Niat jenama perniagaan makanan segera antarabangsa, Burger King UK mungkin adalah untuk mendapatkan perhatian pengikut akaun Twitter mereka terutamanya di kalangan perempuan.
Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila bebenang ciapan yang dimuat naik oleh mereka itu dihambat dengan cercaan oleh warganet seluruh dunia kerana dilihat cuba untuk mempermainkan wanita menerusi ciapan berbaur ‘clickbait’.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac 2021 semalam (atau hari ini mengikut zon masa negara Barat), Burger King telah mengambil keputusan untuk memuat naik ciapan berbunyi,
“Perempuan selayaknya berada di dapur saja”.
Amboi!
Itu saja ciapannya untuk satu tempoh waktu yang agak panjang sebelum mereka meneruskan ciapan tersebut dengan bebenangnya.
Ads
“Hanya 20 peratus cef di dunia ini adalah wanita. Kami mempunyai misi untuk mengubah peratusan jantina di restoran dengan memberi galakan kepada pekerja wanita…”
Justeru, Burger King berkata mereka bakal melancarkan program biasiswa untuk membantu pekerja wanita untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang kulinari.
Ramai Baca Ciapan Pertama Saja
Seperti dijangka, Burger King telah menerima kecaman daripada wanita yang terlalu marah dengan tindakan jenama tersebut walaupun niat mereka adalah demi mendapatkan perhatian warga Twitter saja.
Ramai yang pelik bagaimana pasukan pemasaran mereka merasakan bahawa idea tersebut adalah bijak.
Ads
Jelas, bukan hanya warganet dari Malaysia yang mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang dengan hanya membaca tajuk artikel ataupun ciapan pertama saja. Warganet seluruh dunia juga berbuat sedemikian.
Lalu mereka hanya memberikan respon (amarah) selapas hanya membaca ciapan pertama.
Ads
Bagaimanapun, REMAJA sebenarnya tidak terkejut dengan kontroversi yang melanda Burger King ini kerana mereka terkenal dengan strategi pemasaran yang sedikit provokatif seperti ini.
Malah pada tahun 2020, mereka saling bersaing dengan McDonald’s untuk merebut anugerah pemasaran restoran terbaik.
Selepas penat untuk melayan kecaman yang diterima tanpa henti, Burger King UK AKHIRNYA memutuskan untuk memadam ciapan awal tersebut dengan permohonan maaf seperti berikut:
We hear you. We got our initial tweet wrong and we’re sorry. Our aim was to draw attention to the fact that only 20% of professional chefs in UK kitchens are women and to help change that by awarding culinary scholarships. We will do better next time.
Bintang Johor Darul Takzim (JDT), Liridon Krasniqi akhirnya secara rasmi telah pun diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah rasmi menjadi warganegara Malaysia.
Di akaun media sosial rasmi FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Penerimaan MyKad ini telah menjadikan Liridon seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi.
FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan negara kita dalam menempatkan sukan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pengunjung bazar ramadan, menzahirkan rasa kecewa apabila membeli juadah untuk berbuka tidak seperti apa yang diharapkan.
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@mamifaezaglowqueenz_), seorang wanita dikenali sebagai Faeza yang membeli tauhu bergedil terkejut apabila mendapati isinya adalah kentang dimasak kari iaitu inti kepada kuih karipap.
Kebiasaannya tauhu bergedil akan diisi dengan inti kentang lenyek yang digaulkan bersama daging atau ayam cincang dan beberapa rempah ratus lain seperti daun sup serta bawang goreng.
Pada masa sama, pemilik akaun itu berkata peniaga bazar tidak sepatutnya menjual juadah yang mereka sendiri tidak tahu kaedah penyediaan dan cara untuk memasak.
“Ini tauhu bergedil ke karipap? Boleh tak jangan tipu orang. Kalau nak jual karipap, jual sahaja karipap. Tetapi janganlah mix. Aduh stres betullah,” luahnya.
Wanita tersebut berasa berang dengan situasi itu sehinggakan dia meluahkan hasrat untuk kembali ke gerai sama di bazar untuk berjumpa dengan si penjual.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap peniaga bazar yang tidak serius dalam berniaga.
“Kita beli makanan bazar Ramadan atau pasar mana-mana sebab nak support tetapi kadangkala tidak berbaloi pula. Banyak yang pelik-pelik terjadi, ayam goreng tak masak, nasi dan kuih-muih basi,” komen seorang pengguna.
“Kita beli makanan bazar ramadan atau pasar mana-mana sebab nak support mereka juga tapi kadang kala tak berbaloi pula sebab banyak yang pelik-pelik terjadi. Ayam goreng tak masaklah, nasi basilah kuih muih basilah,” komen pengguna lain.
SUMBER: TikTok @mamifaezaglowqueenz_ +++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih sayang diantara keluarga sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana sudah tentu pertalian darah yang terjalin mengeratkan lagi hubungan sesama ibu bapa dan adik-beradik.
Sayang macam mana pun kita dengan pasangan atau kawan-kawan, perasaan itu pasti tidak sama jika nak dibandingkan dengan keluarga sendiri.
Kami terlihat sebuah video perkongsian di laman Facebook oleh Ed Bassmaster tentang pertemuan seorang ayah dengan anak-anaknya selepas 3 tahun tidak berjumpa. Si ayah menyamar menjadi pelayan restoran yang sedang menghidangkan makanan kepada anak-anaknya sambil menutup sebahagian daripada wajahnya.
Korang akan sebak bila melihat reaksi anak-anaknya setelah mereka mengetahui bahawa pelayan tersebut adalah ayah mereka.
Difahamkan, keluarga ini berasal dari Filipina dan merupakan anak-anak kepada OFW (Overseas Filipino Worker). Bagi masyarakat mereka, OFW juga digelar "Mga Bagong Bayani ng Pilipinas" iaitu bermaksud The New Heroes of the Philippines.
Video ini mendapat lebih daripada 6 juta tontonan dan menerima ribuan komen daripada masyarakat seluruh dunia.
Sebak melihat aksi anak-beranak ini, ramai juga turut meninggalkan komen dan berkongsi perasaan sedih, serta ada juga yang berkongsi kisah mereka yang seakan sama dengan situasi keluarga ini.
Video ini juga mengingatkan kita semua untuk menghargai dan menyayangi insan tersayang sebelum terlambat.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.