Foto: United International Pictures

Pelakon Idris Elba sekali lagi muncul dengan filem terbaharu, Beast yang kini sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan barisan pelakon lain seperti Sharlto Copley, Riley Keough, Iyana Halley dan Leah Sava Jeffries, naskhah kali ini bakal membawa penonton menyaksikan babak cemas bagaimana ingin menyelamatkan diri daripada binatang buas.

Bagi peminat yang gemarkan filem-filem tentang haiwan buas, tidak salah sekiranya korang memilih untuk menonton Beast di pawagam. Menceritakan tentang Dr. Nate Samuels yang kembali ke Afrika Selatan di mana lokasi pertama kali bertemu isterinya. Dia bersama dua anak perempuannya yang masih remaja memulakan perjalanan yang telah lama dirancang selepas kematian bekas isteri.

Namun, perjalanan itu menjadi satu perjuangan yang menakutkan apabila mereka perlu melarikan diri daripada seekor singa buas. Singa itu melihat semua manusia sebagai musuh dan mula menjejaki mereka. Bermulalah pergelutan di antara keluarga itu yang ingin menyelamatkan diri daripada serangan binatang buas.

IKLAN
Pergelutan Antara Manusia & Singa Bikin Penonton Cemas Dalam Beast
Foto: United International Pictures

BACA: Lakonan Mantap Amir Khan Sentuh Hati Penonton Dalam Laal Singh Chaddha

Selepas menonton filem ini pada tayangan perdana tempoh hari, kami merasakan di permulaan cerita agak sedikit perlahan dan membosankan. Namun, selepas mereka tiba di Afrika dan bertemu dengan singa buas itu, emosi penonton mulai resah melihat pergelutan yang berlaku demi menyelamatkan diri.

Lakonan Idris Elba tidak perlu lagi diperkatakan kerana figura ini sememangnya berbakat dan berjaya membawa setiap watak yang diberikan dengan baik. Dia juga berjaya membawa watak sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab dan penonton tidak hanya ‘suka-suka’ menonton filem ini kerana ada mesej tersirat yang ingin disampaikan.

IKLAN
Pergelutan Antara Manusia & Singa Bikin Penonton Cemas Dalam Beast
Foto: United International Pictures

Secara keseluruhannya, kami merasakan filem Beast masih berbaloi untuk ditonton kerana jalan ceritanya tidak terlalu meleret disebabkan durasi filem ini hanya lebih kurang 1 jam 30 minit.

Selamat menonton!

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=ZR5k3G3N5LY&t=1064s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI