Penyanyi pop popular dunia, Britney Spears membuatkan ramai peminat risau akan kesihatan mentalnya kerana bintang ternama itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar bogel di laman instagramnya.
Britney hanya menutup bahagian sulitnya dengan emoji dan berdasarkan kenyataannya di hantaran tersebut, foto berkenaan diambil tidak lama dahulu sebelum dia mendapat tahu dirinya hamil.
Photo dump of the last time I was in Mexico BEFORE there was a baby 👶🏼 inside me … why the heck do I look 10 years younger on vacation.
Hantaran tersebut mendapat respon berbeza, ada yang menyokongnya dan tidak kurang juga ramai yang meminta agar Britney berhenti bersikap sedemikian dan mengatakan bahawa selebriti ini memerlukan bantuan.
Ads
Sebelum ini kisah hidup Britney pernah menjadi bualan ramai, iaitu kemelut yang berlaku diantara dia dan ayahnya yang dikatakan terlalu mengawal pergerakan bintang pop ini termasuklah mengawal kewangan anaknya itu.
Namun semuanya berubah apabila Jamie telah dilucutkan hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap Britney. Malah, kisah hidup selebriti ini turut dikongsi di kaca televisyen menerusi dokumentari “Britney vs. Spears” yang ditayangkan di saluran Netflix.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scha Nuril sudah lama mengimpikan peluang untuk mengukuhkan bakat seni di pentas nyanyian.
Berbekalkan semangat dan keberanian, Nuril yang juga merupakan seorang penggubah bunga dari Gombak, Selangor melangkah penuh harapan dalam program realiti Raise The Star (RTSMY) agar boleh suatu hari nanti bergelar penyanyi sepenuh masa.
Kata Nuril, 27, keluarganya menjadi inspirasi utamanya untuk mendalami bidang nyanyian setelah minatnya itu dipupuk hasil dorongan ibu dan ayah sejak kecil.
“Waktu saya kecil mereka belikan CD nyanyian kanak-kanak dan mereka pasang setiap hari untuk saya berlatih. Bila saya berusia 10 tahun baru saya sedar, oh, saya boleh nyanyi di atas pentas!” katanya.
Sebelum menyertai RTSMY, Nuril sebenarnya pernah menyertai sebuah pertandingan nyanyian popular pada tahun 2024. Ditebak mengenai punca Nuril kembali mencuba nasib dalam sebuah lagi program pada tahun berikutnya, dia mengakui format pertandingan RTSMY-lah yang menarik minatnya untuk berada di sini.
“Antara cabaran yang saya rasakan dahulu… bukanlah nak cakap saya tak cantik. Cuma saya sedar saya perlu berusaha untuk groom diri sendiri. Dulu saya rasakan industri hanya pentingkan rupa semata-mata. Tapi dunia hiburan itu sendiri sudah makin berubah dan terbuka untuk menerima penyanyi pelbagai rupa.
“Keduanya, cabaran terbesar saya adalah untuk memiliki sebuah killer song. Memang terbukti, sebuah lagu yang bagus boleh mengangkat seseorang penyanyi. Dan itu juga salah satu sebab saya berada di pentas RTS MY.
Format pertandingan ini lain daripada yang lain apabila pemenang akan mendapat lagu baharu ciptaan salah seorang daripada lima komposer hebat tanah air. Saya percaya untuk tembus masuk ke industri, saya memerlukan sebuah lagu yang bagus,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nuril juga dengan hati terbuka akan menerima komen daripada para juri yang menilai persembahannya setiap minggu. Biarpun ada minggu di mana Nuril tidak berada dalam kalangan ‘The Five’ (lima peserta terbaik RTS MY), setiap minggu yang berlalu itu tetap memberikan satu pengajaran penting baginya untuk memperbaiki diri.
“Kalau komen kurang positif, saya ambil sebagai salah satu langkah untuk saya perbaiki diri. Sebenarnya apa mereka cakap itu betul. Mereka tidak berniat untuk menghentam tapi lebih untuk menjadikan diri saya lebih baik.”
Apabila diminta menggambarkan dirinya sebagai satu bunga, Scha memilih bunga matahari dan menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria, seperti bunga tersebut yang memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
Scha Nuril Si Gadis Bunga
Di antara bidang gubahan bunga dan bidang nyanyian, Nuril mengakui ada perbezaan yang wujud dari segi kepakaran dan tekanan yang hadir daripada setiap bidang tersebut.
“Gubah bunga tak berapa nak stres sangat. Dalam pertandingan ini pula, saya boleh rasa tekanan itu pada setiap minggu kerana setiap pesaing mempunyai ‘barang’ masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menonjol pada setiap minggu. Memang tak tenang saya dibuatnya!” seloroh Nuril.
“Saya akan fokus menjadi penyanyi kalau rezeki. Kerjaya sebagai florist ini telah saya mulakan sejak 2019. Satu hari nanti mana tahu apabila sudah stabil kerjaya nyanyian ini, saya boleh teruskan semula kerjaya sebagai florist dan melakukan kedua-duanya,” ujarnya penuh harapan.
Memasuki minggu separuh akhir pada Ahad ini, teruskan menonton Raise The Star Malaysia secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria atau strim hanya melalui Astro One dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial dan model, Dahlia Rizal menzahirkan kesyukuran apabila suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil berjaya memiliki sebuah kereta elektrik jenama Build Your Dreams (BYD).
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Dahlia dilihat memuat naik video menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suaminya yang berona putih.
“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan buat bekas peserta Hero Remaja itu sehingga berjaya membeli sebuah kereta baharu yang setelah lamanya diidamkan.
“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,” coretnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menumpang gembira atas kejayaan tersebut selain menitipkan doa buat pasangan berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Dahlia berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ikon global sensasi, Lisa Blackpink berkongsi mengenai aktiviti solonya yang terbaru selepas bernaung di bawah agensi LLOUD dan RCA Record.
Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal (27) membicarakan pengalaman pertama kalinya dia berlakon dalam siri drama terbaru HBO Original yang berjudul ‘The White Lotus’ musim ketiga.
“Disebabkan kami lakukan penggambaran di negara asal saya, Thailand. Saya boleh makan makanan Thailand setiap hari”
“Selain itu, saya juga dapat luangkan banyak masa berharga bersama ibu saya selama saya terlibat dengan penggambaran di sana,” katanya menerusi temubual bersama majalah ELLE US.
Dalam pada itu, Lisa turut berkongsi mengenai proses keterlibatannya dalam sesi pemilihan barisan pelakon ‘The White Lotus 3’.
“Saya tak beritahu ibu dan kawan-kawan pun bila saya ikut casting. Bila terpilih dan dapat tahu akan bawa watak tersebut, saya hampir menangis!” katanya.
“Ini adalah projek lakonan pertama saya. Saya seronok dan rasa gugup pada masa yang sama. Waktu dengar berita ini, saya terfikir macam mana cara saya nak beritahu orang lain tentang hal ini,” ujarnya lagi.
Pelantun lagu ‘Moonlit Floor’ ini turut mengambil kelas lakonan sebagai persediaan dirinya menjayakan watak dengan baik. Selain itu, Lisa berharap agar penonton dan peminatnya berpuas hati menonton siri tersebut.
Terbaru, preview The White Lotus bagi musim ketiga sudah pun dilancarkan dan menampilkan Lisa memerankan watak sebagai Mook iaitu seorang pempengaruh terkenal.
Menerusi video yang sama, Mook juga merupakan pengurus hotel dan juga cucu kepada pemilik hotel mewah di Thailand.
Wah, mesti ramai yang tak sabar nak tunggu penampilan perdana Lisa sebagai pelakon kan! Jom tengok dulu teaser di bawah dan cari mana Lisa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!