Penyanyi Senior Vs. Penyanyi Junior? Pening Nak Pilih Favourite Di AJL33

Share

 

Senarai penuh 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL-33) telah pun diketahui semalam.

 

Sebaik saja diumumkan oleh pengacara Sherry AlHadad dan Haziq Hussni, kami terus bercakap sesama sendiri mengenai penglibatan penyanyi senior yang telah ‘masak’ dengan pentas AJL-33 sebelum ini.

Antara yang melakukan comeback ialah Misha Omar, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah! Fuh, muka-muka tahun 2003 tu.

 

Siti Sarah – Semakin
Misha Omar – Sampai Bila

 

Lalu, adakah edisi ke 33 ini akan menjadi battle di antara penyanyi senior dan junior. Mungkin. Tetapi apa yang lebih penting adalah pesaingan pencipta lagu itu sendiri, bukannya penyanyi semata.

Cuma mereka boleh menunjukkan taring dalam kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik nanti. Memandangkan kebanyakan lagu yang terpilih adalah dari genre balada, memang semuanya cuba ‘tarik’ suara sebaik mungkin lah!

Haqiem Rusli – Jatuh Bangun

Ini dia senarai penuh 12 buah lagu yang layak..

 

SemakinSiti Sarah (Komposer & Lirik : Shuib, Mera Utama)

Sampai Bila Misha Omar (Komposer & Lirik : Sharol Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)

Nisan CintaJaclyn Victor & Siti Nordiana (Komposer & Lirik : Mike Chan, Hael Husaini, Ezra Kong)

Tak Pernah HilangAmylea & Kaer (Komposer & Lirik : Farouk Roman, Amylea)

BungaAltimet (Komposer & Lirik : Omar K, Hohn Jeevasingam, Altimet)

Bunga Ara Johari (Komposer & Lirik : Kadok, Laq, Hang Nadim)

Kau Pun SamaSyamel (Komposer & Lirik : Syamel, Kid Santhe)

HaramHael Husaini & Dayang Nurfaizah

(Komposer & Lirik : Ezra Kong, Hael Husaini)

HajatHael Husaini (Komposer & Lirik : Ezra Kong, Hael Husaini)

Luluh – Khai Bahar (Komposer & Lirik : Khai Bahar)

Di MatamuSufian Suhaimi (Komposer & Lirik : Sufian Suhaimi, Rinkarnaen, Sirkhan)

Jatuh Bangun Haqiem Rusli ft. Aman RA (Komposer & Lirik : Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna, Aman RA)

 


 

 

Antara perkara yang penulis tak sabar untuk menantikan adalah jika Altimet dan Ara Johari akan mengadakan kolaborasi khas lagu mereka berdua semasa promosi kerana – duh – kedua-duanya mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu Bunga.

Kemudian, adakah Hael akan mengadakan persembahan medley untuk Haram dan Hajat? Cam best je kalau benda itu berlaku. Dan akhir sekali (eh, banyak betul harapan) jika kesemua penyanyi junior & senior dapat menyanyikan lagu penyanyi genre lain.

 

Khai Bahar – Luluh
Sufian Suhaimi – Di Matamu

 

Contohnya, jika Siti Sarah boleh nyanyikan lagu Luluh, kan best!

Apa-apa pun, penulis mengucapkan tahniah kepada 12 finalis yang terpilih. Walaupun tiada wakil band (sabar ya Aweera) atau genre rock, penulis pasti para juri telah memilih yang terbaik daripada yang terbaik.

 

 

IKLAN