Hiburan

Penangan Aliff, Ruhainies & Bella, Aplikasi X Trending Dengan Kod Rahsia ‘MUSM’, ‘LU’, ‘LUM’!

Share

Krisis rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah bertambah keruh dengan keterlibatan Sarah Yasmine yang mengejutkan industri hiburan. Terbaru, wanita yang dikatakan kekasih Aliff iaitu Sarah mendedahkan perbualan yang didakwa berlaku antara Aliff dan aktres Ruhainies.

ARTIKEL BERKAITAN : “Aliff Minta Cerai & Dia Kata Dah Tiada Perasaan Pada Februari Lalu” -Bella Astillah

Apapun, ketika ini sedang trending

di aplikasi X tentang kod rahsia atau singkatan yang digunakan Aliff kepada Ruhainies. Kod ‘MUSM’ atau sebenarnya singkatan untuk ‘Miss U So Much’ menjadi topik hangat sekarang ni.

Bukan kod tu sahaja, Ruhainies juga dilihat memberikan singkatan seperti ‘LU’ untuk ‘Love U’ dan ‘LUM’ untuk ‘Love U More’. Menerusi ciapan di aplikasi X, rata-rata warganet cuba memahami ‘short form’ tersebut dengan mencari terjemahannya.

LU = love you

LUM = love you more

MUSM = miss you so much

MUMUMUMU = mucuk mucuk mucuk mucuk

Menjengah ke ruangan balas pula, terdapat segelintir warganet yang sukar memahami maksud singkatan perkataan-perkataan itu selain ada juga yang turut geli hati melihat mesej tersebut.

Selain dari kod rahsia ni, nama Aliff Aziz juga menduduki carta teratas sebagai isu trending di Malaysia. Boleh dilihat, 5 top trending Malaysia adalah berkait dengan isu mereka termasuklah, Sarah Yasmine, Bella Astillah dan Ruhainies.

Sebelum ini, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Adui, makin rumit masalah dorang ni!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Platform X

 

IKLAN