Pemuda Suka Minum Tofu & Kurang Minum Air, Doktor Keluarkan 420 Biji Batu Karang Dalam Buah Pinggang

Share

Doktor telah membuang 420 batu karang yang berada di dalam buah pinggang dari seorang lelaki China yang bernama He pada tahun 2015, dia dikatakan mendapat batu karang tersebut disebabkan oleh makan terlalu banyak tofu dan kurang minum air.

Doktor dari sebuah Hospital di Zhejiang melakukan ujian CT Scan apabila pesakit mengadu mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian belakang. Ujian CT Scan yang dilakukan mendapati terdapat batu karang dalam jumlah yang cukup banyak.


Doktor terkejut dengan jumlah batu karang tersebut dan mengarahkan He untuk membuat pembedahan bagi membuang kesemua 420 batu karang, doktor yang melakukan pembedahan tersebut berkata, angka 420 tu tidak termasuk batu karang yang saiznya sebesar beras yang berjumlah hampir 100 ketul, pembedahan tersebut mengambil masa selama 40 minit.

Sumber : John Mohamed

IKLAN