Berita

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Sah Milik Dayang Anisha

Share

17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda lafaz nikah telah disempurnakan oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.

Bertempat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, tengah hari tadi; Mateen, 33 sah menjadi milik pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, 29 dengan sekali lafaz. Istiadat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Turut berkenan untuk menyaksikan majlis ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat Diraja.

Perayaan untuk perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan akan mencapai kemuncaknya pada hari Ahad ini.

Dijadualkan, Majlis Istiadat bersanding Pengantin Diraja itu bakal dihadiri kerabat diraja antarabangsa serta pemimpin politik termasuklah dari Malaysia.

Manakala, perarakan pengantin diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pula akan dilangsungkan pada 15 Januari.

Untuk pengetahuan korang, Pengiran Muda Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Manakala, Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Dayang Anisha Di Majlis Khatam Al-Quran Curi Perhatian, Rekaan Busana Pereka Fesyen Malaysia – REMAJA

Walaupun Pengiran Muda Mateen merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal sekaligus tidak mungkin akan menaiki takhta untuk menggantikan ayahandanya, beliau memiliki pengikut seramai 3.1 juta orang di Instgram dan merupakan salah seorang ahli keluarga diraja paling berprofil tinggi di dunia.

BACA LAGI: Lagu Rasmi Dicipta Khas Bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Kini Dilancarkan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN