Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027 kini dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia, termasuk mereka yang berada dalam kohort enam dan tujuh tahun.
Ibu bapa atau penjaga digalakkan membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac bagi memastikan penempatan anak-anak mereka di sekolah rendah.
Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas dan lahir di luar tempoh 2 Januari hingga 31 Disember 2021 layak mendaftar untuk kemasukan Tahun 1 pada tahun hadapan menerusi kohort enam tahun.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad menjelaskan bahawa kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 pula boleh mendaftar melalui kohort tujuh tahun.
“Ketetapan ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membolehkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula 2027 secara sukarela, tanpa perlu melalui ujian saringan,” jelasnya.
Ads
Tambah beliau, pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun (berusia lima tahun ke atas) dan kohort tujuh tahun (berusia enam tahun ke atas).
Ads
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my.
Ads
Keputusan ini susulan pengumuman kerajaan bahawa ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid Tahun 1 untuk kanak-kanak berusia enam tahun tidak akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2027.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pewaris takhta Britain, Putera William dan Putera Harry kembali mencuri perhatian masyarakat apabila Putera William dikatakan beri ultimatum kepada adiknya sendiri jika mahu kembali ke dalam keluarga Diraja Britain.
Memetik laporan media antarabangsa, hubungan dingin antara kedua-dua putera Raja Charles III nampaknya masih belum surut walau sudah lebih lima tahun berlalu. Mereka juga hanya dilihat muncul bersama apabila berada dalam majlis rasmi yang besar, namun di belakang tabir, kedua beradik ini langsung tidak bertegur sapa.
Segalanya bermula sejak penghujung 2019, selepas Putera Harry nekad mengambil keputusan untuk keluar dari kehidupan diraja dan berpindah ke Amerika bersama isterinya, Meghan Markle, dan anak sulung mereka.
Langkah drastik itu juga menyaksikan Putera Harry menyerahkan semua tugas rasmi diraja. Sejak itu, hubungannya dengan Putera William dan ayah baginda, Raja Charles, menjadi makin renggang terutama selepas siri wawancara ‘panas’ bersama Oprah Winfrey dan pelancaran memoir ‘Spare’.
Walaupun sudah lama berlalu, Putera Harry mengejutkan orang ramai apabila secara terbuka menyuarakan hasrat untuk berbaik semula dengan Putera William dan Raja Charles. Namun, dengan segala dakwaan dan ‘drama’ sebelum ini, ramai pihak yang tertanya sama ada masih ada peluang untuk segalanya kembali seperti sedia kala.
Dalam pada itu, menurut sumber istana yang tidak mahu dikenali, Putera William dikatakan terbuka untuk berdamai, tetapi dengan satu syarat yang berat iaitu Putera Harry perlu menceraikan isterinya, Meghan Markle.
Selain itu, sumber itu mendakwa, sehingga kini Putera William masih menyalahkan Meghan sebagai punca utama keretakan hubungan adik-beradik mereka.
“Harry bukan macam dulu. Meghan ubah dirinya sepenuhnya,” katanya.
Tambahan lagi, Putera William juga dikatakan tidak akan pernah memaafkan Meghan atas apa yang berlaku.
“Selagi Meghan masih berpengaruh ke atas Harry, peluang untuk berdamai hampir mustahil,” tambah sumber tersebut.
Difahamkan, jika Putera Harry sanggup melepaskan Meghan, baru Putera William sanggup mempertimbangkan untuk menerima semula adiknya dalam keluarga diraja.
Pada masa yang sama, desas-desus ini semakin kuat kerana terdapat segelintir pihak yang percaya Putera Harry sebenarnya kurang bahagia bersama Meghan.
“Putera Harry korbankan keluarga demi cinta dan tinggalkan UK untuk bina hidup baru. Ramai yang tak boleh maafkan tindakan itu,” ujar salah satu sumber.
Selain itu, Putera William juga dikatakan kurang berpuas hati selepas mengetahui Meghan masih menggunakan gelaran diraja ‘Her Royal Highness The Duchess of Sussex’ secara terbuka di media sosial. Walhal, mendiang Ratu Elizabeth sudah menetapkan bahawa mereka tidak boleh guna gelaran rasmi selepas keluar dari institusi diraja.
Sebelum ini, Meghan pernah mengelak dari menggunakan gelaran itu, tapi selepas menyedari ia mempunyai nilai komersial dan boleh bantu dari segi penjenamaan. Meghan mengaku suka dengan status dan keistimewaan yang datang bersama gelaran tersebut, bukan untuk dirinya sahaja, tetapi juga untuk Putera Harry dan anak-anak mereka.
Menerusi konflik dan ego yang masih belum reda, nampaknya kisah dua bersaudara dari istana Buckingham ini masih jauh dari penamat. Sama ada Putera Harry sanggup melepaskan cinta demi darah daging, atau terus setia dengan pilihan hatinya, hanya masa yang akan menentukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemalangan maut pelajar UniSZA di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada Isnin telah menggemparkan orang ramai apabila polis mengesahkan pemandu Honda Jazz yang terlibat mempunyai rekod rawatan psikiatri sejak tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 32 tahun itu dikenal pasti menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan telah beberapa kali menerima rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bermula Januari 2025.
Menurut beliau, suspek kini masih dirawat di hospital sama selepas mengalami patah tangan kanan serta beberapa kecederaan lain akibat kemalangan tersebut.
“Suspek masih hidup dan berada dalam keadaan stabil. Dakwaan yang mengatakan suspek telah meninggal dunia adalah tidak benar. Dia dijangka menjalani pembedahan bagi kecederaan tangan yang serius,” katanya dalam satu kenyataan.
Perbuatan Sebelum Kejadian Berlaku
Siasatan awal polis mendapati sebelum kemalangan maut pelajar UniSZA itu berlaku, suspek dipercayai mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai kira-kira RM200 daripada sebuah kenderaan yang diparkir berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekitar jam 1.45 tengah hari.
Selepas kejadian itu, suspek masuk semula ke dalam kenderaannya dan memandu dengan laju sebelum terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, seperti yang dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka.
ACP Azli menjelaskan hasil semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati Honda Jazz yang dipandu lelaki tersebut adalah milik adiknya dan bukan kenderaan curi seperti yang tular di media sosial selepas kemalangan maut pelajar UniSZA itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa dan suspek.
Menurut polis, suspek akan ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas selesai menjalani rawatan dan disahkan benar-benar sihat.
Butiran Mangsa Dan Kronologi Nahas
Dalam kejadian kira-kira jam 1.55 tengah hari itu, mangsa Syakirah Hanan Mazli, 25, yang memandu Perodua Viva dari arah UniSZA menuju ke Bukit Kecil dipercayai sedang membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh sebuah Honda Jazz dari arah bertentangan.
Mangsa merupakan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Universiti Sultan Zainal Abidin dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Tragedi ini menjadikan kemalangan maut pelajar UniSZA tersebut antara insiden jalan raya paling menyayat hati di Terengganu setakat ini.
Sumber : MalaysiaGazette
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Badang negara, Aniq Kasdan meluahkan rasa kecewanya apabila terlepas peluang meraih pingat dengan perbezaan satu kilogram (1kg) berbanding mengalami kekalahan teruk.
Reaksi itu dikongsi Aniq (22) apabila terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di South Paris Arena.
“Tadi tu, kalau saya dapat angkat ia akan jadi pencapaian baru untuk saya. Jadi saya dan coach saya, Amirul tadi memang cuba ‘gamble’ untuk dapatkan pingat. Kalau saya dapat jerk tadi saya mungkin dapat silver.”
“Mungkin Allah belum nak beri lagi dan mana tahu di masa akan datang saya akan dapat lebih baik,” katanya.
Kredit: BERNAMA
Atlet kelahiran Johor itu melakukan angkatan terbaik 130kg dalam snatch untuk menduduki tangga keempat.
Dia kemudian bermula baik apabila melakukan angkatan 167kg dalam percubaan pertama clean and jerk, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 297.
Walau bagaimanapun, wakil Amerika Syarikat, Hampton Morris, yang sekadar melakukan 126kg dalam snatch, bangkit mengangkat 172kg dalam percubaan kedua clean and jerk, sekali gus memintas kedudukan Aniq.
“Saya dah cuba angkat lebih daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini (172kg dalam latihan), tetapi tidak berjaya. Jika berjaya dengan bebanan 174kg itu, boleh dapat pingat perak dan buat rekod kebangsaan baharu (bagi clean & jerk),” jelas Aniq.
Atlet negara itu, kemudian cuba melakukan angkatan 174kg tetapi kedua-dua percubaan terakhirnya gagal.
Pingat emas diraih oleh Li Fabin, dari China dengan angkatan keseluruhan 310kg manakala wakil Thailand, Theerapong Silachai, memenangi perak dengan 303kg.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...