Pengeluar Jenama Kecantikan Popular Indonesia, Wardah Bawa Masuk Produk Khas Lelaki ‘KAHF’. Dijamin Halal!

Share

Cubalah periksa mana-mana tas tangan perempuan yang korang kenali, percayalah, besar kemungkinan mereka memiliki produk daripada jenama kecantikan, Wardah!

Jenama popular yang diperkenalkan oleh pengeluar PT Paragon Technology dari Indonesia itu sememangnya menjadi produk kegemaran pembeli perempuan DAN lelaki di Malaysia kerana keberkesanan serta harganya yang mampu dimiliki.

Setelah tempoh enam bulan perancangan, PT Paragon Technology pada hari ini telah membawa masuk ke Malaysia rangkaian produk penjagaan diri khas untuk lelaki pula di bawah jenama Kahf.

Tak perlu dah korang curi-curi pinjam produk Wardah daripada kakak korang.

Tanpa ingin menyisihkan pengguna lelaki yang diakui mempunyai pasaran yang semakin berkembang di Malaysia, Kahf menjamin produk-produk penjagaan diri dan dandanan lelakinya berstatus Halal, boleh dibawa solat dan paling utama, berkesan kepada keperluan lelaki Nusantara seperti di Malaysia dan Indonesia.

REMAJA berkesempatan menemui pengurus jenama Kahf, Billy Dharmawan pada majlis pelancaran dan pengenalan produk Kafh di Putrajaya pada hari ini. Menurutnya, apa yang menjadikan Kahf popular di pasaran Indonesia adalah kerana kandungan formulasinya yang ringan dan teknologi HydroBalance yang menjaga keseimbangan kulit.

Maklumlah, lelaki zaman sekaang kan sifatnya memang gemarkan gaya hidup aktif, sukakan hobi fizikal tetapi masih inginkan imej moden serta kemas. Oleh itu, Kafh menemui solusi yang sempurna untuk kemahuan pembeli lelaki mereka.

Menariknya, ia diilhamkan daripada alam semula jadi. Patutlah reka bentuk produknya pun minimal tetapi kelihatan premium. Haa

, yang penting harga tidak premium! Hehe.. lets check out antara produk kegemaran REMAJA daripada rangkaian Kahf ini.

 

Pencuci Muka

Halal, mampu bersihkan kulit hingga ke liang-liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit.

Krim Pelembap dan Pelindungan Kulit

Lengkap dengan SPF 30++ untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

 

Serum Rambut & Jambang

Untuk melembapkan janggut agar sihat dan bersifat antibakteria.

 

Eau De Toilette

Empat pilihan wangian yang diinspirasikan daripada bauan alam semula jadi.

*

Lengkap kan? Sempena pelancaran ini, Kahf sedang memberikan promosi menarik dari 28 hingga 30 Oktober ini!

Bertempat di IOI City Mall Putrajaya, korang boleh ke sana untuk menikmati diskaun istimewa hingga 50 peratus, memenangi hadiah dan menyertai permainan interaktif.

Bagi yang tidak berkesempatan, produk Kahf boleh korang perolehi di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan TikTok Shop dari harga serendah RM19.60 hingga RM45.90.

BACA LAGI : Produk Mahal Je Berkesan? Tak Juga.. Influencer Kongsi Pantang Lelaki Nak Kulit Cantik – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN