Pembuli, tiada rasa hormat dan tiada common sense.
Begitulah di antara komen-komen yang dilayangkan kepada penganjur acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 iaitu TV3 apabila mereka didakwa sengaja sensasikan semula isu yang pernah tercetus di antara penyanyi, Bella Astillah dan pelakon, Sophia Albarakbah.
Ini setelah mereka dipertemukan di atas pentas ketika Bella menyerahkan trofi kategori Selebriti Feminin Terhangat kepada Sophia sekaligus mewujudkan momen janggal di antara mereka berdua.
Meninjau ke ruangan komen Instagram penganjur, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan peminat Bella beranggapan keputusan untuk menjemput Bella sebagai penyampai trofi kepada anugerah yang diketahui awal oleh penganjur akan berpihak kepada Sophia sebagai gimik murahan untuk dijadikan bualan masyarakat.
Peminat Bella turut mempertikaikan etika produksi yang memandang rendah kepada nilai sesebuah acara anugerah dan memilih untuk menaikkan rating di TV dan di platform digital.
Ads
Sedangkan bagi peminat Bella, ramai lagi selebriti Malaysia yang boleh dijemput oleh stesen televisyen tersebut untuk menyampaikan trofi kategori berkenaan.
“This is not okay, you guys seriously perlu minta maaf kat Bella.”
“Entah apa lah perangai Melodi. Macam pembuli.”
“Memang takde common sense ke???”
Ads
“Tak kena langsung dengan moto program Melodi, ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi’. Puihh!”
Dalam pada itu, peminat turut memuji Bella Astillah yang kekal profesional ketika menyebut nama Sophia di atas pentas dan menyampaikan trofi dengan cara terhormat biarpun diulit rasa janggal.
Ads
“Terima kasih Bella Astillah sebab buktikan kepada dunia sekali lagi yang anda memang strong woman dan iron lady. Dibuli depan khalayak ramai tapi tetap tegak berdiri menyelesaikan tugas yang disengajakan.”
“Kesekian kalinya, Bella membuktikan dia wanita luar biasa, berhati baik, berakhlak mulia dan tetap berdiri megah walaupun diuji dengan sengaja. Bella terbaik.”
Sebagai konteks, nama Sophia Albarakbah pernah dipalit dalam isu rumah tangga Bella Astillah bersama bekas suaminya, Aliff Aziz. Sophia didakwa menjadi orang ketiga dalam perhubungan itu dan namanya turut dipetik oleh salah seorang skandal Aliff dari Singapura, Sarah Yasmine.
FOTO: TV3 Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara kurang makan selepas memakai pendakap gigi (braces), keadaan tubuh penyanyi berbakat besar, Aisha Retno yang dilihat kurus menyebabkan ada individu menuduhnya mengambil bahan terlarang.
Penyanyi lagu popular Sutera yang menapis dakwaan tersebut berkata, perubahan fizikal yang ketara termasuk berwajah cengkung sebenarnya berpunca daripada penggunaan pendakap gigi selain amalan diet dijalaninya.
“Sebenarnya perkara tersebut sama sekali tidak benar kerana kemana pun saya pergi, saya akan bersama ibu dan ayah. Kalau berkawan pun dengan yang saya boleh percayai. Jadi perkara itu paling yang saya akan jauhkan.
“Jadi apa yang saya boleh katakan, biarlah netizen berkata kerana punca saya nampak susut kerana saya memakai pendakap gigi. Ya, saya tidak menafikan agak drastik juga berat saya susut.
“Cuma apa yang saya boleh katakan, pakailah braces kalau nak diet. Tidak dinafikan juga dakwaan sebegitu sedikit sebanyak membuatkan saya ada rasa sakit hati, awak tidak tahu kehidupan saya tetapi awak cakap perkara yang menyakitkan hati,” katanya kepada Remaja.
Aisha bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan dakwaan berkenaan, sebaiknya dia menekankan agar hentikan budaya tuduhan secara melulu dan fitnah tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu.
“Tetapi saya fikir, buat apa kita nak layan. Cuma apabila ia sudah tular, saya perlulah bersuara dan harus dihentikan kerana saya tidak suka akan kontroversi. Jika boleh, saya ingin dikenali dengan kerjaya dan bakat saya.
“Hentikanlah tuduhan yang tidak berasas, hanya buang masa sahaja. Kemas-kemaskan diri dahulu, jika gigi kurang elok pakailah pendakap gigi juga. Bila perkara ini terlampau tak logik, kita hanya mampu ketawa sahaja,” tuturnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim dekat rumah, hasilnya tetap rasa sedap macam jenama di pasaran.
Dan yang lagi best, korang boleh jimat banyak kalau buat sendiri aiskrim homemade ni. Menariknya korang boleh ikut citarasa dan favourite dengan apa sahaja perisa yang dimahukan. Malah, resepi ini juga tak memerlukan ice cream maker. Yeayyy!!
Kali ini, Remaja share cara buat aiskrim salted caramel yang serius sedap.
Bahan-bahan:
2 cup heavy cream
1 tin susu pekat manis
sea salt secukup rasa ( ikut suka )
Cara membuatnya:
Reneh 1 tin susu pekat manis ke dalam ais panas selama 2 jam.Selepas 2 jam, masukkan susu pekat manis ke dalam bekas, masukkan 1/2 sudu teh sea salt. Ratakan kesemuanya. Biar seketika selama 10 minit.
2 cup heavy cream dimasukkan ke dalam mesin pengisar, kisar sehingga sebati semuanya. Masukkan sedikit demi sedikit daripadanya ke dalam adunan karamel, kacau kesemuanya.
Bila semua siap, sejukkan selama 6 jam. Dah boleh makan!
Tips : Boleh tambah juga bahan-bahan kesukaan lain seperti coklat cip, honeycomb dan pelbagai lagi. Kalau tak ada mixer boleh je guna blende biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) pada tahun ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10. Idea penubuhan orkestra dibarisi anak muda ini merupakan impian bekas Pengerusi PETRONAS, Tun Azizan Zainul Abidin untuk memberikan platform kepada mereka untuk mempersembahkan bakat dalam bidang muzik . Pada 13 Januari 2006, seramai 500 pemuzik dari serata tanah air datang untuk menghadiri uji bakat dengan purata umur 18 tahun. Dan seramai 110 orang telah dipilih menjadi generasi pertama MYPO.
Pada hari ini, MYPO mempunyai seramai 98 orang ahli yang masih aktif. Objektif penubuhan MYPO tidak lain tidak bukan untuk mencari dan mengasah bakat pemuzik muda dan mengembangkan minat mereka ke pentas lebih besar. Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, MYPO mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip.
Dari kiri; Mohd Yazid Zakaria (OTM), Datuk Ramli Sarip dan Ahmad Muriz Che Rose (MYPO).
Bertemakan Konsert Tanah Airku, kolaborasi ini bakal dilangsungkan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DEP) pada 17 dan 18 November 2017. Kerjasama MYPO dan OTM bukanlah satu perkara yang baru kerana kedua-duanya pernah bekerjasama buat pertama kali pada tahun 2014. Selain kolaborasi bersama OTM, mereka juga pernah melakukan kerjasama serupa dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony dan Queensland Youth Symphony Orchestra.
Menurut Ahmad Muriz Che Rose, Head of MYPO, konsert istimewa ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah orkestra yang mempunyai jiwa muda dan membawa muzik ke aras lebih tinggi terutama di kalangan pemuzik muda. “Antara misi utama MYPO ialah memberi galakan serta platform kepada pemuzik muda untuk mengembangkan bakat mereka agar menjadi pemuzik yang versatil dan boleh menggalas apa jua corak persembahan. Orang muda perlu ada kemahiran untuk read, play and perform. Jadi di sinilah peranan MYPO sebagai sebuah platform buat mereka,” jelasnya lagi.
Untuk persembahan Konsert Tanah Airku MYPO dan OTM bakal mempersembahkan lagu-lkagu tradisional rakyat seperti Sri Mersing, Laksamana Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Bagi segmen ini Ahmad Muriz bekerjasama dengan konduktor dari OTM iaitu Mohd Yazid Zakaria.
“Walaupun konsert ini bersifat moden namun ia mempunyaijiwa tradisional yang sangat kuat. Seni tidak mengira genre dan melangkau sebarang budaya. Jika sesiapa menonton persembahan ini pasti dapat merasakan jiwa nusantara yang kami terapkan,” tambah Mohd Yazid yang sebelum ini pernah terlibat dengan artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rossa.
Legenda rock, Datuk Ramli Sarip pula bakal mempersembahkan persembahan istimewa dengan lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun. Ia merupakan penampilan ketiga beliau di pentas DBP namun merupakan persembahan pertama bersama MYPO. Jelas Datuk Ramli Sarip, dia cukup teruja dengan kolaborasi ini dan merupakan peluang untuk menarik lebih ramai orang menghargai muzik serta lagu-lagu tradisional yang mungkin tidak berapa dikenali oleh orang muda.
Tiket Konset Tanah Airku kini boleh didapati dengan harga RM60 dan RM100. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dari MYPO, OTM dan Datuk Ramli Sarip. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi DFP, www.mpo.com.my atau Facebook mereka, www.facebook.com/malaysianphilharmonic/.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!