PENGENALAN

Dewi Remaja 2025: Menyambut Empat Dekad Legasi Gemilang
 
Tahun 2025 menandakan detik bersejarah buat jenama Dewi Remaja apabila ia melangkah ke usia 40 tahun. Satu pencapaian signifikan yang mencerminkan ketahanan, relevansi dan nilai jangka panjang sebuah platform pembangunan bakat wanita muda di Malaysia.
 
Sejak diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Majalah Remaja di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. (kini diteruskan oleh Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.), Dewi Remaja telah menjadi wahana penting dalam mencungkil, membimbing dan meraikan potensi luar biasa gadis-gadis remaja di seluruh negara.
 
Bukan sekadar pertandingan, Dewi Remaja berfungsi sebagai ekosistem holistik yang memperkasakan peserta melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi pembinaan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, nilai kepimpinan dan penjenamaan kendiri dalam era digital yang semakin mencabar.
 
Menerusi edisi ke-14 ini, Dewi Remaja bukan sahaja meraikan legasi empat dekad, bahkan terus komited menjadi medan untuk memperdengarkan suara generasi baharu terutamanya buat  gadis remaja yang intelek, berprinsip, adaptif dan progresif.
 
Dewi Remaja 2025 memperkukuh iltizam untuk membentuk figura wanita muda yang bukan sahaja berketerampilan, tetapi juga membawa pengaruh yang membina sebagai inspirasi kepada masyarakat dan cerminan masa depan Malaysia yang lebih inklusif, bijaksana dan berdaya saing.

The Iconic Dewi Remaja

Tengku Anis Tengku Ismail
Dewi Remaja 1984/1986

“Saya dilamar oleh pengasasnya iaitu abang Richie Rachman. Memandangkan saya meminati dunia modelling pada masa itu, saya bersetuju dengan pelawaan beliau. Pengalaman dikejar peminat merupakan pengalaman yang tidak boleh saya tukar ganti … such beautiful memories!”

Aleeza Kassim
Dewi Remaja 1987/1988

“Semua finalis Dewi Remaja inginkan kemenangan! Jadi, guna sepenuhnya peluang ini. Jangan masuk kerana inginkan dunia glamor semata-mata. Beauty may get you the attention but personality will capture the heart. Kamu perlu menjadi seorang yang multitasking, berkeyakinan tinggi dan pandai membawa diri. Walaupun sudah berada setinggi mana pun, jangan berlagak diva dan sombong.”

Jasmeen Dhillon
Dewi Remaja 1990/1991

“Tingkah laku perlu seiring dengan kecantikan. Paling penting adalah IQ kerana itu yang akan membezakan seorang Dewi Remaja dengan finalis yang lain. Pengalaman paling menyeronokkan bagi saya adalah apabila kami didedahkan dengan aktiviti yang melatih diri finalis menjadi diri sendiri. Kini, saya banyak menumpukan perhatian kepada keluarga dan menguruskan perniagaan.”

Wan Khatijah Wan Othman
Dewi Remaja 1994/1995

“Sepupu saya yang menghantar foto penyertaan saya! Rezeki terpilih sebagai finalis memang saya tidak duga. If you want to be a part of our family, just be yourself. Jangan pernah hipokrit dan perlu pandai menjaga kecantikan luaran serta dalam. Itulah yang akan mencerminkan diri seorang Dewi Remaja. Sebagai orang baru, semua itu akan dinilai.”

Juliana Banos
Dewi Remaja 1997/1998

“Saya tidak nafikan, gelaran Dewi Remaja membuatkan saya terus dikenali sehingga hari ini walaupun tidak lagi aktif. Bagi peserta yang akan datang, jangan takut pada persaingan kerana kalah menang adalah adat bertanding. Ingat, Dewi Remaja bukan untuk mencari glamor saja. Dewi Remaja adalah peluang besar untuk mencorak masa depan kamu.”

Annahita Bakavoli
Dewi Remaja 2002/2003

“Dewi Remaja sangat unik kerana ia bukan saja menilai dari kecantikan luaran tetapi juga dalaman kamu. Untuk berjaya dalam industri ini, kamu perlu persiapkan diri dan ini adalah platform terbaik. Dewi Remaja telah membuktikan setiap finalis akan berjaya dalam bidang masing-masing. Ia telah membuka peluang untuk saya memulakan karier seni aktif dan terkini, di dalam bidang penerbitan.”

Scha Al-Yahya
Dewi Remaja 2005/2006

“Saingan saya cukup ramai pada edisi ketujuh dan saya sangat berbangga kerana lahir sebagai produk Dewi Remaja. It is a great way to start anyone’s career. Saya percaya alumni yang ada semuanya bagus dan tidak pernah gagal menyumbang sesuatu yang baru dan exciting kepada dunia seni. Cuma ingat, tidak mudah untuk terus menjadi anak seni berjaya. Kerja keras dan minda yang kuat perlu ada.”

Neelofa
Dewi Remaja 2009/2010

“Pada waktu itu, kami terlibat di dalam enam buah episod program realiti. Ia mengajar saya untuk selalu berusaha daripada zero kerana saya akan selalu pelajari ilmu baru setiap hari, sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, mentor kami pada waktu itu adalah Aleeza Kassim dan saya cukup hormatinya. Pakej sebagai Dewi Remaja perlu mempunyai fokus, versatiliti dan tahu misi kamu menyertai pertandingan ini.”

Raysha Rizrose
Dewi Remaja 2014/2015

“Smart can be sexy too! Sebagai finalis Dewi Remaja, kamu perlu perkuatkan minda dan intelek, barulah segala ilmu yang diturunkan itu mudah kamu terima serta praktikkan. Sepanjang berada bersama Dewi Remaja, saya ajar diri untuk selalu menjadi yakin kerana ia akan menolong saya ketika berhadapan dengan task dan akhirnya, ketika menjawab soalan di pentas finale. Jangan gelojoh mengejar glamor, fokus dahulu kepada misi untuk berjaya.”

Shaza Bae
Dewi Remaja 2019

“Saya pelajari daya kesabaran menerusi pencarian Dewi Remaja. Sabar di sini bagi saya amat penting buat generasi sekarang yang  rata-rata saya lihat mengejar hasil secara tergesa-gesa. Setiap kejayaan perlu bertitik-tolak daripada kepayahan. Tanpa mengerti makna perjuangan dan usaha keras, sesebuah kejayaan yang kita kecapi tidak akan membutirkan nikmat berpanjangan.”

Tracie Sinidol
Dewi Remaja 2022

“Melalui pencarian Dewi Remaja, saya belajar bahawa kesabaran bukan sekadar menunggu, tetapi memahami bahawa setiap perkara indah mengambil masa. Dalam dunia serba pantas hari ini, sabar menjadi satu nilai yang semakin terpinggir, sedangkan ia kunci kepada kejayaan yang sebenar. Tanpa melalui susah payah, kejayaan yang diraih mungkin hanya sementara dan kosong makna.”

Nurel Baharin
Dewi Remaja 2023

“Pengalaman saya meneliti Dewi Remaja mengajar bahawa sabar bukan sekadar menanti waktu berlalu, tetapi menghargai setiap proses yang memerlukan masa. Di era yang bergerak pantas gila ni, sikap sabar kerap diabaikan—padahal ia sebenarnya pintu utama kepada kejayaan hakiki. Tanpa redah ranjau dan onak, apa jua kejayaan yang diraih cuma indah khabar dari rupa, kosong maknanya.”

Dewi Popular