There is no man hotter than somebody who is intellectual and eager to learn, always.
Mungkin itulah deskripsi tepat bila ingin mengungkapkan siapakah diri sebenar Reza Rahadian.
Biarpun pelakon kacak dari Indonesia ini sememangnya sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan Nusantara, Reza berpendapat dirinya sentiasa ‘bernafsu’ untuk terus mengejar ilmu dalam kehidupan sebenarnya.
Justeru apabila nama Reza hangat diperkatakan beberapa minggu lalu setelah masyarakat Malaysia baru mendapat tahu dirinya telah bergelar seorang pensyarah di sebuah universiti di Indonesia, ramai yang terinspirasi oleh sosok pelakon yang bakal menemui penonton menerusi filem terbaru, Layla Majnun pada 11 Februari ini.
REMAJA berkesempatan untuk menemuramah Reza dalam satu sesi sidang media para pelakon Layla Majnun yang dikendalikan oleh platform penstriman, Netflix Malaysia dan bertanyakan mengenai tanggapannya terhadap kepentingan ilmu itu sendiri.
Ads
Dan apakah dia mendapat ilham dari pelajarnya sendiri semasa melakonkan watak Zamir, seorang pelajar Azerbaijan dalam filem tersebut?
“Saya sentiasa ingin ke kolej sejak masih kecil, tapi saya tidak berkesempatan melakukannya. Apabila saya mendapat peluang untuk mendalami watak Zamir sebagai seorang pelajar ini, saya terasa seperti inilah pengalaman yang belum lagi saya perolehi dalam hidup ini. Teringin sekali untuk saya ke kuliah.
“Jadi, saya gunakan peluang membintang Layla Majnun ini untuk mengembalikan impian saya bergelar seorang pelajar.
Ads
“Kalau nak diikutkan, karakter saya agak sama dengan Zamir di mana kami meminati sejarah di mana dalam filem ini, dia mendalami subjek tersebut.
“Tapi saya dan watak ini masih mempunyai perbezaan yang ketara. Dia adalah orang Azerbaijan, saya pula orang Indonesia. Selain itu, Zamir ini adalah insan yang begitu kental memperjuangkan cintanya sedangkan saya pula tidak seperti itu. (ketawa).”
Untuk pengetahuan, filem Layla Majnun merupakan pengalaman pertama Reza bergandingan dengan Acha Septriasa. Biarpun baru pertama kali berkerjasama, Reza merasa selesa sekali dengan produksi ini apabila mereka banyak membantunya mendalami watak sebagai Zamir.
Ads
“Pak Monty (pengarah Layla Majnun) membantu menyediakan seorang teman pelajar Azerbaijan yang mempelajari bahasa Indonesia. Ini agar saya mudah meniru dialek dan sebutan bahasa Azer yang mungkin saya salah.
“Dari situ dia melihat perwatakan dan cara interaksi mereka. Itu mungkin cabaran untuk saya apabila perlu membawakan watak lelaki Azerbaijan yang boleh berbahasa Indonesia.
“Selebihnya, saya serahkan kepada Pak Monty untuk menentukan sama ada apa yang saya berikan dalam babak-babak Layla Majnun itu mencapai keinginannya atau belum. Itulah yang membuatkan saya mudah bekerja dengan produksi ini,” jelasnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, Reza juga sempat berkongsi babak yang paling sukar untuk dia jayakan dalam filem ini.
“Ada satu babak di mana saya perlu berurusan dengan air yang hampir beku dalam musim sejuk. Tapi nasib baiklah kami ada pengarah, setiap kali saya sejuk saya akan memeluknya untuk hangatkan tubuh (ketawa). Apapun saya mempunyai banyak pengalaman manis sepanjang penggambaran Layla Majnun.”
Tak sabar rasanya untuk menonton Layla Majnun yang akan mula ditayangkkan di platform Netflix bermula 11 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai 21 Oktober ini.
Saluran TV9 semalam membuka tirai Balai Berita Bangsar menerusi program Buletin TV9 yang dikendalikan oleh penyampainya, Fahiz Ariff dan Saree Abdullah dan ia akan diikuti oleh saluran-saluran lain selepas ini.
Sri Pentas sememangnya sudah menjadi sinonim dengan rangkaian televisyen Media Prima Berhad terutamanya bagi penonton generasi Millenial dan Gen Z yang membesar dengan menonton saluran-saluran yang ditawarkan.
Dengan perpindahan membabitkan studio dan sistem peralatan baharu ini, ia akan duduk sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama-jenama media di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Jom imbas semula lima fakta menarik mengenai Sri Pentas, Bandar Utama yang begitu signifikan dalam dunia penyiaran tempatan.
01
Sebelum wujudnya Sri Pentas, saluran TV3 mula menerbitkan program berita sendiri pada Januari 1985 bertempat di Jalan Liku, Bangsar di mana Allahyarham Dato’ Mahadzir Dato’ Lokman diberikan kepercayaan untuk menjadi pembaca berita pertamanya. Sebelum tahun 1985, hanya rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerbitkan berita televisyen di Malaysia.
02
Sri Pentas atau lebih dikenali sebagai ‘The Stage’ dalam kalangan pelopor dunia media dan kewartawanan pada era 90-an dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 Oktober 1996. Sejak itu, Sri Pentas mula menjadi markas kepada semua saluran televisyen dan radio Media Prima.
03
Sri Pentas bukan sahaja dipaparkan dalam program berita dan temubual di Media Prima. Banyak sebenarnya pasukan produksi lain termasuklah drama dan filem terbitan Media Prima dan Grand Brilliance yang menggunakan Sri Pentas sebagai set penggambarannya. Kalau korang masih ingat pada tahun 2001, filem Lagi-Lagi Senario pernah menjalani penggambaran di sebuah gerai yang dibina berlatarbelakangkan Sri Pentas. Kini, kawasan gerai itu sudahpun berubah menjadi tempat parkir kenderaan.
04
Sri Pentas juga tidak terkecuali daripada menjadi lokasi ancaman pihak tidak bertanggungjawab. Pada 28 Ogos 2018 kira-kira jam 10.30 malam, Si Pentas terpaksa dikosongkan serta-merta oleh 200 kakitangannya selepas ia menerima panggilan ancaman bom oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’. Unit Pengesan Bom PDRM melaksanakan pemeriksaan selama dua jam dan tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.
05
Tarikh 17 Januari 2024 akan tersemat sebagai antara tarikh bersejarah buat Sri Pentas apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas bagi membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama pada jam 8 malam itu.
Pasangan diraja berkenaan merakamkan segmen tersebut sewaktu lawatan dilakukan pada jam 10.30 pagi hari yang sama di mana baginda berdua disambut oleh barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad, diberikan taklimat mengenai operasi radio, bilik berita dan Media Prima secara amnya.
Khabar baik bagi peminat K-Pop generasi kedua, penyanyi dan ahli termuda SHINee, Taemin yang terkenal dengan gerakan tarian luar biasanya telah mengumumkan Malaysia sebagai destinasi kedua persinggahannya di Asia bagi konsert jelajah dunia Ephemeral Gaze.
Difahamkan, konsert jelajah Taemin kali ini akan berlangsung pada 7 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan ini akan menjadi konsert solo pertama pelantun lagu IDEA di Malaysia!
Sebelum ini, Taemin pernah mengunjungi negara ini bersama anggota SHINee yang lain dalam acara Disk Awards pada tahun 2013, juga hadir sebagai tetamu istimewa untuk pertunjukan Formula One Petronas Malaysia Grand Prix pada tahun 2015.
Dalam pada itu, apa yang lagi menarik kelab rasmi peminat Taemin iaitu TAEmates yang diuruskan oleh Fromm juga dapat membeli tiket dengan lebih awal bermula 2 Ogos ini dari jam 11 pagi sehingga tengah malam. Sementara bagi jualan tiket secara umum, akan dijual bermula pada 5 Ogos, 11 pagi.
Sekadar info, Taemin telah memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui kumpulan SHINee sejak berusia 14 tahun. Kemudian, dia mula bergerak solo sejak tahun 2014 dengan single pertama Danger seterusnya mencuri hati para peminat dengan lagu seperti MOVE, Criminal, dan terbaru Guilty.
Taemin juga dijangka akan mempersembahkan pelbagai lagu baru dari album terbarunya yang akan dilancarkan pada Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedatangan tahun baru 2020 pasti dinantikan oleh semua orang. Yelah, masa ni macam-macam sales dan promosi berlangsung di pusat membeli-belah. Sampai rambang mata!
Haaa.. tapi ini bukan cerita sales tapi kalau korang nak tahu, dengar cerita tahun ni siap ada sambutan ambang kemerdekaan 2020 dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang korang boleh sertai,
Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) bakal kembali lagi untuk kali ke-7 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Tahun ini, festival ini akan berlangsung selama 3 hari dan bermula pada 28 hingga 31 Disember 2019.
Seperti edisi – edisi tahun ini, apa yang pasti Presint 3 bakal diterangi cahaya lampu yang bergemerlapan dengan tumpuan utama semestinya berada di Istana Kehakiman kerana disinilah ‘pentas’ utama.
Tahun ini, LAMPU akan membawakan tema ‘Beautiful Malaysia’ yang pastinya akan memaparkan keindahan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Selain pertunjukan pancaran lampu, ada banyak lagi tarikan – tarikan menarik yang disediakan di sekitar Putrajaya. Kemasukan masih lagi PERCUMA seperti edisi- edisi sebelum ini.
Untuk kemudahan pengunjung, Perbadanan Putrajaya ada menyediakan shuttle bas percuma dan ada dua kawasan pick up yang disediakan iaitu di Putrajaya Sentral dan Tapak kosong sebelah PICC.
Diharapkan LAMPU 2019 ni bolehlah dijadikan permulaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2020 atau VM2020 nanti dan ini adalah jadual penuh acara LAMPU 2019 :
So korang dah plan ke nak pergi mana nanti, tapi penulis nasihatkan agar korang semua menjaga keselamatan sentiasa okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...