutupan bandar Maine dan New Hamshire di Amerika Syarikat akibat ribut salji selama beberapa minggu pada tahun 1998.

“Sembilan bulan kemudian, penduduk yang terperangkap di rumah dalam jangka masa yang lama mengalami baby boom ataupun kelahiran bayi luar biasa.
“Perkara sama dijangka berlaku di Malaysia kerana rakyat kini terpaksa duduk di rumah sepanjang PKP ketika ini. Ia tentunya akan mempengaruhi kadar kelahiran penduduk Malaysia menjelang awal tahun hadapan kerana majoriti pasangan dipaksa berkurung di rumah,” jelas beliau.
Situasi ini nampaknya tidak mustahil memandangkan perlaksaan PKP sekerap 2 fasa iaitu bermula 18 hingga 31 Mac lalu sebelum ia dipanjangkan dari 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Err, dah ready untuk menerima kelahiran bayi baru dalam keluarga korang? Hiks!
Ini merupakan antara fakta mengenai anak bongsu..
8 Karakter Anak Bongsu Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
∞
Sosialis fesyen, Harry Brant disahkan telah meninggal dunia pada 17 Januari (waktu Amerika Syarikat) selepas dipercayai terlebih mengambil dos dadah.
Lapor The New York Times pada dua hari lalu, kematian Harry yang juga merupakan anak lelaki supermodel 80-an dan 90-an, Stephanie Seymour telah disahkan oleh keluarganya sendiri.
Kata mereka,” Kami akan sentiasa bersedih apabila mendapat tahu hidupnya hanya bertahan sebentar disebabkan oleh ‘penyakit’ mendukacitakan ini.”
Harry bersama ibu dan abangnya, Peter. Sumber Foto: Instagram @harry_brant.
Harry boleh dianggap sebagai seorang remaja yang cukup bertuah semasa masih hidup.
Legasi keluarganya yang mewah memberinya peluang untuk memasuki kelompok elit di New York. Hidupnya dikelilingi golongan ternama seperti puteri raja Greece dan cucu saudara Presiden Amerika, Kyra Kennedy.
Disebabkan oleh stail dan gaya hidupnya yang mewah itu, dia menjadi perhatian ramai. Sejak usia belasan tahun, Harry dikenali ramai sebagai lelaki yang dipenuhi kemewahan dan dunia glamor.
Pada usia 16 tahun saja, Harry telah menerima jemputan ke acara fesyen tahunan, Met Gala pertamanya. Dia juga pernah menjadi model BAGI pertunjukan fesyen Balmain dan pernah mengeluarkan koleksi solekan bersama-sama abangnya, Peter untuk jenama MAC Cosmetics.
Disebabkan ayahnya, Peter M. Brant memiliki majalah Interview, Harry berpeluang menulis dalam kolum sendiri.
Segala peluang yang berlaku pada usia muda ini dipercayai sukar untuk dikendalikan oleh Harry. Akibatnya, dia terjebak dengan bahan terlarang dan bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan.

Juru Foto: PATRICK KOVARIK/GETTY.
Harry dilaporkan mempunyai perancangan untuk memasuki pusat pemulihan beberapa hari saja lagi. Namun, segalanya jelas terlambat setelah dia menghembuskan nafas terakhir.
Untuk pengetahuan, Harry dilahirkan setahun selepas ibu dan ayahnya melangsungkan perkahwinan di Perancis. Majlis tersebut dihadiri oleh Naomi Campbell sebagai pengapit.

∞