Hiburan

Penyanyi Amylea Azizan Tamatkan Zaman Bujang, Abang Bomba Jadi Pilihan Hati!

Share

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan kini bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad.

Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda, Kini Bergelar Suami Kepada Tiz Ikha

Dalam majlis secara tertutup, penyanyi lagu popular Tetap Kamu itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung serta hantaran bernilai RM8,888.

Selain itu, Amylea menerusi kenyataan media bersyukur kini bergelar isteri. Katanya, tanpa disangka perkenalan secara singkat itu berakhir ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.

“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya,” katanya.

Sempena pernikahan, penyanyi berusia 37 tahun itu tampil dengan single baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.

Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu suatu masa nanti.

SUMBER: Utusan Malaysia

IKLAN