
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027 kini dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia, termasuk mereka yang berada dalam kohort enam dan tujuh tahun.
“Ketetapan ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membolehkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula 2027 secara sukarela, tanpa perlu melalui ujian saringan,” jelasnya.
Tambah beliau, pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam
kohort enam tahun (berusia lima tahun ke atas) dan kohort tujuh tahun (berusia enam tahun ke atas).Pendaftaran boleh dilakukan menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my.
Keputusan ini susulan pengumuman kerajaan bahawa ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid Tahun 1 untuk kanak-kanak berusia enam tahun
tidak akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2027.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.