Peniaga Bungkusan Makanan Guna Bahan Tajam Berdepan Denda Sehingga RM100,000 Jika Tertangkap

Share

Viral di media sosial sebelum ini tentang ‘Nasi Paku’ yang dijual dan dibungkus unik mengunakan paku, sehinggakan ramai orang berebut-rebut nak membelinya.

ARTIKEL BERKAITAN : Hati-Hati Beli Makanan Bungkusan Surat Khabar, Takut Keracunan Makanan

Untuk pengetahuan semua, bukan sahaja penggunaan paku yang dilarang malah, pihak peniaga makanan yang membungkus makanan dengan dawai kokot, paku atau apa-apa peralatan yang tajam berpeluang dikenakan denda sehingga RM10,000

atau penjara sehingga 2 tahun.

Sementara itu, hukuman lebih berat bakal dikenakan peniaga jika barangan bungkusan tajam ini ditemui dalam makanan di mana para peniaga bakal dikenakan denda sehingga RM100,000

atau penjara sehingga 10 tahun.

Difahamkan larangan keras ini dibuat dalam usaha untuk mengelakkan benda tajam tersebut memasuki makanan sekaligus dijamah pengguna di samping menjaga kebersihan makanan.

Untuk info, sebelum ini seorang kanak-kanak berdepan bahaya dan dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan gara-gara tertelan paku. Lebih tragis, insiden tersebut berlaku gara-gara kanak-kanak tersebut tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku ini.

 

BACA LAGI : Makanan Warna Hitam Jadi Trend, Bahaya Ke Tak Kalau Kita Makan?

Tak dapat bayang kalau tertelan paku tu. Hati-hati semua!

SUMBER : SINARPLUS

IKLAN