
Korang tahu tak, kebolehan memori lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza…?
Haa, mesti ramai yang tak tahu kan.
Mengikut kajian berasaskan brain scan technology yang dilakukan oleh pakar, mereka dapati lelaki dan perempuan bukan saja berbeza dari segi fizikal, malah emosi dan kebolehan berfikir juga ada perbezaan walaupun sedikit.
Okay, sabar sabar!
Kami tahu korang akan pertahankan jantina masing-masing.

Menurut mereka, jika lelaki dan perempuan diberikan IQ Test yang sama, kedua-dua jantina boleh mencapai keputusan yang sama. Biasalah kalau ada pelajar lelaki dan perempuan paling pandai di dalam kelas.
TETAPI, lelaki dikatakan lebih berkebolehan untuk mengingati instruction seperti arah jalan raya. Manakala perempuan pula berkebolehan untuk mengingati peristiwa penting. Patutlah perempuan mudah ingat hari lahir dan ulang tahun.
Pendek kata, lelaki mudah mengingati jika ia melibatkan pergerakan fizikal dan praktikal manakala perempuan mempunyai memori hebat jika sesuatu itu melibatkan pembacaan dan percakapan. Sebab tu perempuan ingat apa je segala nasihat yang ibu korang sampaikan. Hehe…
Kami cuba lakukan cabaran ketiga bersama Dewi Remaja yang melibatkan MEMORI. Jom tengok sama ada skil mereka hebat tak.
P.S: Boleh tak kita uji juga memori Safwan Nazri ni, barulah fair!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut Selalu Putus Selepas Highlight? Fazreen Fazera Kongsi Tip Mudah Nak Jaga

Kalau sebut tentang peserta Dewi Remaja, semua akan kaitkan dengan kecantikan..
Rambut yang cantik adalah salah satu elemen penarik mereka. Cer tengok kepada rambut Anzalna Nasir, Raysha Rizrose, Mawar Rashid dan Izara Aishah. Rambut mengurai dan sihat sepanjang masa adalah antara daya attraction mereka.

Salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 yang mewakili dewi ‘berambut cantik’ kali ini ialah Fazreen Fazera. Finalis kelahiran Segamat, Johor ini selalu kelihata hair-perfect di dalam foto Instagram dan ketika bertemu live di hadapan mata.
Fazreen yang mesra dengan panggilan Faz berkongsi sikit tip penjagaan rambutnya.
***
Ramai yang gentar untuk mewarnakan rambut atau sekadar highlight kerana faktor rambut rosak. Sebenarnya, rambut rosak boleh terjadi kepada sesiapa saja. Apa yang lebih penting adalah bagaimana korang menjaga rambut.

“Tip ni sebenarnya boleh digunakan bagi rambut yang berwarna ataupun tidak. Faz amalkan syampu rambut selang 2 hari. Ini supaya rambut tak akan cepat kering dan hilang keratin.
“Faz tak amalkan conditioner, sebaliknya lebih suka menggunakan hair mask yang khusus bagi rambut berwarna. Mudah je, biarkan 5 minit sebelum dibilas air.

“Selain itu, Faz rasakan minyak kelapa banyak membantu Faz untuk mendapatkan rambut bersinar dan lembut. Lumurkan minyak kelapa sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 30 minit. Ia berkesan bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut bercabang,” katanya yang lebih yakin dengan warna rambut natural meskipun ditambah highlight.

Seperti Faz, penulis tahu ramai remaja perempuan yang mengalami masalah rambut mudah putus. Ini selalu terjadi kepada korang yang selalu curl rambut dan mengeringkan rambut pada setiap hari. Suhu yang terlampau tinggi menjadikan rambut mudah rosak.
“Faz pun alami masalah sama. Apa yang Faz lakukan adalah kurangkan penggunaan tools panas seperti curler kepada 2-3 kali seminggu je.”
Korang pun boleh apply bb serum sebelum memanaskan rambut.
“Memang cantik kalau warnakan rambut dan highlight. Tapi kita kena tahu limit-nya. Kalau lihat rambut tak bertahan lama, kurangkan kekerapan kepada 1-2 kali setahun,” katanya yang tak sabar menantikan episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini.

Jangan lupa untuk menonton Fazreen dan 11 lagi orang finalis pada episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada jam 10.30 malam ini di Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram bersama finalis pada jam 11.30 malam okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Neera Azizi Kini Sah Isteri Mutawif Pilihan Hati, Terima RM20K & Mas Kahwin Gelang Emas!

Pada pagi Jumaat yang penuh barakah, sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26, Neera sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Muhammad Hafizi Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz.
Berita gembira ini disahkan sendiri oleh pihak Rakita melalui laman sosial Instagram mereka.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Neera Azizi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Hafizi Mohd Noor.
Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga cinta yang disemai terus mekar, dipenuhi rahmat dan kasih sayang, hingga ke syurga,” tulis pihak Rakita.
Mas Kahwin & Hantaran Jadi Perhatian
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah ruang acara di Subang Jaya, Muhammad Hafizi menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin, wang hantaran sebanyak RM20,000, dan sebentuk cincin kepada Neera. Pasangan ini turut bertukar lima dulang hantaran dari pihak lelaki dan tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majlis berlangsung dengan penuh tertib dan sederhana, dihadiri keluarga serta kenalan terdekat sahaja. Neera tampil sopan dan memukau dalam busana nikah putih klasik, manakala Hafizi tampil segak dan tenang menyempurnakan lafaz akad.
Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna
Apa yang lebih sweet, majlis akad nikah Neera berlangsung sehari selepas hari lahirnya. Menerusi perkongsian di Instagram, kakaknya Zeera Azizi turut berkongsi momen manis sekitar majlis akad nikah adik tersayang itu. Malah, sehari sebelumnya, Zeera sudah sempat menitip doa khas buat Neera di Insta Story:

“Happy birthday adik, tomorrow is big day. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.”
Dari Umrah ke Jenjang Pelamin
Untuk info, Neera dan Hafizi mula rapat selepas sama-sama menunaikan umrah. Mereka kemudian mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu, dan hubungan itu dipelihara rapi sebelum akhirnya disatukan secara rasmi.
Sebagai seorang mutawif, Hafizi bukan hanya memenangi hati Neera, malah turut menarik perhatian ramai netizen yang terinspirasi dengan pilihan Neera yang matang dan penuh nilai Islamik.
Majalah Remaja ucapkan tahniah buat Neera & Hafizi. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia, diberkati dan menjadi contoh cinta halal yang direstui. Untuk korang yang masih mencari cinta percayalah, bila tiba waktunya, semuanya akan terasa mudah dan indah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbakat! Peserta Dewi Remaja 2022 Ini Juga Miliki Lesen Penerbangan Komersil

Setiap kali sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja diadakan, kami menerima pelbagai peserta yang masing-masing mempunyai latar belakang serta keistimewaan tersendiri. Ada yang berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan, malah peserta yang hadir juga turut punya kemahiran-kemahiran lain yang di luar dari bidang hiburan.
Seperti peserta yang berasal dari Langkawi ini, Farah Rose memegang lesen komersil juruterbang dan dia juga mahu membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk terjun ke dalam bidang ini.
“Saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan saya di Langkawi pada Disember 2021 dan benar saya memang mempunyai lesen komersil juruterbang. Saya memang ada perancangan untuk meneruskan kerjaya sebagai juruterbang tetapi kita pun tahu aviation industry sekarang masih lagi belum stabil jadi saya mahu fokus minat saya dalam bidang hiburan terlebih dahulu,”
“Cabaran yang dihadapi ketika saya ingin menamatkan latihan penerbangan adalah apabila saya mahu buktikan bahawa saya mampu untuk menjadi juruterbang kerana saya ini bertubuh kecil kalau nak dibandingkan dengan kadet-kadet yang lain,”
“Ramai juga yang mengatakan bahawa saya tidak mampu untuk menjadi juruterbang sebab saya kecil, tapi saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat dan Alhamdulillah saya berjaya menamatkan latihan penerbangan saya selama 200 jam tanpa masalah,” jelas Farah Rose.
Selain itu juga, Farah turut berbakat dalam bidang nyanyian dan mempunyai sebuah single ciptaan Eddie Hamid yang berjudul Cerita Ku.
“Saya sebenarnya baru sahaja melancarkan single pertama yang bertajuk Cerita Ku dan saya sebenarnya sudah mula menyanyi di usia 10 tahun lagi. Saya mula menyertai pertandingan Bintang Kecil pada tahun 2010/2011 dan saya berjaya melayakkan diri di zon utara dan mendapat tempat ketiga. Jadi dari situ saya memang aktif dalam bidang nyanyian, saya buat persembahan, masuk pertandingan dan pada tahun 2018 saya telah dilamar oleh Abang Eddie Hamid untuk merakamkan single pertama ini. Tahun 2020 baru kami sempat menyiapkan rakaman dan tahun ini baru saya berjaya melancarkan single ini kerana sudah dua tahun tergendala akibat COVID-19,”
“Sebenarnya saya memang nak masuk Dewi Remaja ni pada 2018/2019 lagi tetapi pada waktu itu saya masih lagi belajar dan tidak berpeluang menyertai sesi uji bakat,”
”Jadi tahun ini saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan dan kini saya memang banyak masa jadi rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk saya cuba menyertai Dewi Remaja,” jelasnya lagi.

Apa-apa pun kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Farah dan semoga segala impiannya terlaksana. Sama-sama kita nantikan adakah Farah Rose bakal berjaya menempatkan diri di peringkat seterusnya? Sentiasa nantikan update daripada Majalah Remaja okay!
BACA: Tiga Kali Hadir Uji Bakat Dewi Remaja, Naina Zalee Tidak Mahu Patah Semangat
BACA: Peserta Dewi Remaja 2022 Dari Sabah Ini Selalu Disamakan Dengan Mira Filzah, Mirip Ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

