Baru saja dinobatkan menerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya pengasas Moon Cake terkenal, Haziqah Nurul Huda atau Yaya sudah mulai terpalit kontroversi bagi permulaan tahun 2020.
Ini berikutan pendedahan bahawa Yaya didakwa sudah merampas suami kawan baik sendiri Hanna Baa (yang selalu dianggapnya sebagai kakak). Baru tiga jam memuat naik luahan hatinya, posting di fbnya sudah disyer lebih 25 ribu orang.
Baca perkongsian dan luahan hatinya seperti disiarkan di fb miliknya.
Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korang berjaga-jaga dengan orang sekelilingi. Kebahagiaan saya hari ini musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya.
Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan..saya cuba utk mendekati dia dan berkawan dgnnya.. Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya.
Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yg mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam2 dibelakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama YAYA. Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, dibelakang saya dia bercinta dengan suami saya..
Allahuakbar!
Saya salahkan kedua duanya.
Ads
Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan di belakang saya tetapi dalam masa yang sama perempuan yang saya anggap adik berpura- pura baik didepan saya.
Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini…. Sungguh tergamak mereka…
Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yang bahagia dengan 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.
Jika mengenangkan kembali kebaikan yg saya lakukan untuk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa.
Saya tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.
Ads
Kepada kawan-kawan di luar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka.
Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar.
Tapi saya harus bangun dan kuat demi 3 cinta hati saya ️ Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih…
Abang,
Terima kasih banyak2 atas rasa cinta yg kita bina selama hampir 11 tahun ni.
Ads
Susah senang yang kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur..
Abang berjaya sekarang, dan abang memilih kebahagiaan bersama dia..
**media[113062]*
Sedangkan sayang tiada apa2 yang nak dibanggakan…
Saya percaya perjalanan yg Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dgn ujian yg besar ,sy yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari.
I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri….
Assalamualaikum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percaya atau tidak, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi bilionair termuda kerana sudah memiliki kereta mewah dan rumah agam.
Meskipun belum boleh memandu, kanak-kanak Nigeria itu dihadiahkan sejumlah kereta sport mewah dengan antaranya Ferrari berwarna kuning yang diletakkan di kediaman mewah di Dubai.
Menerima gelaran Mompha Junior, kanak-kanak ini telah diberikan rumah agam pertamanya ketika dia baru sahaja berusia enam tahun. Walaupun dikurniakan kekayaan daripada ahli keluarganya, Muhammed Awal Mustapha juga memperoleh pendapatannya sendiri.
Dia didakwa mempunyai kekayaan lebih daripada 12 juta pound sterling (kira-kira RM65.1 juta) iaitu lebih enam bilion dalam Naira Nigeria. Mompha Junior juga terkenal dengan menggayakan pakaian mewah berjenama seperti Gucci dan Versace dan dia merupakan anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha yang dikenali sebagai Mompha Senior.
Walaupun masih muda, namun bapanya menganggap apa yang dimiliki oleh Junior itu adalah satu ganjaran daripada usahanya.
“Tuan tanah termuda yang memakai Gucci dan memiliki sebuah rumah. Dia layak menerima beberapa pujian kerana telah melangsaikan semuanya,” jelas bapanya.
Walau bagaimanapun, Mompha sebelum ini dikatakan pernah didakwa oleh suruhanjaya pencegah rasuah kerana terlibat menggelapkan wang bernilai 10 juta pound (RM56 juta) dan cuba menyembunyikan harta sebenar. Namun, lelaki itu menafikan kesemua dakwaan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.
Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.
Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.
Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.
Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.
Landskap politik di seluruh dunia telah berubah, termasuklah di Malaysia.
Sebentar tadi, calon bebas berusia 22 tahun telah diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Batu di Kuala Lumpur.
P.Prabakaran menerusi portal Astro Awani dilaporkaN menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Dominic Lau dengan majoriti 24,438 undian. Satu jumlah yang besar memandangkan dia masih muda.
Walaupun kami di REMAJA gembira apabila seorang wakil anak muda diberikan mandat untuk menyertai Parlimen, ramai yang masih tertanya-tanya siapakan sebenar Prabakaran.
Ini dia 7 perkara menarik mengenai Yang Berhormat muda ini.
01
Sebelum mendapat sokongan Pakatan Harapan, Prabakaran hanya fokus kepada kempen di media digital dan memuat naik 3 video di laman Facebook-nya.
02
Prabakaran merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
03
Antara inti pati manifestonya adalah bagi mewakili suara belia dan anak muda di peringkat Parlimen dan meningkatkan kemasukan lebih ramai golongan belia dalam arena politik.
Katanya, “Dalam Parlimen kebanyakan ahlinya sudah berusia 50 tahun ke atas. Kita sebagai belia perlu terlibat sama.”
04
Kemenangan ini juga bermakna dia telah memecahkan rekod Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ahli MP termuda pada usia 22 tahun! Datuk Seri memenangi kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1976. Ketika itu, beliau berusia 23 tahun.
05
Mesra dengan panggilan Praba, dia mengakui golongan remaja kini terdedah kepada terlalu banyak isu sosial. Disebabkan itu, Prabakaran ingin menyusulkan agar had kelayakan umur pengundi dapat diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun agar lebih ramai remaja yang kisah tentang masa depan negara.
06
Pada malam Isnin lalu sebelum bertolak ke Langkawi, Tun Dr. Mahathir sendiri sempat untuk berswafoto dengan Prabakaran semasa menyampaikan ceramah di Taman Keramat.
Kata beliau, “Inilah calon muda kita.” Menariknya, Tun M merupakan calon tertua bagi Pilihan Raya Umum kali ini manakala P.Prabakaran yang termuda.
07
Sebagaimana kebanyakan ahli politik lain, Prabakaran rapat dengan ibu dan ayahnya. Sebelum bertanding, dia sempat untuk memuat naik sebuah video bertajuk, “Blessings From Elders”.
Tahniah Prabakaran & selamat menjalankan tugas!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!