Tak dapat bayangkan macam mana agaknya bila beli nasi lemak, tengok-tengok pelakon kacak Lee Min Ho yang served korang. Mesti teruja kan? Hiks!
Ini yang berlaku di negara jiran apabila si penjual nasi kuning dikatakan mempunyai paras rupa seiras wajah pelakon Korea, Lee Min Ho. Dikenali sebagai Doddy Angga, lelaki berusia 27 tahun ini tiba-tiba tular di laman TikTok kerana ramai pengikut yang meninggalkan komen yang mengatakan wajahnya seiras selebriti.
Ada yang menggelarkannya seperti Andy Lau, Siwon Super Junior dan paling win, Lee Min Ho.
Tuah wajahnya itu menjadikan rezeki mereka sekeluarga semakin murah kerana sebelum viral, perniagaan ibunya ini tidak begitu baik tetapi kini mereka boleh menghabiskan 15 kilogram nasi dalam masa 1 jam.
Ads
Pergh, penangan viral. Malah, ramai pelanggan yang meminta untuk berswafoto bersama Doddy.
Sebelum ini, Doddy berkerja dalam bidang pelancongan namun telah ditamatkan kontrak. Dia kini menjadi jurulatih kecergasan dan dalam masa yang sama membantu ibu mengusahakan perniagaan nasi kuning.
Ads
Doddy juga turut memuat naik sebuah video yang bertanya “Cewek malu ga punya pasangan pedagang” (perempuan malu tak kalau pasangan mereka hanya seorang penjual).
Nak buat macam mana, dah memang rezeki dia kan. Hehe!
Kalau ada yang teringin nak makan nasi kuning abang ‘Lee Min Ho’, boleh la ke kota Samarinda, Kalimantan Indonesia ya. Tapi kena tunggu dulu sehingga sempadan negara dibuka semula okay? Hiks!
Nama Puteri Ariani kini menjadi tumpuan di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Penyanyi Indonesia ini telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton America’s Got Talent 2023.
Untuk info, Putri Ariani yang pernah memenangi Indonesia’s Got Talent 2014 pada usia 8 tahun, melangkah ke negara Uncle Sam untuk mencuba peluang seterusnya. Tanpa disangka, gadis buta itu berjaya melepasi peringkat uji bakat dan meninggalkan kesan yang sangat baik di hadapan juri dan penonton.
Berikut adalah 5 fakta tentang Puteri Apriani yang kelihatan memukau di pentas America’s Got Talent 2023.
1. Gadis buta yang menyanyi pada usia 2 tahun
Putri Apriani dilahirkan dengan nama Ariani Nisma Putri pada 31 Disember 2005. Baru berusia berusia 17 tahun dan dilahirkan dengan cacat penglihatan. Sungguhpun begitu, dia mengekalkan bakat luar biasa dalam bidang nyanyian.
Gadis kelahiran Riau itu mula menunjukkan bakat nyanyian ketika berusia 2 tahun. Dia sering meniru bunyi yang didengarinya, Ibu. Anak gadis ini mendedahkan dalam temu bual bahawa dia dilahirkan pramatang. Masalah dengan penglihatannya hanya ditemui apabila dia menghabiskan tiga bulan di dalam inkubator.
Apabila mengetahui situasi Putri, ibu bapa Putri membawanya ke Singapura untuk rawatan yang lebih intensif. Malangnya sudah terlambat, keadaan mata Putri semakin teruk. Sebenarnya, sebelah mata Putri boleh dibedah. Walau bagaimanapun, usaha ini masih tidak berjaya. Putri sendiri akhirnya pasrah dengan takdirnya.
2. Memenangi Indonesia’s Got Talent 2014
Melihat kehebatan dan bakat anak perempuannya, ibu bapa Putri tekad untuk memberikan galakkan kepada anak mereka dalam bidang nyanyian. Ismawan Kurnianto dan Rei Alfianty sentiasa menyokong Putri, Ibu. Mereka membawa anak perempuan mereka ke pentas Indonesia’s Got Talent 2014.
Putri telah menyertai acara Indonesia’s Got Talent dan layak mara ke pusingan seterusnya dalam kemunculan pertamanya di rancangan tersebut. Putri kemudiannya dinobatkan sebagai pemenang dalam rancangan itu dan namanya telah melonjak naik sehingga dia dikenali ramai pada ketika itu.
Kemenangan itu sekali gus menjadi tiket untuknya muncul di beberapa rancangan televisyen, di mana Putri telah menjadi bintang jemputan sebagai juara Indonesia’s Got Talent 2014. Memasuki tahun 2016, Putri telah menerima penghargaan dalam Anugerah Baiduri sebagai kanak-kanak dengan pencapaian di peringkat kebangsaan.
Tidak terhenti di situ, Putri juga pernah menjadi finalis The Voice Kids Indonesia pada musim kedua. Namun, Putri terpaksa disingkirkan daripada pasukan Bebi Romeo dalam episod 12.
3. Nyanyikan lagu Sukan Para Asia 2018
Bakat besar dalam bidak nyayian membuatkan Putri dikenali dalam dunia hiburan terutamanya di Indonesia. Ketika Indonesia dipilih menjadi tuan rumah Asia Para Games 2018, Putri berpeluang menyanyikan lagu yang bertajuk Song of Victory.
Dia muncul pada majlis perasmian Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh Asia, untuk memberi semangat kepada atlet kurang upaya. Putri muncul bersama pemuzik lain Once Mekel, Armand Maulana Vidi Aldiano, Maudy Ayunda, Lesti Kejora, Regina Poetiray dan Zara Leola.
4. Cipta lagu sendiri
Sejak debut pada 2018, Putri Ariani telah menyanyikan pelbagai lagu dengan lirik yang menyentuh perasaan. Beberapa buah lagu ini juga adalah ciptaannya sendiri. Malah, semasa di uji bakat America’s Got Talent 2023, Putri mempersembahkan salah satu karyanya sendiri. Lagu dan suara Putri berjaya memukau para juri.
“Kami sangat kagum dengan suara awak, awak macam bidadari,” kata Sofia Vegara.
“Rasanya seperti malaikat hadir di pentas kami, anda seorang superstar,” sambung Howie Mandel.
5. Dapat Golden Buzzer dari Simon Cowell
Semalam, remaja berusia 17 tahun itu berjaya meraih Golden Buzzer (butang emas) selepas berjaya memukau juri dengan persembahan menakjubkan di AGT 2023.
Golden Buzzer itu diberikan sendiri oleh salah seorang juri, Simon Cowell selepas remaja tersebut menyanyikan dua lagu sambil bermain sebuah piano di atas pentas.
“Saya tahu, kita semua merasakan perkara yang sama, Dia baru berumur 17 tahun, menulis lagu sendiri. Dia juga mempunyai suara yang sangat unik dan sangat-sangat-sangat bagus.
“Saya tidak tahu sama ada ini mungkin akan mengubah impian awak atau tidak. Nah ini dia,” kata Simon yang terus menekan butang emas di atas meja.
Perkara itu secara tidak langsung melayakkannya ke separuh akhir rancangan pencarian bakat itu bagi musim ke-18.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujan lebat di Lembah Klang semalam pastinya memberi kembimbangan buat orang ramai kerana khuatir sekiranya berlaku banjir teruk sekali lagi. Beberapa kawasan dikatakan sudah menaiki air akibat hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi.
Bagi penduduk Selangor yang berhadapan dengan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan, Smart Selangor telah berkongsi informasi tentang pihak yang korang boleh hubungi segera. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi C51 Smart Selangor di tujuh talian untuk laporan dan aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Antara talian yang boleh dihubungi ialah 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 serta menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0108887364. Untuk talian WhatsApp beroperasi 24 jam dan talian telefon sehinga pukul 9 malam.
Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beerapa lokasi di sekitar ibu negara dinaiki air, antaranya termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh ke Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail ke Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.
Antara lokasi lain yang terkesan ialah di Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan dilaporkan di Sekinchan dan Puchong.
So guys, korang boleh simpan senarai talian yang boleh dihubungi oleh penduduk di Selangor dan sekiranya berlaku masalah banjir dapatkan bantuan dengan segera. Semoga kejadian awal tahun ini tidak lagi berulang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat-saat mendebarkan terjadi apabila satu rakaman telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter menunjukkan enjin sebuah kapal terbang sedang terbakar ketika masih berada di udara. Pengguna tersebut merupakan anak kepada salah seorang penumpang di dalam penerbangan terbabit.
Walaupun berlaku insiden yang tidak diingini, kesemua 231 penumpang dan 10 kru berjaya mendarat dengan selamat biarpun satu enjin sudah terbakar teruk. Pesawat United 328 tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Denver menuju ke Hawaii namun berpatah kembali apabila kebakaran terjadi.
Serpihan enjin tersebut telah jatuh berdekatan kawasan perumahan dan hampir terkena rumah salah seorang penduduk selain banyak lagi serpihan bertebaran di kawasan jalanraya dan juga padang.
Menurut laporan Metro Uk, Tyler Thal yang tinggal dikawasan berdekatan memberi tahu The Associated Press yang dia sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum dia menyedari sebuah kapal terbang terbang dalam keadaan yang rendah dari kebiasaan. Ketika itu di menyaksikan enjin kapal terbang tersebut meletup dan serpihan mula jatuh ke tanah.