
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.

Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.
Merokok dari Jauh
Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.
Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Presiden Indonesia Ini Pernah Minta Maaf Tentang Jerebu, Masalah Tetap Berlaku

Saban tahun, apabila jerebu berlaku, Indeks Pencemaran Udara akan menunjukkan bacaan tidak sihat. Bagi mengelak masalah berkaitan kesihatan, rakyat Malaysia disarankan untuk memakai penutup mulut, tidak berada di kawasan terbuka, kerap minum air masak selain lain-lain nasihat-nasihat lagi.
Masalah jerebu akibat pembakaran hutan tanah gambut untuk pertanian di Indonesia biasanya melibatkan jutaan hektar (2.6 juta hektar melibatkan kerugian RM62 bilion) di mana kita bagaikan sudah terbiasa melihat langit seakan mendung seperti tiada matahari keluar. Masa yang sama, kita akan terasa sesak nafas, mata pedih dan lain-lain simptom bila jerebu melanda.
Hari ini, Presiden Indonesia, Joko Widido atau mesra di sapa Jokowi mengakui MALU dengan Malaysia dan juga Singapura akibat jerebu yang melanda disebabkan pembakaran terbuka dilakukan. Pak Jokowi juga berkata di Twitternya dua hari lalu yang beliau akan memecat mana-mana anggota bomba yang gagal memadamkan kebakaran tersebut.
Untuk info kita semua, masalah jerebu ini sudah berlaku sejak 1975 lagi dan tahun-tahun sebelum ini lebih kerap di mana saban tahun kita akan menghadapinya.
Bak kata kartun TORA DATANG LAGI, signifikan JEREBU DATANG LAGI juga sudah menjadi jenaka bagi rakyat Malaysia yang mungkin sudah menganggap masalah jerebu ini tak akan dapat diselesaikan selagi Indonesia tidak menyelesaikan cara menangani pembakaran hutan secara terbuka untuk industri pertanian mereka.

Untuk korang, REMAJA senaraikan permohonan maaf yang pernah dibuat oleh bekas Presiden dan Presiden Indonesia ini mengenai isu ini. Dan nilaikanlah sendiri ya kata-kata maaf ini.
Jun 2013, bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.

“Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
“Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi,” katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu. Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera (Sumber : M Star)
Malah permohonan maaf dari Pak Jokowi juga masih berbunyi sama mengenai masalah jerebu ini.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Presiden Indonesia ini mengakui malu dengan Malaysia dan Singapura.
“Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya akan ke Malaysia dan Singapura tetapi saya tahu minggu lepas ia menjadi tajuk (berita utama akhbar Malaysia) ‘jerebu’ memasuki negara jiran kita sekali lagi.
“Saya periksa (apa yang dimaksudkan dengan ‘jerebu’), ternyata asap. Berhati-hati, malu jika kita tidak dapat menyelesaikannya,” katanya pada majlis Rapat Koordinasi Nasional Pengendalian Kebakaran Hutan di Istana Negara di Jakarta.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada pegawai, mereka akan dipecat jika gagal menangani kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan wilayah Kalimantan di Borneo. Jokowi berkata, beliau turut menjanjikan dana kerajaan bagi membekalkan peralatan canggih seperti dron untuk membantu menangani kebakaran itu.
“Saya sudah menghubungi komander tentera dan ketua polis memaklumkan tempat mereka akan digantikan jika masih gagal menyelesaikan isu kebakaran hutan dan tanah. Jangan memandang rendah titik panas, awalnya ia hanyalah api kecil dan jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih besar,” katanya ketika mesyuarat penyelarasan menangani kebakaran hutan di istana presiden. (Sumber : Berita Harian)
Di bawah Akta Pencemaran Jerebu Antara Sempadan 2014, negara yang terjejas boleh mengemukakan saman mencecah RM300,000 sehari jika terbukti masalah jerebu ini menjadi masalah bagi negara yang tercemar.
So, apa kata korang mengenai isu jerebu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Pekerja AirAsia Kongsi Ucapan Penghargaan Di Media Sosial Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan bahawa pihak mereka terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada keseluruhan 24,000 pekerja.
Menurut laporan Bernama pada 28 September, AirAsia berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian berratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Sehubungan dengan itu, ramai pekerja AirAsia yang telah menamatkan kerjaya mereka meluahkan rasa sedih dan penghargaan terhadap syarikat penerbangan tambang murah tersebut.






Turut tidak terkecuali, top 5 Dewi Remaja 2014/2015 juga menerima nasib yang sama.

Perkongsian yang dibuat di media sosial ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka menzahirkan rasa simpati serta memberi semangat buat individu yang terkesan kerana diberhentikan kerja.




Apa-apa pun kami mengucapkan selamat maju jaya buat semua individu yang terkesan dengan situasi ini dan diharap agar makin banyak rezeki diluar sana yang akan menanti korang. InsyaAllah.
Sumber: Rizal Hakimm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“We Stand With You Ain” Netizen Beri Kata Semangat Bila Pelajar Terima Notis Tuntutan ‘Fitnah’ RM1 Juta

Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan beberapa kali mengenai kes seorang guru Pendidikan Fizikal yang didakwa telah mengutarakan gurauan mengenai topik rogol semasa sesi pengajaran di hadapan kelas yang dianggotai oleh pelajar lelaki dan wanita.
Isu yang dibawa ke hadapan oleh seorang pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam menerusi akaun TikTok ini menjadi tular setelah dia memperolehi perhatian sejagat sehinggakan ada juga ahli politik serta media massa arus perdana yang menyiarkan tentang isu ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Faham Isu Gangguan Dihadapi Ain, Dunia Sukan Pun Ada – REMAJA

Setelah kira-kira sebulan isu ini ‘senyap’ seketika, terbaru, pelajar perempuan berusia 17 tahun ini melaporkan pihaknya telah menerima surat permintaan ganti rugi sebanyak RM1 juta atas tuduhan memfitnah melalui ciapan di akaun Twitter.
“Hari ini, Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’, dalam surat ini Ain diberi (tempoh) 7 hari untuk semua tuntutan ini. Antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. All i ask is, semua doakan urusan ain dipermudahkan,” kata Ain.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :’) #MakeSchoolASaferPlace
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
Menurut surat itu, Ain Husniza berkata dia kini mempunyai hanya tujuh hari untuk memenuhi tuntutan ini. Lebih mengecewakan adalah apabila pihak pendakwa menuntut pembayaran bernilai RM1 juta daripada seorang pelajar sekolah menengah sebagai bayaran ganti rugi. Namun, surat tersebut tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pernyataan fitnah’.
Menurut laporan Sinar Harian, bapa Ain yang dikenali sebagai Saiful Nizam Ab Wahab berkata tuntutan itu difailkan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Ain menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media yang pernah melibatkannya.
“Guru itu meletak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
“Dia menuntut untuk (kami) menarik balik (kenyataan), membuat permohonan maaf dan (membuat) bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya
Pada masa yang sama, Ain sendiri meminta orang ramai mendoakan segala urusan berkenaan hal ini dipermudahkan dan berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.
Di ruangan komen ciapan Ain ini, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada pelajar ini dan ada juga yang tampil ingin menghulurkan bantuan.


Untuk pengetahuan, sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan respon kepada isu ini apabila memaklumkan bahawa guru terbabit telahpun dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara kes masih disiasat oleh pihak polis.
ARTIKEL BERKAITAN : KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke.. – REMAJA
Turut tular di media sosial sebelum ini adalah apabila warganet hangat membincangkan isu keselamatan di sekolah sedangkan kawasan tersebut seharusnya menjadi kawasan paling selamat buat remaja di bawah pengurusan para guru.
BACA LAGI : “Rogol Perkataan Sensitif Bagi Perempuan DAN Lelaki..” – Miss Universe Malaysia – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

