Pertemuan pihak media bersama selebriti yang hangat diperkatakan sejak majlis pernikahannya kepada penceramah bebas, Haris Ismail semalam di sebuah majlis pelancaran tidak dibazirkan begitu saja.
Pelbagai soalan yang terbuku di minda ramai orang cuba diajukan kepada Dewi Remaja 2009/2010 itu.
Namun, satu perkara yang menarik perhatian REMAJA adalah penjelasan Lofa berkenaan perancangannya sebelum menginjak masuk ke bulan Ramadan Al-Mubarak, minggu hadapan.
Seperti yang diketahui oleh peminat Lofa, dia skeluarga pernah beberapa kali menghabiskan masa di bulan Ramadan dengan mengunjungi kota suci Mekah dan mengambil keberkatan beribadah di sana.
Namun dek kerana pandemik COVID-19 yang masih melanda, tiada apa yang umat dunia dapat lakukan untuk berkunjung ke negara lain termasuklah ke kota suci.
Biarpun Lofa tidak menyentuh apakah bentuk perancangan yang ada di mindanya bagi Ramadan kali ini, dia menjelaskan ada sesuatu yang ingin sekali dilakukannya. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Adakah dia mempunyai perancangan untuk berpuasa di lokasi selain Kuala Lumpur?
“Ada satu perancangan yang saya sedang lakukan sekarang. Tapi sekiranya tidak dapat ditunaikan, saya akan berpuasa di (Kuala Lumpur) bersama keluarga seperti biasalah,” katanya.
Menyentuh mengenai pengalaman sulung di bulan Ramadan bersama suami tercinta, Lofa mengakui teruja menantikannya.
Ads
“(Ia) sesuatu yang saya tertunggu-tunggulah, insyaAllah. Dipenuhi dengan program-program tersendiri. Saya (perbanyakkan masa) di rumah,” jelasnya secara ringkas.
Terdahulu, episod pernikahan Neelofa dan Haris tidak henti-henti diperkatakan apabila mereka didakwa melangsungkan majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tanpa mematuhi saranan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di kalangan tetamu.
Tidak lama selepas itu, satu lagi kontroversi dikaitkan dengan pasangan itu apabila mereka didakwa menggunakan alasan tugasan bekerja dengan satu jenama minuman demi berkunjung ke Pulau Langkawi dan berbulan madu.
Minggu lalu Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine selepas usaha diplomasi selama beberapa minggu dan sekatan dikenakan oleh Barat gagal menghalang Putin.
Ekoran daripada situasi itu, filem The Batman diumumkan tidak akan ditayangkan di Rusia selepas serangan yang dilakukan mereka terhadap Ukraine. Satu kenyataan telah pun dibuat oleh jurucakap WarnerMedia, mereka akan menilai situasi krisis yang berlaku itu sebelum membuat keputusan baharu.
“Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.
“Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini,”
Keputusan ini dibuat adalah sebagai reaksi daripada industri perfileman Hollywood yang tidak menyokong peperangan. Selain Warner Bros, Disney juga tidak akan menayangkan filem-filemnya di Rusia termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan bermula 5 Mei dan Lightyear pada 16 Jun depan.
Tidak hanya itu, platform penstriman digital Netflix juga turut menolak untuk menayangkan saluran-saluran televisyen dari Rusia di platform mereka.
Begitulah keputusan yang telah dibuat oleh kebanyakan negara, malah dalam arena sukan juga ada pasukan-pasukan negara lain yang tidak mahu berlawan dengan Rusia atas tindakan kejam yang dilakukan oleh mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak dua menjak ini nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai terutamanya rakyat Malaysia tak kira kaum perempuan mahupun lelaki.
Manakan tidak dek palitan kontroversi yang mendakwa gadis cantik ini cuba mengganggu keharmonian rumahtangga pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Tapi penulis bukan nak bergossip tentang hal rumah tangga mereka ini. Tapi lebih tertarik dengan rupa paras yang jelita seperti anak patung Sophia Albarakbah. Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.
Ini kami kongsikan serba sedikit tentang biodata Sophia AlBarakbah yang juga merupakan pelakon dan juga model.
Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.
Menggunakan nama komersial, Sophia Koshka.
Berumur 30 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
Kerjaya
Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18.
Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 261,000 pengikut.
Bermula Sebagai Model
Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.
Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.
Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo.
Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz dan antara pencetus kontroversi yang melanda dirinya apabila dikatakan cuba mengganggu rumah tangga Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Hmm…memang tak puas lihat wajah cantik sophia ni, sekali pandang macam wajah Dilraba Dilmurat pula kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata kedua, pelakon jelita, Farah Nabilah tampil berkongsi nama bayi comelnya itu yang selamat dilahirkan, pada tanggal 26 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Titian Cinta itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi kapsyen tersebut, Farah Nabilah dan suami tercintanya Mohammed Amirul Yunus, memilih nama Yusuf Gibran buat bayi keduanya yang baru dilahirkan itu.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” coretnya ringkas.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan doa agar Yusuf Gibran bakal menjadi seorang anak yang soleh dan mempunyai adab dan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sekadar informasi, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, pada 20 Disember 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur...