Takutlah kamu akan Allah! Ini antara kata-kata yang disebut oleh pihak penganjur Ijtimak Seasia 2020 yang diadalah di Desa Pakatto, Gowa Sulewasi Selatan semalam sebelum akur dengan arahan pihak berkuasa untuk menghentikan ijtimak tersebut di saat dunia bimbang dengan penularan wabak Covid-19 hari ini.
Memang benar, kita diajar hanya untuk takutkan Allah sahaja berbanding ketakutan lain yang sering dimomok-momokkan seperti takut kepada hantu dan sebagainya namun dengan akal diberi, di saat dunia sedang heboh dengan wabak Covid-19, adalah lebih baik “rasa takut hanya pada Allah” itu diganti dengan pilihan untuk akur pada pendapat orang lain. Nah! Akhirnya bila semua diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa, akhirnya perhimpunan itu perlu dihentikan.
Ads
Akhbar Tempo.Com melaporkan Ketua Dearah Gowa, Sulawesi Selatan,Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo, arahan menunda Ijtimak Seasia 2020 itu dibuat atas arahan pihak berkuasa.
“Semua peserta akan dikuarantin sementara dahulu,” katanya memaklumkan ada lebih 8000 peserta sudah hadir di daerah ini melibtkan 48 buah negara. Acara Ijtimak ini berlangsung mulai hari ini sehingga 22 Mac.
Ads
Menurut Adnan, pihaknya tidak melarang perhimpunan sebegini diadakan namun waktunya saja tidak tepat di saat wabak Covid-19 distatuskan sebagai pandemik.
Ads
“Masyarakat kami sangat bersahabat dengan sesiapa saja sahaja dan senang dikunjungi. Kegiatan begini juga dinanti-nantikan oleh masyarakat kami tetapi dalam situasi dan keadaan normal. Tapi sekarang sangat berbeza, ada hal luar biasa terjadi dengan masalah yang sama di seluruh dunia iaitu Covid-19,” katanya.
Buat masa ini semua jemaah akan dikuarantin sementara menunggu pulang ke negara masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendedak dek kerana ramai yang membeli secara online.
Menurut Harian Metro, Pos Malaysia menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.
Mungkin ada yang merungut disebabkan parcel mereka tidak sampai-sampai lagi, jadi seorang pengguna di Facebook telah berkongsi tip bagaimana untuk korang mahu mengambil barang daripada pos laju sepanjang tempoh PKP ini.
Ada yang barang sudah tiga minggu lebih tak sampai, so ini cara penyelesaiannya kalau nak barang korang cepat sampai dalam masa dua hari sahaja selepas membuat aduan feedback kepada Pos Laju.
Ekoran daripada berita yang tular mengatakan pusat membeli-belah 1 Utama mencatatkan 63 kes positif COVID-19, pihak pengurusan kompleks beli-belah tersebut telah pun mengeluarkan kenyataan penafian terhadap berita tersebut.
Menurut pihak pengurusan mereka, terdapat kenyataan yang menggelirukan dikeluarkan dengan memberi kesimpulan bahawa semua kes dinyatakan dalam laporan adalah datang dari 1 Utama.
Hasil ujian swab yang dilakukan ke atas 6,000 kakitangan kompleks beli-belah dan penyewa pada 11 dan Oktober lalu mendapati hanya 21 kes positif COVID-19 dilaporkan.
Sebanyak 44 kes yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling adalah bukan dari kompleks beli-belah 1 Utama, sebaliknya mereka sebenarnya adalah pengawal keselamatan kontrak dari luar pihak penyedia perkhidmatan dimana jangkitan COVID-19 itu adalah melalui asrama dan bukannya di dalam premis 1 Utama.
Kredit foto: Facebook 1 Utama
Apabila dimaklumkan KKM mengenai seorang pengawal keselamatan positif COVID-19, pihak 1 Utama telah mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk mengulangi ujian COVID-19 dan hanya membenarkan mereka bekerja semula apabila betul-betul bebas daripada virus itu.
Apa-apa pun, stay at home guys! Kita masih belum menang menangani wabak pandemik ini. Sentiasa patuh SOP jika berada di kawasan umum dan jangan lupa memakai pelitup muka.
7HD Champion Cup 2025 menjadi pentas paling bermakna buat pasukan bola sepak Sekolah Monthong Wittaya apabila mereka terus mencuri perhatian pengguna di media sosial selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir di Stadium Suphachalasai, Bangkok minggu lalu. Penyertaan mereka dalam kejohanan bola sepak remaja paling berprestij itu mencetuskan gelombang sokongan luar biasa daripada seluruh negara.
Difahamkan, kejayaan skuad ‘underdog’ ini bukan sekadar mengejutkan pasukan lawan, malah menarik ribuan penyokong untuk memenuhi stadium demi memberi sorakan kepada para pemain dan jurulatih. Fenomena ini semakin mendapat perhatian selepas kisah perjuangan pasukan ini tular dalam masa yang singkat.
Kredit foto: FB Monthong Wittaya
Perjalanan Mon Thong Wittaya Di 7HD Champion Cup 2025
Perjalanan luar biasa Mon Thong Wittaya bermula dengan sebuah lori lama berwarna biru yang digelar ‘dream carrier’, digunakan untuk membawa para pemain dari Mon Thong, Chachoengsao ke Bangkok. Lori terbuka milik jurulatih, Sakon Kliangprasert itu telah diubah suai dan menjadi pengangkutan tetap pasukan sekolah selama bertahun-tahun.
“Kereta ini mempunyai sejarah panjang, sesiapa yang menaikinya lebih cenderung untuk memenangi kejohanan,” kata Sakon.
Untuk pengetahuan, Sekolah Monthong Wittaya merupakan sekolah komuniti Muslim di tambon Mon Thong, daerah Bang Nam Priao, yang menempatkan kira-kira 500 pelajar dalam 15 bilik darjah. Di bawah bimbingan Sakon sejak 2021, kapten pasukan Worakorn ‘Te’ Changkhiandee mengetuai rakan sepasukan menewaskan sekolah-sekolah ternama seperti Assumption College Thonburi, Depsirin School dan Assumption College Sri Racha sehingga mereka digelar pembunuh gergasi.
Taktikal & Pengalaman Menjadi Senjata
Di samping itu, Sakon yang sebelum ini pernah membimbing Sekolah Surasakmontri, juara tiga kali 7HD Champion Cup 2025, dan pengalaman itu dibawa bersama untuk memperkasa pasukan Mon Thong Wittaya. Menurut Presiden kelab bola sepak sekolah, Sumet Ridmat, komuniti mereka sejak dahulu terkenal dengan semangat kesukanan dan pembentukan pasukan ini menjadi langkah semula jadi dalam memupuk bakat pelajar.
Selain aspek taktikal, pemain muda pasukan ini turut diberi penekanan terhadap disiplin, penggunaan ruang, serta corak permainan menyerang yang lebih agresif. Elemen ini menjadi antara faktor utama yang mendorong peningkatan mendadak prestasi mereka sepanjang kejohanan.
Aksi Final Mendebarkan
Pada aksi final pada 8 November lalu, Mon Thong Wittaya berdepan Chai Nat Provincial Administrative Organisation School. Terdahulu, mereka menewaskan Assumption College Sri Racha 6–3 pada separuh akhir sebelum tiba di Bangkok disambut ribuan penyokong. Stadium berkapasiti 20,000 itu penuh sesak sehingga ada yang menonton dari trek larian.
Aksi dramatik itu berakhir dengan kekalahan tipis 1-2, menjadikan Mon Thong Wittaya sebagai naib juara 7HD Champion Cup 2025. Walaupun tewas, pasukan itu tetap menerima sokongan padu rakyat Thailand yang kagum dengan perjalanan penuh semangat mereka.
Sokongan Selepas Kejohanan
Selepas kejohanan, pelbagai bentuk sokongan diterima termasuk bagi pembangunan pasukan dan pengubahsuaian sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Kapten Thamanat Prompow menyerahkan biasiswa bernilai 150,000 baht (RM juta) dan 10 bola sepak, manakala Thai Smile Bus (TSB) menghadiahkan sebuah bas elektrik baharu bagi menggantikan ‘dream carrier’ lama.
Ketua Pegawai Eksekutif TSB, Kulpornpath Wongmajarapinya berkata, kisah pasukan ini cukup memberi inspirasi, terutamanya hubungan rapat antara para pemain dan jurulatih.
Impian Berterusan
Walaupun berstatus underdog, kejayaan menembusi pentas akhir 7HD Champion Cup 2025 membuktikan bahawa semangat, disiplin dan kesungguhan mampu mengatasi kekangan prasarana. Dengan sokongan yang semakin meluas, Mon Thong Wittaya kini dilihat berpotensi menjadi salah satu akademi bola sepak sekolah paling disegani di Thailand.
Para pemain muda pasukan ini menyatakan mereka mahu kembali lebih kuat pada edisi seterusnya dan berjanji untuk membawa pulang trofi ke Mon Thong. Seiring pembangunan baharu yang diterima, pasukan ini berada pada landasan tepat untuk terus mencipta kisah kejayaan dalam dunia bola sepak remaja Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.