Penyanyi K-Pop Disahkan Positif Covid-19, Selebriti Lain Terpaksa Buat Ujian

Share

 

Situasi ini mirip dengan apa yang berlaku dengan kejadian program separuh akhir Muzik-Muzik, dua minggu lalu.

 

Wakil daripada agensi hiburan K-pop iaitu TOP Media telah mengesahkan desas-desus mengenai seorang artis mereka yang disahkan positif Covid-19.

Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Bitto yang merupakan ahli kumpulan UP10TION.

Sumber: XENews.Net

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, wakilnya berkata Bitto mungkin sekali dijangkiti pada 29 November (semalam) selepas diberitahu mempunyai kontak rapat dengan persekitaran yang mempunyai kes. Dia terus dibawa untuk melakukan ujian dan ia disahkan positif pada pagi tadi.

“Artis, staf dan pekerja di agensi kami yang telah berhubung dengan Bitto kini akan menjalani ujian Covid-19 dan kami ambil keputusan untuk kuarantinkan semua pihak di agensi mengikut arahan pegawai kesihatan.

“Kesemua aktiviti UP10TION yang telah dirancang juga telah dibatalkan. Kami memohon maaf kepada wakil penyiaran dan staf terlibat setelah (Bitto) ada di situ tanpa mengetahui dia telah berhubung rapat dengan pihak yang disahkan positif.”

Sumber: KPop Map

Untuk pengetahuan, UP10TION telah terlibat dalam jadual penggambaran program Show! Music Core, Sabtu lalu dan program Inkigayo, hari ini.

Setelah Bitto disahkan positif Covid-19, SM Entertainment mengumumkan ahli kumpulan AESPA dan NCT yang ada di tempat kejadian juga akan melakukan ujian.

Selain SM, beberapa lagi agensi akan meminta artis mereka melakukan ujian termasuklah JYP (SYRAY KIDS), FNC Entertainment (Chani dari SF9 dan CNBLUE), CUBE Entertainment (BTOB), Yuehua Entertainment (WOODZ), Woollim Entertainment (DRIPPIN).

BTOB. Sumber: The Paper

(Dari kiri): Minhyuk, Jaehyun & Naeun. Sumber:Hello Kpop

Turut mengesahkan akan menjalani ujian Covid-19 ialah mengacara program Inkigayo iaitu Naeun (April), Minhyuk (MONSTA X) dan Jaehyun (NCT).

*

Kalau korang masih ingat, kejadian mirip ini telah berlaku kepada artis dan kru program separuh akhir Muzik-Muzik dari 20 – 23 November lalu setelah salah seorang pesertanya, Alif Satar disahkan positif Covid-19

Separuh Akhir Muzik-Muzik SAH Ditunda, Peserta Malam Ini Beri Komen – REMAJA

IKLAN