Kita selalu mendengar frasa, ”Jangan jaga tepi kain orang” terutamanya jika ia melibatkan perihal jiran di sekeliling rumah.
Namun dalam kes terbaru yang melibatkan kematian Allahyarham adik Zubaidi Amir Qusyairi, Jumaat lalu, mungkin situasinya sedikit berbeza dan menunjukkan betapa pentingnya peranan jiran.
Dalam temubual yang dilakukan oleh rakan media di Sinar Harian, beberapa orang jiran yang menetap di lokasi kejiranan tersebut menyuarakan rasa sedih mereka terhadap kejadian itu.
Ambulans yang disangka muncul disebabkan ada pesakit yang disahkan positif COVID-19 rupa-rupanya membawa seorang mayat anak jiran untuk urusan bedah siasat.
Sumber Foto: Sinar Harian.
Ads
Menurut jiran mangsa, mereka sering melihat adik Amir termenung di kawasan luar rumah. Manakala ibu kandungnya pula jarang sekali bergaul dengan jiran yang lain.
Hanya kelibat ibunya yang keluar masuk rumah sewaktu pergi bertugas sebagai pegawal keselamatan saja yang diperhatikan mereka.
“Bila lihat tong biru dan mayat kanak-kanak itu diusung keluar dari rumah mereka, saya sebak dan pilu,” kata salah seorang yang ingin dikenali sebagai Kak Aish, semalam.
Seorang lagi jiran melaporkan dia kerap mendengar tangisan dari kanak-kanak dari rumah jirannya itu sebelum ini. Namun dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap itu hanyalah tabiat biasa seorang kanak-kanak kecil.
Ads
*
Jelas, peranan sebagai seorang jiran itu penting apabila ada situasi yang menimbulkan syak wasangka seperti ini.
Bukanlah bermaksud kita ingin menjaga tepi kain jiran atau bersifat ‘busy body’. Namun, adalah menjadi tanggungjawab kita apabila hidup berjiran untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira usia. Atau sekurang-kurangnya prihatin terhadap keadaan yang mendatankan kemusykilan bagi mengelakkan masalah menjadi lebih besar.
Jika dahulu, mengambil campur hal ehwal orang lain dianggap negatif. Namun dalam dunia sekarang, sekiranya ia disertakan dengan niat untuk membantu dan menenteramkan masyarakat di sekeliling tenteram, ia dilihat perlu.
Ads
Selain itu, penulis menyedari kepentingan orang ramai terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak agar sedar akan fungsi aduan Talian Kasih.
Mungkin sekali mangsa tidak berani untuk membuat aduan. Malah boleh jadi juga telefon mangsa telah dirampas pelaku berniat jahat. Oleh itu, sekiranya kita mendapati ada sesuatu yang menghairankan berlaku ke atas jiran di sebelah, teruslah buat aduan ke Talian Kasih di nombor 15999 atau kirimkan mesej ke WhatsApp 019-261 5999.
*
Terdahulu, laman media sosial tempatan telah digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Taman Krubong Jaya Melaka; hanya tiga bulan setelah anak kecil itu diserahkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandung serta ayah tirinya, Oktober tahun lalu.
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah selama bertahun belajar hingga bergelar graduan.
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawalan pergerakan.
.
Terbaru, UiTM kenyataan untuk mengadakan majlis dilakukan secara temu janji.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini melaksanakan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan para graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim menjelaskan bahawa pihak pengurusan tertinggi UiTM mengambil langkah tersebut berikutan pandemik COVID-19 masih berleluasa dan peningkatan kes yang tidak menentu.
Selepas menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan Tertinggi UiTM melakukan yang terbaik dalam memenuhi hasrat para graduan untuk mempunyai kenangan konvokesyen dalam suasana norma baharu.
“Janji Temu yang diperkenalkan ini telah mengambil kira pelbagai aspek keselamatan, kebajikan, kesihatan dan keselesaan (4K) dengan merujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi,” ujarnya.
Walaupun penganugerahan diploma dan ijazah adalah secara janji temu, Mohd Azraai berkata graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, merakamkan gambar kenangan dan menerima skrol serta transkrip sama seperti istiadat konvokesyen secara konvensional.
Dalam pada itu, sesi penganugerahan ini akan dijalankan bermula dari 7 November 2020 sehingga 9 Januari 2021 (tertakluk kepada pindaan) di UiTM Shah Alam dan seluruh Kampus Cawangan berdasarkan pemilihan kampus terdekat oleh para graduan.
Penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu dalam norma baharu ini adalah untuk menggantikan Istiadat Konvokesyen UiTM pada tahun ini yang lazimnya dilaksanakan dua kali setahun.
Namun, istiadat konvokesyen secara janji temu ini menjadi tanda tanya kepada para pelajar tentang yuran konvo yang mereka perlu bayar?
So apa pendapat korang dengan konvo secara temujanji yang dilaksanakan oleh Uitm ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam diberitakan dua dari 5000 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu dijangkiti wabak berkenaan. Sehubungan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati peserta yang menghadiri perjumpaan berkenaan agar menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan berdekatan bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak merebak.
Apa yang menariknya, ternyata abang tabligh “tak lari” sebaliknya begitu bertanggungjawab membuat pemeriksaan kesihatan sehinggakan gambar mereka sedang membaca al-Quran sementara menunggu giliran dan makan bersama-sama dalam kelompok membuktikan mereka adalah rakyat Malaysia yang prihatin kepada kesihatan orang lain.
Alhamdulillah, SubhaAllah, Allahuakbar. Sikap beginilah amat dituntut di dalam agama kerana kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Alhamdulillah, sambil menunggu giliran al-Quran tidak lekang dan sentiasa dibaca oleh jemaah tabligh iniBerzikir dan membaca Al-Quran sementara menunggu giliran pemeriksaan kesihatan
Tersebar di media sosial gambar-gambar jemaah tabligh ini dan korang saksikan sendiri ya.
Ramainya jemaah tabligh ke hospital untuk check up dan ada yang diarahkan quarantine dan mereka buat.
Responsiblenya mereka. Mereka dihospital tunggu giliran dengan alquran dan tasbih di tangan!!!
Kau kata mereka irresponsible lagi?!
Mereka sendiri tak minta nak kene dan mereka tak tahu ada yang infected.
Kau tengoklah sendiri bertanggungjawab atau tidak mereka pada manusia lain.
Masing-masing menunggu giliran untuk jalani pemeriksaanSebahagian dari 5000 jemaah tabligh yang menghadiri perjumpaan di Masjid Seri Petaling melunaskan tanggungjawab dengan menjalani pemeriksaan kesihatan
Sebelum kau kecam mereka, kau kecam dulu kerajaan yang membenarkan pelawat China masuk ke Malaysia pada waktu yang sudah pun critical.
Kau kecam dulu mereka yang masih SELFISH dan EGO keluar negara MELANCONG musim wabak ni, balik tak self quarantine.
Kau kecam dulu mereka yang masih meludah sana sini, bersin tak tutup mulut tu.
Kau kecam dulu mereka yang ada symptoms tapi sedang bergembira berjalan sana sini ke shopping malls dan tempat² awam.
Yelah apa nak buat, benda paling senang adalah salahkan orang.
Dalam banyak² tu, kau pilih salahkan orang yang beragama dijalan Allah!
Beberapa hari lalu tular insiden seorang wanita digigit anjing ketika berjalan luar perkarangan sebuah rumah. Dalam kejadian berlaku di Tanjung Minyak sekitar jam 9.43 malam, dari rakaman CCTV menyaksikan anjing meluru keluar dari rumah tuannya dan terus menggigit Kristina di bahagian kaki, lengan dan lain lagi hingga mendatangkan kecederaan parah terhadapnya.
Menakutkan, dari kejadian diserang anjing itu Kristina kini terlantar di hospital ekoran kejadian teruk dialaminya. Terkini, lebih menakutkan, akibat kesan gigitan anjing tersebut, tangan kanannya mungkin tidak akan berfungsi seperti sedia kala.
Dalam satu perkongsian dibuat oleh Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK), yang menziarahi Kristina, mangsa serangan Anjing di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka di Hospital Besar Melaka menyaksikan linangan air matanya.
Kehadiran kami disambut linangan air mata. Saudari Kristina yang beragama Kristian sungguh tidak menjangka dia akan menerima tetamu. Kristina masih trauma yang mana serangan tempohari – Dia menjerit minta tolong tapi tak ada yang menolong.
Tangan kanan Kristina mungkin tak akan berfungsi lagi seperti sediakala.
Bagi menzahir rasa simpati dan tanda bersahabat, ramai-ramai kita beri sikit-sikit seorang. Pilih RM10 / RM20 /RM30 / RM50 / RM100 atau RM200
MAYBANK PERTUBUHAN PASUKAN TINDAKAN HAIWAN (AAT), 512361504919
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!