Kegigihan seorang bapa yang bekerja sebagai tukang kasut telah menginspirasi Nur Afika Idris, untuk berjaya dalam pelajaran dan meraih ijazah kelas pertama.
Nur Afika baru-baru ini menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Wakaf dan Endowmen pada Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-24, selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif).
Menurut Nur Afika, bapa tercintanya, Idris Maulan yang bekerja keras membaiki kasut lusuh di kaki lima, menjadi teladan hidup yang memberi semangat kepadanya untuk terus belajar dengan gigih. Tanpa mengira cuaca panas atau hujan, bapanya tetap bekerja keras demi menyara keluarga.
“Sebagai anak, saya sering terharu apabila mengenangkan pengorbanan dan usaha mereka.
“Kecekalan mereka menjadi inspirasi terbesar dalam hidup saya dan mendorong saya untuk berjaya,” kata Nur Afika.
Selain bapa, ibunya, Marmah Basir, juga turut membantu menyara keluarga dengan bekerja sebagai penjahit sambilan.
Meskipun bapanya tidak berpelajaran tinggi dan bekerja keras sebagai tukang kasut, beliau tetap memberi sokongan yang tidak pernah putus. Ini termasuklah membantu membayar yuran pengajian Nur Afika sebelum dia berjaya mendapatkan pinjaman PTPTN.
“Saya ingat lagi, walaupun ayah semakin uzur dan kadangkala kesihatannya membimbangkan, dia tetap kuat bekerja untuk membantu saya.
“Ibu pula selalu menasihati saya untuk fokus belajar,” tambahnya lagi.
Ads
Sebagai anak kelima daripada enam beradik, Nur Afika menganggap kejayaannya sebagai hasil pengorbanan kedua ibu bapa.
Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan, dia bersyukur kerana ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan membakar semangatnya untuk berusaha lebih keras.
“Saya berharap kehidupan kami akan berubah. Saya yakin pendidikan adalah kunci untuk mengubah nasib keluarga kami,” katanya penuh harapan, selepas menghadiri sidang pertama Istiadat Konvokesyen di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UTHM News Portal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, di sebalik sibuk menggalas tugas sebagai tonggak pasukan Selangor Pistons dan atlet sepak takraw negara, Zuhri Muhammad Zain tetap berjaya cipta sejarah peribadi apabila menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Lebih manis, graduan berusia 24 tahun itu turut menerima ijazahnya dengan kelas pertama.
Kejayaan tersebut bukan datang bergolek. Zuhri mengakui ia hasil daripada pengorbanan, disiplin serta semangat juang tinggi dalam membahagikan masa antara komitmen sebagai pelajar dan juga atlet profesional.
Sepanjang tempoh pengajian, Zuhri turut mencatat momen indah apabila membantu skuad negara meraih pingat emas di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Bukan itu sahaja, dia juga menjadi sebahagian tonggak utama yang membawa Selangor Pistons kembali bersaing di pentas elit STL 2024, sebelum menamatkan saingan di tempat ketiga pada Champions Cup 2024.
Dedikasi yang ditunjukkan Zuhri jelas membuktikan atlet negara bukan sahaja hebat di gelanggang, tetapi juga mempunyai wawasan dan potensi besar dalam merencana masa depan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Stadium Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Bekas suami kepada Primadona Malaysia, Erra Fazira, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini berkongsi detik membanggakan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya.
Menerusi Insta Story, ahli korporat itu memuat naik foto Aleesya yang naik ke pentas untuk menerima penghargaan kerana terpilih sebagai achiever selepas menamatkan persekolahan menengah dan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Melihat nama sendiri terpampang bersama Aleesya di layar utama, Emran tidak dapat menyembunyikan rasa bangga sebagai seorang bapa.
“Bila kau nampak nama kau di sebelah nama anak…
“Cantik macam ayah dan pandai macam mom,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Emran sempat berseloroh dengan mengaitkan dirinya sebagai software provider manakala Erra sebagai hardware provider yang membentuk kecerdikan dan kecantikan anak mereka.
Untuk rekod, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, selain gred A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi.
Beauty with brain, Aleesya kini dijadualkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level tidak lama lagi.
Sekadar info, Erra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada Februari 2014.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satsuma-imo, Japanese sweet potato, atau ubi keledek ungu, bentuknya ungu di luar dan kuning di dalam. Secara tradisional ditanam di Jepun dan Okinawa. Ia adalah makanan ruji masyarakat Okinawa, yang merupakan penduduk paling sihat dan paling lama hidup di muka bumi ini.
Kesihatan dan jangka hayat hidup mereka sering dikaitkan dengan rutin pemakanan yang diamalkan masyarakat ini, dan salah satunya dipengaruhi oleh ubi keledek.
Malah, perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar turut menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.
Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.
Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.