‘Timeline’ korang di aplikasi Instagram baru-baru ini pastinya dihujani dengan hantaran wajah-wajah avatar kosmik dan adiwira.
Kesemua itu boleh disunting menggunakan aplikasi ‘photo editing’ bernama Lensa yang baru-baru ini memperkenalkan fungsi ‘Magic Avatar’. Ia membolehkan korang menukar gambar swafoto yang diambil menggunakan kamera telefon pintar menjadi 50 potret fantasi menarik dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI).
Hanya dengan bayaran serendah USD3.99 hingga USD7.99, 1o gambar swafoto dan dalam masa 20 minit sahaja, korang akan memperolehi avatar sendiri untuk dimuat naik ke Instagram.
Ramai pempengaruh media sosial juga sudah berkongsi pelbagai jenis avatar sehingga membuatkan ramai pengguna Instagram teringin untuk turut mencubanya.
Namun sebelum korang mencubanya, sila ambil tahu dahulu risiko yang diambil oleh pengguna Lensa apabila memuat naik swafoto menerusi aplikasi itu.
Ads
Sebilangan pakar telah memberi amaran mengenai risiko pencerobohan privasi data yang diambil daripada pengguna.
Aplikasi Lensa yang dicipta dan dimiliki oleh syarikat Prisma Labs telah menyatakan dalam terma & syaratnya bahawa penggunaan aplikasi akan memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan untuk, “mengekal dan membatal secara tidak eksklusif, bebas royalti, di seluruh dunia dan dibayar secara penuh, boleh memindah milik, menggunakan lesen , mengeluarkan semula, mengubah suai, menyesuaikan, menterjemah dan mencipta karya terbitan,” dengan foto korang.
(Using the app grants the company perpetual, revocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable, sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, translate, create derivative works with your photos.)
Ini bermakna syarikat Prisma Labs berhak ke atas sebarang avatar digital yang telah dihasilkan menggunakan gambar swafoto tersebut.
Ads
Wakil daripada Prisma Labs juga memaklumkan bahawa syarikat itu akan memadam foto pengguna daripada simpanan ‘cloud services’ selepas mereka menggunakannya untuk melatih teknologi AI.
Hal ini menggusarkan sebahagian pengguna Lensa kerana dalam tidak sedar, ramai orang telah membenarkan foto mereka digunakan bagi tujuan ‘melatih AI’ yang dimiliki Prisma Labs.
*
Ads
Nampak seperti satu aplikasi menyunting foto yang menghiburkan. Namun sebelum korang mencubanya, korang wajar tahu risiko yang diambil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu lalu, Ariana Grande telah melakukan kemunculan sulung di atas pentas selepas negara Amerika Syarikat diletakkan di bawah perintah berkurung dek kerana wabak Covid-19 yang teruk melanda negara tersebut.
Sebagai salah seorang artis yang melakukan persembahan secara virtual bersama Lady Gaga, Ariana dan Gaga memuaskan hati ramai peminat mereka apabila turut membawa pulang anugerah untuk Lagu Tahunan, Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik untuk lagu Rain On Me.
Selepas kejayaan tersebut, nampaknya Ariana sekali lagi mencipta rekod baharu hari ini!
Secara rasminya, Ariana Grande kini ialah personaliti perempuan paling popular di Instagram dengan jumlah pengikut paling ramai.
Pengikutnya kini mencecah angka 200 juta orang, melebihi pengikut Selena Gomez (190 juta) dan Kylie Jenner (193 juta)! Ariana juga adalah perempuan pertama yang berjaya mencapai angka 200 juta itu.
Bagaimanapun secara keseluruhan, pemain bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo masih merupakan personaliti paling popular di Instagram dengan sejumlah 238 juta pengikut.
Naturally, Lady Gaga menjadi antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Ariana di atas kejayaan tersebut.
“Congratulations to my friend Ariana Grande for 200 million followers! You are a queen, wear that crown!
Menariknya, personaliti yang ‘membuat duit’ terbanyak di Instagram bukannya terdiri daripada Ariana, Kylie, Selena ataupun Cristiano. Menurut Instagram, Dwayne ‘The Rock’ Johnson (180 juta pengikut) kini memegang title tersebut.
Keuntungan yang dicapai The Rock menerusi Instagram saja telah meningkat 15 peratus berbanding tahun lepas. Percaya tak, satu posting oleh The Rock saja bernilai USD1 juta tau!
Selain mereka berlima, antara personaliti lain yang giat mengaut keuntungan di Instagram ialah Beyonce, Justin Bieber dan Taylor Swift.
Haihh, best-nya lah kalau boleh menjadi The Rock! Tak jadi paling popular pun tak apa, asalkan duit masuk hehe..
*
Bercakap mengenai Rain On Me nyanyian Lady Gaga dan Ariana Grande, jom lihat 5 stail pelitup muka ataupun face mask yang dipakai oleh Gaga pada acara VMAs 2020, Isnin lalu.
Jenama telefon bimbit kesayangan ramai suatu ketika dahulu, Motorola kini masih giat melancarkan model terbaru smartphone berasaskan Android 9 Pie, iaitu Motorola Razr.
Motorola Razr, iaitu model telefon bimbit popular pada awal era 2000 muncul kembali dengan inovasi baharu tetapi tetap mengekalkan ciri telefon boleh lipat.
Model yang kini dimiliki Lenovo, dilengkapi dua skrin iaitu skrin 6.2″ OLED dengan gabungan RAM dan storan 6GB dan 128GB. Skrin sekundernya adalah bersaiz 800 x 600 sebesar 2.7″. Menjalankan sistem operasi Android 9 Pie, pemproses Snapdragon 710 dengan satu kamera hadapan dan satu kamera belakang yang turut berfungsi sebagai kamera swafoto apabila telefon terlipat.
Di bahagian pengimejan, kamera utama sebesar 16MP dan kamera hadapan sebesar 5MP di bahagian dalam pelipat telefon. Saiz bateri pula sebesar 2510 mAh dengan sokongan pengecasan 15W TurboPower.
Telefon ini bagaimanapun menggunakan e-SIM yang mana sedikit sukar untuk beroperasi jika memasuki pasaran Malaysia. Sudah dilancarkan pada 14 November, Motorola Razr boleh ditempah pada harga $1499 (~RM6233) bermula Disember ini dan mula dijual pada Januari 2020. Wow harga dia boleh tahan ye mengalahkan Iphone 11 Pro!
Ahhh, biar betul.Ok jap, penulis terfikir nak gadai apa pula lepas ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang dikatakan dapat memberi manfaat kepada lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, usaha ini selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasakan organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan agar perkhidmatan kepada pelanggan berada di tahap terbaik.
Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun dalam memastikan institusi kewangan itu berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini.
Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi itu adalah merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.
Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang mudah. Aplikasi myPTPTN boleh dimuat turun di App Store dan Playstore.
Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, korang boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
2. Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
3. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
4. Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
5. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
6. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.