Khabar duka menyelubungi warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila seorang mahasiswi Tahun 1 dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 25.40 arah Timur Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, petang semalam.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Nurul Syakirah Muhammad Nizam, pelajar Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Perjalanan Bertukar Tragedi, Pelajar USIM Terkorban Di Lebuh Raya Karak

Dalam kejadian sama, dua lagi rakannya iaitu Nurul Huda Mohd Hassan dan Nurus Sakinah Hashim turut terlibat dan mengalami kecederaan. Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

Lebih menyentuh hati, Allahyarhamah Nurul Syakirah Muhammad Nizam juga merupakan Pegawai Kadet Wanita Batch 46 di bawah PALAPES USIM.

Ads

Menerusi satu hantaran di Facebook, pihak PALAPES USIM menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah atas kehilangan besar yang menimpa.

Ads

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PALAPES USIM.

Perjalanan Bertukar Tragedi, Pelajar USIM Terkorban Di Lebuh Raya Karak

“Kami menzahirkan dukacita yang mendalam kepada keluarga atas kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan iman kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan tersebut.

Pemergian insan muda ini nyata memberi kesan mendalam, bukan sahaja kepada keluarga malah seluruh warga kampus yang mengenali beliau.

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads