Perempuan Mudah Lupa?! Jom Kita Test Memori Dewi Remaja

Share

 

Korang tahu tak, kebolehan memori lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza…?

 

Haa, mesti ramai yang tak tahu kan.

Mengikut kajian berasaskan brain scan technology yang dilakukan oleh pakar, mereka dapati lelaki dan perempuan bukan saja berbeza dari segi fizikal, malah emosi dan kebolehan berfikir juga ada perbezaan walaupun sedikit.

Okay, sabar sabar!

Kami tahu korang akan pertahankan jantina masing-masing.

Menurut mereka, jika lelaki dan perempuan diberikan IQ Test yang sama, kedua-dua jantina boleh mencapai keputusan yang sama. Biasalah kalau ada pelajar lelaki dan perempuan paling pandai di dalam kelas.

TETAPI, lelaki dikatakan lebih berkebolehan untuk mengingati instruction

seperti arah jalan raya. Manakala perempuan pula berkebolehan untuk mengingati peristiwa penting. Patutlah perempuan mudah ingat hari lahir dan ulang tahun.

Pendek kata, lelaki mudah mengingati jika ia melibatkan pergerakan fizikal dan praktikal manakala perempuan mempunyai memori hebat jika sesuatu itu melibatkan pembacaan dan percakapan. Sebab tu perempuan ingat apa je segala nasihat yang ibu korang sampaikan. Hehe…

 

Kami cuba lakukan cabaran ketiga bersama Dewi Remaja yang melibatkan MEMORI. Jom tengok sama ada skil mereka hebat tak.

 

 

P.S: Boleh tak kita uji juga memori Safwan Nazri ni, barulah fair!

IKLAN