Kegigihan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA atau UiTM, Luqman Hakim wajar dijadikan inspirasi apabila berjaya membuktikan bahawa kekangan kewangan bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam akademik.
Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Hakim berkongsi berita gembira apabila berjaya menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) selepas menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Hakim sedang menerima sijil graduasi di atas pentas sambil mengenakan selempang merah jambu ikonik ANC UiTM yang menjadi simbol pencapaian akademik tertinggi universiti itu.
Pernah Berdepan Masalah Kewangan
Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) kelas pertama itu, perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut bukanlah mudah seperti yang disangka ramai.
Hakim mendedahkan dia pernah melalui fasa sukar apabila berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam wang demi meneruskan pengajian.
Ads
Namun, cabaran itu tidak sesekali dijadikan alasan untuk mengalah. Sebaliknya, dia menjadikan kesusahan yang dialami sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja keras demi memastikan pendidikannya tidak terjejas.
Lakukan Pelbagai Kerja Sambilan Demi Kelangsungan Hidup
Menerusi satu lagi video yang dikongsikan, Hakim turut mendedahkan pelbagai pekerjaan sambilan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar pelajar.
Antara kerja yang pernah dilakukan termasuk menjadi staf kedai pakaian, menjaga booth jualan, menjual churros di gerai tepi jalan, hos siaran langsung (live host), content creator, bekerja di kedai grooming kucing, jurugambar, menjual keychain di i-City selain terlibat dalam bidang jualan dan pemasaran.
Ads
Tidak hanya itu, dia juga pernah bekerja sebagai promoter produk wangian dan pekerja gudang Shopee bagi menampung perbelanjaan pengajian serta kos sara hidup.
Siang Belajar, Malam Siapkan Tugasan
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana Hakim membahagikan masa antara belajar dan bekerja.
Ads
Menurutnya, kebanyakan tugasan akademik akan disiapkan pada waktu malam selepas tamat kelas dan ada juga masanya dia menyiapkan tugasan sambil bekerja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kegigihan dan semangat juang Hakim dalam menuntut ilmu.
Malah, ramai turut berpendapat graduan seperti Hakim mempunyai potensi besar untuk mudah mendapatkan pekerjaan tetap pada masa hadapan hasil pengalaman kerja yang dimiliki sejak di bangku universiti lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi membendung penularan Covid-19, baru-baru ini, kerajaan mengisytiharkan program vaksinasi secara percuma yang dijalankan dalam beberapa fasa khas untuk rakyat Malaysia.
Di Malaysia, vaksin Pfizer digunakan sebanyak dua dos diperlukan bagi membekalkan imuniti yang mencukupi kepada setiap penerima.
Namun, sebelum menerima dos ini rakyat Malaysia perlu mendaftarkan diri di platform yang disediakan. Mungkin sebelum ini ramai yang mempunyai kekangan kerana hanya boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera.
Terbaru, jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini telah mengumumkan pembukaan dua lagi saluran baru untuk pendaftaraan penerimaan vaksin. Kini boleh daftarkan diri melalui:
Melalui laman web VaksinCOVID yang kini telah aktif, pengguna hanya perlu memuatkan butiran seperti nama, alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel dan sebagainya sama seperti butiran yang diminta melalui aplikasi MySejahtera.
Alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan serta keadaan makin pulih dan kembali seperti sedia kala. Amin
Sumber : Twitter Vaksin COVID-19
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang guru di Sabah, Cikgu Jumat Mat Salleh, berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai pelajar yang datang ke sekolah dengan kasut lusuh, kotor, dan koyak.
Video yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggambarkan perasaannya ketika bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah.
Pada mulanya, beliau berasa marah melihat pelajar tersebut namun perasaannya berubah selepas mendengar penjelasan pelajar itu mengenai keadaan kasutnya.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,’” katanya.
Menyedari situasi tersebut, Cikgu Jumat bersama beberapa guru lain mengambil inisiatif untuk membawa pelajar itu ke Pekan Kunak, Sabah, bagi membeli stokin dan kasut baharu.
Pelajar itu memberitahu bahawa ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke pekan tersebut.
Dalam pada itu, Cikgu Jumat memberikan pesanan kepada pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Esok bila sudah berjaya, kamu boleh bantu lebih ramai orang,” katanya sambil memeluk pelajar berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Cikgu Jumat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk umat Islam meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala yang besar. Kami pasti ramai yang ingin mengejar pahala dengan melakukan kebaikan, khususnya menderma.
Banyak perkongsian yang telah dibuat dengan menyenaraikan antara badan-badan kebajikan yang boleh disalurkan sumbangan. Namun kadang kala mungkin kita terlepas pandang untuk bersedekah.
Disebabkan oleh itu, Farah Lee telah berkongsi cara mudah untuk korang menderma secara harian. Mungkin ada yang terlupa atau tak sempat, jadi ikut sahaja car aini ok?
1. Pergi ke laman web launchgood/teamfl30daysofdeeds, klik ‘Automate your giving’
2. Pilih sumbangan korang untuk setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Korang boleh menderma serendah RM5 sehari atau USD1 sehari
3. Kemudian, pilih cara pembayaran melalui kad kredit atau kad debit
4. Lengkapkan butiran yang diperlukan
5. Selepas itu, tekan butang Confirm apabila selesai mengisi butiran kad korang
6. Setiap sumbangan harian korang akan ditandakan pada daun-daun sehingga hari ke-30 Ramadan
Walau bagaimanapun, katakanlah selepas sign up korang rasa nak berhenti menderma, boleh saja berhenti pada bila-bila masa.
Duit korang itu akan disalurkan kepada kempen-kempen yang telah disahkan oleh LaunchGood ini. InsyaAllah semuanya valid dan benar. Untuk lebih mudah korang boleh terus ke Instagram Farah Lee dan klik pada bio.