Adakah ini secara tidak langsung akan mempengaruhi catatan kes postif Covid-19 baharu di seluruh negara?
Semenjak pihak kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri sejak Isnin, 7 Disember lalu, pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mendapati terdapat kenaikan yang jelas pada jumlah pengguna jalan raya.
Dalam kenyataan PLUS pada hari Khamis lalu, merka memaklumkan bahawa peningkatan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuhraya tersebut adalah sekitar 40 ke 50 pertaus daripada sejumlah 1 juta kenderaan pada setiap hari sejak Isnin.
Peningkatan ini besar kemungkinan disebabkan oleh cuti panjang yang dinikmati oleh warga Selangor bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada hari Jumaat lepas. Trend sama juga dijangka berlaku pada 2 lagi minggu terakhir bulan Disember apabila seluruh Malaysia mengambil kesempatan untuk bercuti mahupun pulang ke kampung halaman.
Biarpun kebenaran telahpun diberikan oleh pihak kerajaan, namun rasa khuatir mengenai jumlah kes positif Covid-19 tetap ada memandangkan kes yang dicatatkan masih pada 4 angka pada hari-hari tertentu.
Ads
Persoalannya, adakah rakyat Malaysia bersedia untuk mengawal displin diri dan orang tersayang apabila menjelajah? Adakah SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa akan sepenuhnya diikuti oleh semua orang?
Menurut temuramah yang dilakukan oleh saluran berita Astro Awani bersama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Prof Madya Dr Malina Osman, kebenaran untuk merentas di antara negeri dan daerah ini sebenarnya hanyalah untuk memberi peluang kepada sektor ekonomi untuk terus bertahan.
Tangkap layar YouTube Astro Awani
Pada beliau, niat untuk pulang ke kampung dan bercuti ini seharusnya ditangguhkan dahulu walaupun rakyat diberikan kebenaran. Perjalanan jauh ini sebenarnya meningkatkan risiko jumlah kes yang boleh meningkat lebih tinggi daripada jumlah semasa.
Ads
“Dalam konteks ziarah, kita perlu minimumkan masa perjalanan. Masa berada di kampung, SOP disarankan untuk diamalkan secara serius. Tak boleh rasa ini keluarga kita yang rapat, kota boleh sembang dan duduk rapat-rapat,” kata beliau dalam temuramah tersebut.
Sekali lagi kami persoalkan, mampukah kita?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu, kita hanya saksikan ibu bapa mereka beraksi di layar perak Bollywood. Tahun demi tahum berlalu dan tanpa disangka, anak-anak kepada pelakon Bollywood popular ini telah membesar dengan bijak, sihat dan helok!
Semasa mereka masih kecil, tidak banyak info mengenai anak pelakon yang boleh diperolehi oleh media di India kerana para pelakon di sana terkenal dengan sifat protective terhadap anak masing-masing. Sebolehnya, pelakon tidak akan membenarkan para media dan paparazi untuk mengambil foto anak.
Namun, zaman telah berubah. Remaja kini terdedah dengan media sosial seperti Instagram dan Facebook. Malah, anak pelakon ini juga sudah besar panjang, sudah tahu menjaga diri sendiri.
Jom kita lihat siapa anak pelakon Bollywood yang dimaksudkan. Senarai ini bukan untuk membeza-bezakan rupa paras tau! Tetapi hanya untuk perkongsian tentang wajah mereka terkini.
Rhea Kapoor & Sonam Kapoor
Dua anak dara kepada Anil Kapoor dan isteri, Sunita ini memang mempunyai baka keluarga terbaik!
Sonam Kapoor, 32 mengikut jejak langkah ayah dan menjadi seorang aktres/model. Manakala adiknya, Rhea Kapoor, 31 pula berkecimpung sebagai produser filem sejak tahun 2010 melalui filem Aisha. Aisha juga dibintangi Sonam Kapoor.
Pada tahun ini, Rhea akan menerbitkan sebuah lagi filem bertajuk Veere Di Wedding dan ia dijangka keluar pada bulan Jun. Sonam Kapoor pula mempunyai pelbagai projek terbaru sebagai aktres dan fesyenista terkenal. Antara filem lakonannya tahun ini ialah Sanju, Pad Man dan Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga.
Ibrahim Ali Khan & Sara Ali Khan
Whoa, kedua-dua orang anak kepada Saif Ali Khan dan bekas isteri, Amrita Singh ini memang mengikut rupa paras ibu-bapa mereka. Wajah Ibrahim Ali Khan ‘sebijik’ dengan Saif semasa muda. Manakala Sara Ali Khan menyerupai Amrita pada zaman kegemilangannya sekitar 1985.
Saif Ali Khan & Ibrahim Ali Khan.Sara Ali Khan dan ibunya, Amrita Singh.
Ibrahim pada tahun ini akan berumur 17 tahun dan menurut Saif Ali Khan, dia tidak pasti sama ada anaknya itu akan menjadi pelakon Bollywood sepertinya, walaupun Ibrahim tertarik dengan bidang populariti. Terbaru 5 hari lalu, Ibrahim dikatakan cedera ringan pada mata selepas bermain ragbi, yang menjadi sukan kegemarannya.
Sara Ali Khan pula dilihat lebih serius berbanding adiknya itu untuk memasuki bidang lakonan. Filem ‘Kedanath’ yang bakal menjadi filem debut Sara di Bollywood berdepan dengan kontroversi apabila produser filem tersebut berbalah. Namun semalam, media di India melaporkan filem itu akan kembali menjalankan penggambaran pada April ini.
Suhana Khan & Aryan Khan
Kalau dah namanya anak kepada Shah Rukh Khan dan Gauri Khan, memang cantik dan ‘helok’lah muka mereka.
Suhana Khan, 17 dan Aryan Khan, 20 sudah lama menjadi perhatian kepada media Bollywood. Sejak kecil lagi, nama mereka sudah disebut-sebut sebagai muka baru untuk industri filem di sana. Shah Rukh dan Gauri tidak mempunyai masalah jika Suhana dan Aryan ingin menjadi model atau pelakon, cuma syaratnya mereka perlu menamatkan pengajian dahulu.
Aryan kini sedang menuntut jurusan perfileman di University of Southern California di Amerika Syarikat dan ayahnya selalu menghantar dia pulang ke sana. Suhana pula sedang menghabiskan zaman sekolah di Mumbai.
Ahan & Athiya Shetty
Anak kepada Sunil Shetty dan Mana Shetty ini memang mewarisi ketinggian dan paras rupa ibu bapa mereka.
Ahan Shetty, 22 yang mempunyai ketinggian 179sm merupakan bekas pelajar di American School of Bombay di Mumbai India dan dia kini sedang bersedia untuk terlibat di dalam filem pertamanya. Ahan juga kini merupakan antara fesyenista lelaki di kalangan remaja India yang sukakan gaya simple tapi kacak!
Kakaknya, Athiya Shetty pula cukup popular di Instagram dengan jumlah pengikut seramai 1.9 juta orang! Graduan New York Filem Academy ini merupakan pelakon Bollywood berbakat dan dia pernah dicalonkan untuk kategori pelakon wanita baru terbaik semasa Anugerah Filmfare. Athiya juga kini menjadi salah seorang sosialit dan model terkenal untuk majalah fesyen di India.
Jhanvi Mehta
Lama kita tak dengar khabar dari Juhi Chawla kan! Anaknya, Jhanvi Mehta bukan saja muda (17 tahun) dan mempunyai senyuman cantik seperti Juhi. Jhanvi juga merupakan anak selebriti Bollywood yang bijak! Perkara ini diakui oleh pelakon, Preity Zinta semasa Jhanvi mengikut ibunya ke acara lelongan amal IPL di India.
Pelajar straight 10 A’s ini juga merupakan orang termuda di acara amal tersebut. Dia kini menuntut di sedang menyambung pengajian di Charter House, London.
Samiera Kapoor
Samiera Kapoor, 13 sering dilihat bergambar dengan ibunya, Karisma Kapoor dan adik, Kiaan Kapoor. Dia tidak selalu dilihat mengambil gambar secara selfie atau bersama kawan lain seperti anak pelakon Bollywood yang lain. Enam hari lepas, Samiera telah menyambut hari kelahirannya yang ke-13 dan Karisma berkongsi gambar lamanya bersama Samiera di instagram. Ramai yang berkata gambar tersebut cukup istimewa dan menganggap Samiera semakin cantik sekarang.
Nysa Devgan
Nysa Devgan, 15 memang menyerupai ibu bapanya, Ajay Devgan dan Kajol Mukherjee. Walaupun Nysa dilihat lebih terbuka untuk berkongsi hidup peribadinya bersama orang ramai melalui Instagram, dia masih menjaga adap dan tata susila seperti yang diajar oleh Ajay dan Kajol.
Terkini, Nysa sedang menyambung pelajarannya di Singapura dengan mengikuti program pertukaran pelajar di sana. Ajay mengakui keluarganya masih terlalu rindukan Nysa tetapi berkata dia percaya anaknya itu boleh menjaga diri dengan baik.
Rasha Thandani
Kalau mak dah secantik Raveena Tandon (she just does not age at all!), mestilah anak dara, Rasha Thandani mewarisi kecantikan itu. Dua hari lepas, Raveena telah menyambut hari lahir Rasha yang ke 13 di Gateway of India dan dia dilihat turut menjemput rakan sebayanya untuk bersama-sama menaiki yatch. Ramai yang memuji Raveena sebagai ibu yang stylish dan cool kepada anak-anaknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dinafikan, dalam ramai adik beradik, mesti ada seorang yang tidak disayangi oleh mak dan ayahnya. Anak inilah selalu dipersalahkan, anak inilah yang tidak pandai, anak inilah yang selalu dibeza-bezakan serta pelbagai masalah lain. Pendek kata apa saja salah adik, abang atau kakak, anak inilah yang selalu dikambing hitamkan. Anak inilah yang dicanang-canang di depan saudara mara sebagai anak tidak boleh diharap.
Pernah tak korang alami situasi seperti ini? Kalau ada, sila semak lima tanda ini dan kalau betul, andalah anak yang tidak diadili dengan baik oleh kedua ibu bapanya biarpun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan pun ketika itu.
Sebagai anak, kita pasti tak akan melawan kerana menghormati orang tua tetapi dalam hati pasti terasa begitu sedih.
Bacalah tulisan Dr Taufiq Raziq yang arif dalam bidang keibubapaan tentang sikap sebahagian ibu bapa.
5 Tanda Mak Ayah Dah Mula Tak Adil Dengan Sebahagian Anaknya
1. Nada dan intonasi suara berbeza bila bercakap dengan anak yang lain
– Ada anak tu asyik kena tengking dan bebel je biarpun tak buat salah!
-Padahal ada juga adik beradiknya yang suka buat salah tapi mak ayahnya masih mengekalkan nada suara yang lembut dan perlahan.
2.Hanya pandang pada skor anak sahaja
– Anak yang skor A lebih diberikan pujian berbanding anak yang skor C
-Padahal mungkin anak yang skor C ni dah bermati matian belajar cuma mungkin anak itu kategori LATE BOOMERS yang mana perlukan masa yang sedikit lama untuk perform dan skor dalam pelajarannya.
Walau salah orang lain, tapi anak disukai tetap kena marah biar bukan salahnya pun
Dalam ramai adik beradik, mesti ada yang satu selalu dipersalahkan
3.Mengagungkan anak yang tertentu di depan adik beradiknya
– Anak yang lebih berharta dan lebih tinggi prestasi akademiknya dipuji secara berlebihan di depan adik beradiknya
– Mula-mula anak yang lain mungkin akan turut termotivasi tetapi jika terlalu berlebihan, self confidence anak yang lain akan mula drop dan rasa diri tak berguna akan mula muncul dalam diri mereka
4.Melebihkan eye contact pada anak tertentu sahaja
-Tanpa sedar eye contact mak ayah tu lebih banyak pada anak tertentu sahaja
– Anak anak kita sebenarnya sensitif dan tahu bila mak ayahnya lebihkan atau kurangkan eye contact pada diri mereka
– Kurangnya eye contact bermakna kurangnya ikatan emosi mak ayah pada anak-anak
5.Melebihkan si adik daripada si abang dan kakaknya
-Adik yang dimanja berlebihan akan dianggap ‘threat’ ataupun ancaman pada abang dan kakaknya
– Walaupun si adik kelihatan lebih memerlukan perhatian tapi jangan sampai kakak dan abangnya kita sisihkan
-Kita taknak rasa cemburu sesama adik beradik bertukar menjadi sengketa dan perbalahan bila dah meningkat dewasa
psst..ramai lagi mak ayah tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah lain yang belum tahu ye dan tolong ingatkan pasangan kita juga.
p/s : Jom belajar lebih banyak lagi tentang anak kita di Telegram saya. Klik je link ni sekarang t.me/NotaTaufiqRazif
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah tamat semalam and you know what that means … balik kampung!
Bagi kebanyakan daripada kita yang terlepas peluang untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, tentunya tarikh 11 Jun onwards ini akan diambil oleh warga kota untuk balik kampung.
REMAJA berharap agar korang sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh perjalanan. DAN mesti korang boleh relate dengan 5 situasi normal yang dihadapi setiap keluarga Malaysia semasa balik kampung ini.
01
Berbeg-beg baju dan segala keperluan lain untuk seisi keluarga akan dibawa. Sampaikan tak muat ruang bonnet di belakang kereta, terpaksalah ada beg yang perlu diselit di kawasan kaki, disandar di atas peha. Memang tak tidurlah korang dalam kereta nanti.
02
Semua orang ada taste muzik masing-masing.
Nama je lagu Raya, tapi ada macam-macam jenis lagu Raya tau! Abah suka penyanyi lama, mak feeling kak Ziana Zain dalam kereta. Yang adik pula request lagu Raya BBNU. Haih mana satu nak dengar pun tak tahu.
Trust us, tak habis satu lagu dimainkan, mesti ada yang gatal nak tukar ke saluran radio lain.
03
Masalah tak cukup space di tempat duduk penumpang mesti tak akan pernah selesai! Yang kurus selalu menjadi mangsa duduk di bahagian tengah, yang – hhm – comel mesti dapat sandarkan badan ke belakang di bahagian tepi atau kerusi penumpang hadapan. Mana aci!
Bila sampai di hentian R&R, barulah semua nak menggeliatkan badan semasa keluar kereta.
Tiba-tiba, ada bau busuk membunuh yang melingkar dalam kereta. Adoi!
Kalau nak lepaskan ‘bom’ pun janganlah lepas senyap-senyap. Lagi senyap, lagilah mengancam nyawa, tau tak. Bau busuk di dalam kereta yang berhimpit bukan saja datang daripada ‘bom (tak dapat) jangka’ tetapi juga daripada bau kepam jika sedang hujan lebat.
05
Dengan teknologi seperti Waze di hujung jari, semua penumpang sibuk nak jadi petugas trafik. Semua ada mazhab sendiri mengenai jalan mana yang harus mereka ikut.
Pihak polis telahpun menjangka lebih ramai rakyat Malaysia yang akan hit the road dan pulang ke kampung pada hujung minggu ini/
Jadi kalau boleh, janganlah ada ramai sangat instructor di dalam kereta tu. Pilih laluan terbaik mengikut cadangan yang diberikan pihak berkuasa dan pilih waktu perjalanan seperti yang dicadangkan.
InsyaAllah, sampailah korang dekat kampung dengan selamat.
Paling penting, berwaspada terhadap SOP kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya di kawasan awam seperti R&R. Akta dan peraturan masih diwartakan.
Sekiranya korang melanggar peraturan yang ditetapkan, korang masing boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa termasuklah saman sebanyak RM1,000 ataupun kes dibawa ke mahkamah.
Jangan sampai duit raya ‘melayang’ sebelum sampai ke kampung halaman. Hehe..