Kempen 11.11 pada tahun ini sememangnya mencatatkan rekod luar biasa di seluruh dunia. Lebih hebat daripada jualan-jualan lainlah gamaknya!
Salah satu platform e-dagang popular Malaysia iaitu Shopee juga tak terkecuali daripada mengadakan kempen 11.11.
Tetapi menariknya, mereka bukan saja menjual barangan pada harga murah. Shopee pada masa yang sama turut memberikan sumbangan untuk pasakit kanser tak bernasib baik dengan kolaborasi bersama MAKNA.
Hanya dalam masa tiga minggu saja, kempen #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ini berjaya mengumpulkan RM114,170 dan ia diakhiri dengan program siaran langsung di Astro Prima dan Shopee Live.
.
Ads
.
Memang tergelaklah kami bila melihat gelagat selebriti popular seperti Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Sarah Hildebrand, Adira, Fahrin Ahmad, Elyana, As’ad Motawh dan ramai lagi mengambil bahagian di atas pentas. Masuk air semuanya!
Ads
Dalam bersuka ria, mereka semua telah menjadi sebagian daripada komuniti yang menyumbang semula kepada masyarakat terutamanya untuk rawatan pesakit kanser.
*
Shopee juga ‘tak nak kalah’ dalam jumlah jualan mereka kalau nak dibandingkan dengan beberapa platform e-dagang popular lain.
Hanya pada 11 November saja, sebanyak 70 juta barangan telah terjual dan rancangan Shopee Live mereka menerima 65 juta tontonan di seluruh dunia.
Ads
Antara produk paling laku keras pada tahun ini termasuklah Tefal, Skechers dan Acer yang menunjukkan peningkatan jumlah pesanan hingga 3,804 kali ganda! Pergh, dapat bonus lah pekerja Shopee pada tahun ini, hehe!
Apapun, tahniah kepada Shopee kerana bukan saja berjaya meningkatkan jumlah jualan 11.11 tetapi juga kerana memulakan inisiatif #ShopeeMAKNA untuk mengingati rakan-rakan kita yang tak bernasib baik.
Untuk melihat betapa kecohnya selebriti Malaysia semasa rancangan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge, jom tonton sedikit klip di bawah.
Tahun lalu seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari 2017. Ketua Eksekutif Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff dalam laporannya berkata, perkara itu melibatkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion.
Wow, bukan calang-calangkan jumlahnya. Ternyata ada peminjam yang sangat tegar dan berdegil untuk membayar balik hutang yang telah mereka pinjam dengan pelbagai alasan. Mungkin sudah tiada pilihan dan ini jalan terakhir, senarai nama peminjam tegar ini telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Bila nama telah disenarai hitam oleh JIM, ini bernakna secara automatiknya, peminjam tidak boleh keluar negara langsung. Mungkin terkesan dengan tindakan ini, ternyata peminjam-peminjam tegar ini boleh pula membuat bayaran.
Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.
PTPTN sentiasa membuat mekanisme terbaik bagi semua peminjam
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat semalam.
Mohd Khairuddin bertanya tentang prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.
Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.
Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminjam antaranya program #BolehBincang yang membuka ruang kepada peminjam untuk berunding dengan perbadanan itu.
Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangkan ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi para pelajar lepasan SPM dan STPM yang sudah mendapat result masing-masing, terkini masing-masing berdebar menunggu panggilan masuk ke universiti melalui sistem Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).
Insya Allah, kemasukan terbaru akan bermula pertengahan bulan Mei bagi sesetengah kos diikuti Jun sebagai pendaftaran masuk.
Bila masuk ke universiti, apa yang difikirkan ialah sama ada mendapat biasiswa dari JPA atau mendapat PTPTN yang mana ramai pelajar memilih PTPTN kerana sukar untuk mendapatkan biasiswa.
Tapi jangan susah hati, kalau anda rasa layak dengan result yang gempak, cubalah mohon biasiswa dari 32 syarikat korporat dan gergasi ini khusus untuk lepasan SPM, STPM dan Diploma. Mana tahukan rezeki korang untuk memperolehnya.Di bawah ini disertakan link yang boleh korang tengok ya.
Namun, melalui program MeleTOP, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak tetapi berjaga-jaga dengan penyakit ain.
Menurut Haris, baik dia mahupun Neelofa tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah Bilal kepada umum.
“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.
“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” kata Haris tanpa memaklumkan bila mereka akan berkongsi wajah Bilal kepada umum.
Nama pilihan bersama
Dalam temubual sama, Haris turut memberitahu nama Muhammad Bilal dibuat atas keputusan bersama dan ia diambil sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW, Bilal Bin Rabah.
“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama.
“Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ini buat menangis dengar.
“Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh,” ujar Haris.
Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan keluarga terdekat mereka juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya itu.
Untuk info, Haris dan Neelofa telah menimang Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 dan hanya mendedahkan berita gembira itu dua hari kemudian iaitu pada 31 Januari lalu.
Doa-doa bagi menjauhkan diri daripada penyebab penyakit ‘Ain
Korang pernah dengar tak tentang penyakit ‘Ain ini?
Penyakit ‘Ain merupakan salah satu penyakit yang tidak asing bagi umat islam. Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan hasad dengki.
Menurut Imam Muda Hassan, Penyakit ‘Ain juga disebabkan oleh rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh ataupun orang dicintai orang ramai. Memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari:
‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Disebabkan hal itu, kita sebagai umat islam perlulah mengucap kalimah Masya-Allah jika melihat kanak-kanak comel atau orang yang cantik serta perkara-perkara yang menakjubkan.
Kita sebagai umat islam digalakkan untuk sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk dan negatif. Berdasarkan artikel Liputan6, berikut merupakan doa-doa yang mampu menjauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki.
Doa dijauhkan dari sifat iri dan dengki Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
Doa dijauhkan dari sifat buruk sangka Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qolbin la yakhsya’u wa min nafsin la tasyba’u wa min da’watin la yustabu laha
Maksudnya: Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan.
Doa dijauhkan dari rasa marah Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh iblis.
Jadi kesimpulannya, tidak semua perlu dipertontonkan pada umum. Bersederhanalah dalam setiap benda, tidak semua orang gembira melihat kegembiraan kita. Semoga Allah melindungi kita dan seluruh ahli keluarga kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Youtube MeleTOP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!