Penggambaran Mission Impossible 7 Terpaksa Ditunda, Gara-Gara Positif Covid-19

Share

Filem Mission Impossible 7 yang dibintangi oleh aktor terkenal Hollywood, Tom Cruise terpaksa menunda penggambaran mereka setelah beberapa kru produksi dan pelakon Mission Impossible 7 didapati positif Covid-19. Perkara ini telah membuatkan ketakutan Tom Cruise sejak lima bulan yang lalu menjadi kenyataan..

Sumber: Deadline. Mission Impossible Fallout

Penggambaran ini membabitkan lebih kurang 60 pekerja itu terpaksa dihentikan selama 14 hari untuk kuarantin dan ianya juga telah menyebabkan Tom Cruise untuk mengkuarantinkan dirinya juga. Beliau juga dinasihatkan untuk mengawasi dirinya jika beliau mempunyai sebarang gejala, mengelakkan kontak rapat dengan yang lain, dan dia juga dilaporkan telah berdiri hanya beberapa meter dari kru yang telah dijangkiti daripada wabak tersebut.

Sumber: Variety. Mission Impossible Fallout

Kejadian ini juga berlaku ketika di set penggambaran sewaktu babak di kelab malam bersama empat orang penari dan 10 pekerja yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.

Hal sebegini telah menjejaskan proses penggambaran mereka dan kira-kira 60 orang kru produksi termasuk pelakon filem ini terpaksa melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Penggambaran filem Mission Impossible 7 ini juga telah dijadualkan untuk memulakan semula penggambaran mereka pada 14 Jun ini, dan bakal ditayangkan di layar perak pada 22 Mei tahun hadapan.

Cruise yang juga merupakan seorang penerbit filem ini dan pelakon utama sebagai Ethan Hunt, dikatakan menjalani penggambaran ini bersama 60 orang kru Warner Bros Studio di Leavesden, Hertfortshire, kira-kira 25 meter dari barat laut London.

IKLAN