Peminat Squid Game Teruja ‘Teaser’ Musim Kedua Muncul, Watak Gong Yoo Kembali?

Share

 

Penantian peminat drama hit Korea terbitan Netflix; Squid Game selama berbulan-bulan akhirnya terjawab juga apabila mendapat tahu musim kedua siri drama itu bakal menemui penonto, tidak lama lagi.

Ini setelah pihak Netflix meluncurkan teaser pertama Squid Game musim kedua pada hari ini menerusi platform media sosialnya.

Menerusi hantaran itu, ia menampilkan permainan ‘Red Light, Green Light’ daripada siri tersebut dengan angka 2 tertera pada mata patung gergasi.

Kapsyennya pula berbunyi, “Red light… GREENLIGHT! Squid Game secara rasminya akan kembali untuk Musim 2!”

Lee Jung Jae sebagai Gi Hun akan melakukan comeback dalam Squid Game musim kedua.

Penerbit eksekutif merangkap pengarah dan penulisnya, Hwang Dong Hyuk turut menyertakan mesej khas buat peminat Squid Game.

Dalam pautan mesej yang boleh korang baca di bawah, beliau telah mengesahkan bahawa Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun akan memegang semula watak masing-masing sebagai Gi Hun dan Front Man.

Sambil itu, beliau juga sempat memberi ‘hint’ kononnya watak Gong Yoo yang hanya muncul untuk beberapa babak dalam musim pertama sebagai ‘lelaki dalam persalinan sut dengan permainan ddakji’ juga mungkin

bakal membuat penampilan.

Terdahulu, peminat Squid Game pernah menzahirkan rasa khuatir mengenai tempoh menunggu musim kedua drama itu. Ini memandangkan Hwang Dong Hyuk dan pasukan produksinya pernah merancang konsep, karakter dan jalan cerita drama ini selama 12 tahun. Lalu mereka risau jika perlu menunggu lama sebelum Squid Game musim kedua memulakan penggambarannya.

ARTIKEL BERKAITAN : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari – REMAJA

Begitupun dengan teaser pertama ini, tidak mustahil pihak produksi sebenarnya telahpun memasuki set.

Agaknya, pelakon-pelakon utama Squid Game musim pertama yang telah terbunuh akan kembali tak bagi musim kedua ini? Cer komen.

ARTIKEL BERKAITAN : Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan – REMAJA

BACA LAGI : ‘Atuk’ Squid Game Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globes 2022 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN