Kalau anda ingin mengatasi panas badan, apa kata cuba dengan minuman-minuman yang berkhasiat ini.
Menariknya lagi minuman ini semuanya berusur dari bahan semula jadi.
1. Kundur
Kebanyakan pasti akan menyangka yang buah kundur ini adalah mentimun tapi sebenarnya bukan. Kundur merupakan keluarga Cucurbitaceae yang dikenali sebagai Winter Melon dalam bahasa Inggeris. Masyarakat Cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan. Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Teh Krisantimum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular di kalangan masyarakat Cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas. Cara menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas bersama gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
Ads
3. Cincau
Anda sudah tentu kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatannya jadi seperti agar-agar. Cincau adalah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang Cina
Sengkuang Cina bukan sahaja boleh menyejukkan badan yang sedang panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat di dalam badan. Mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan Sup Sengkuang Cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk. Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
Ads
5. Air Kelapa Muda
Alangkah indahnya kalau di tengah cuaca panas dapat menikmati air kelapa muda. Memang sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semula jadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam. Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Kembang Semangkuk
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang atau lee che kang. Selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga mempunyai pelbagai khasiat ubatan. Untuk menyejukkan badan, anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam, lalu diminum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sewaktu musim perayaan pastinya ramai yang pulang ke kampung lebih-lebih lagi selepas dua tahun tidak menyambut lebaran bersama keluarga tersayang. Bila dah ramai dalam satu rumah, maka banyak jugalah telefon bimbit yang bakal ‘berebut’ untuk mencari tempat caj.
Apa yang biasa dilakukan, kita akan menambah ‘extension’ untuk memudahkan urusan penggunaan elektrik bagi kerja-kerja mengecas atau pun selainnya. Namun, masih ramai yang tidak faham tentang extension plug socket.
Jika korang pasang banyak seperti dalam gambar tetapi hanya digunakan secara serentak semuanya untuk mengecas telefon bimbit atau digunakan untuk alasan setiap satunya tidak melebihi 1 amp (ringan) dan tidak kekal ON sepanjang hari, maka ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana soket plug utama boleh menahan sehingga 13 amp beban maksima.
Tetapi, ia menjadi bahaya apabila pengguna menggunakan secara serentak semua socket extension tersebut dengan alatan-alatan yang high amp seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp), peti sejuk (3 amp), portable air conditioning 1.5 hp (5.5 amp) dan lain-lain.
Sepatutnya MCB C20 akan trip kerana overload, tetapi ramai dikalangan rakyat Malaysia menggunakan DB Automatic jenis murah dan berkualiti rendah. Jadinya, MCB murah tersebut tidak trip walaupun amp tengah overloading.
Kabel akan menjadi semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah dan berlakunya lintar pintas. Cut Out (fius luar di meter) di bypass dengan wayar tembaga tebal dan tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung rumah dan dalam masa kurang 10 minit bahagian bumbung akan marak api dan berlakulah kebakaran akibat lintar pintas.
Jadi selepas ini diharap korang lebih berhati-hati terutamanya apabila menggunakan extension plug. Jangan kerana nak mudah, akibatnya bakal memusnahkan segalanya. Stay safe guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya lima tahun sekali kita berpeluang untuk melalui proses Pilihan Raya Umum. Dan seperti kebanyakan musim perayaan yang dilangsungkan pada setiap tahun, musim PRU ke-15 pada kali ini turut menjanjikan momen istimewa apabila pelbagai promosi yang ditawarkan oleh beberapa restoran.
Oleh itu, kami senaraikan di bawah diskaun dan promosi hebat bagi meraikan hari pengundian kali ini. Ingat, ia hanya sah untuk hari ini sahaja bagi korang yang TELAH pun mengundi.
‘Serbu’ sahaja’ restoran terlibat dengan jari yang telah dicalit dakwat biru dan nikmati kesemua promosi berikut.
1. McDonald’s
2. Tealive
(Kecuali cawangan Tealive +)
3. Marrybrown
4. TGI Fridays
5. MyLaksa
6. Street Churros
7. Taco Bell
8. OldTown White Coffee
9. Hokkaido Baked Cheese Tart
10. Secret Recipe
Selamat mengundi dan jadikan pengalaman PRU kali ini lebih manis serta riang dengan merebut segala promosi yang ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang dilaporkan saban hari di media massa mahupun di media sosial, cabaran yang dihadapi oleh para pelajar sekolah sepanjang musim pandemik COVID-19 ini sememangnya ketara.
Bukan mudah untuk mereka belajar dari rumah, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang bersiap sedia untuk berdepan peperiksaan utama.
Meskipun begitu, dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya hari ini boleh berbangga apabila mereka meraih keputusan membanggakan ‘straight A’s’ untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang mereka duduki pada tahun 2020!
Yashodini A/P Andy Easwaren dan Jun Rain Lim De Jin masing-masing memperolehi kepujian tertinggi dan merupakan di antara 16 orang pelajar sekolah swasta terbabit yang memperolehi A dalam semua subjek.
Kongsi Yoshidini mengenai kemampuannya mendpaatkan keputusan cemerlang di kala Malaysia dilanda pandemik tahun lalu, “Saya selalu cuba untuk mengekalkan keputusan cemerlang dalam pendidikan sepanjang berada di sekolah, namun tahun lalu adalah cukup mencabar.
“Pengalaman belajar dari rumah adalah baru untuk saya dan ia tidak mudah. Saya gembira untuk masih kekalkan pencapaian dan membanggakan keluarga serta sekolah saya.”
YASHODINI ANDY EASWAREN VASUDEVAN.
Untuk pengetahuan, Yashodini sebelum ini telah membawa pulang lebih 35 anugerah sepanjang pembelajarannya di Beaconhouse Sri Inai International School termasuklah anugerah emas di The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2019 dan anugerah emas di East Asia Maths Ninja Challenge 2019.
Buat Jun Rain pula, dia berterima kasih di atas sokongan keluarga dan tenaga pengajarnya. “Saya tidak sabar untuk fasa seterusnya dalam hidup saya dan berharap keputusan ini akan memberi saya peluang untuk masa depan yang cerah.”
JUN RAIN LIM DE JIN.
Pada tahun lalu saja, lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan Cambridge IGSCE ini termasuklah di Malaysia.
Dengan keputusan cemerlang ini, Yashodini dan Jun Rain kini berpeluang untuk dianugerahkan dengan pencapaian 2021 Outstanding Cambridge Learners Awards yang bakal diumumkan pada bulan Mac ini.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.