Hebat betul wanita muda ini, terinspirasi dan cemburu penulis dengan kejayaannya.
Meniti usia 30 tahun, Nur Hazreen Mohd Ramzi atau mesra disapa Reen mampu tersenyum bangga apabila perniagaan yang diusahakan kira-kira enam tahun lalu mendatangkan hasil lumayan.
Dia yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari Universiti Malaya kini merupakan Pengarah Produklega Supplies Sdn Bhd.
Biarpun masih muda namun Reen matang mendepani dugaan bergelar usahawan dan mendapat kepercayaan kebanyakan pengasas produk di negara ini. Dalam temu bual, dia dalam nada merendah diri sama sekali tidak menyangka anak kampung sepertinya yang membesar dengan suasana hulu kampung di Jeli, Kelantan berupaya memiliki aset dan syarikat berskala besar.
Lebih manis, hasrat untuk membangunkan empayar niaga sendiri mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan ahli keluarga.
“Masa zaman universiti di tengah Kuala Lumpur, bagi anak kampung yang terbiasa dengan taraf hidup rendah, hidup di sini sangatlah mencabar. Serba-serbi mahal. Dorongan terbesar adalah asakan hidup dan keinginan untuk gapai tiap satu bucket list kehidupan.
“Minat dalam OEM bermula apabila keinginan untuk keluarkan produk sendiri terbantut dek kerana modal dan kos yang tinggi untuk marketing produk tersebut. Jadi pada tahun 2018, daripada ingin menjadi founder, saya tukar arah kepada melahirkan founder sebab modalnya ialah kepercayaan.
Ads
“Klien pertama saya ialah rakan sebilik masa matrikulasi yang mengeluarkan produk wax strip diambil dari China dan dibungkus semula di Malaysia. Alhamdulillah produk berhasil,” katanya.
Difahamkan modal permulaan Reen waktu itu ialah RM300 yang diberikan mak ayah kepadanya sebagai duit poket. Dedahnya, duit itulah digunakan untuk tambah nilai Paypal memandangkan pengedar dari China hanya menerima transaksi pembayaran itu.
“Dari situ, saya mula mencari ruang dan peluang melahirkan lebih ramai pengasas dengan cara menempah di China kerana lebih murah dan mendaftar produk import. Alhamdulillah pendapatan syarikat kini cecah lebih 1 juta sebulan dan sekarang kita dah ada 1 hab di Amerika Syarikat, 1 kilang OEM sendiri serta gudang di Kapar, Klang dan 1 showroom di Denai Alam, Shah Alam.
“Sepanjang Produklega Supplies Sdn Bhd ditubuhkan kami berjaya menghasilkan lebih 300 jenis produk termasuklah supplemen, skincare dan kosmetik.”
Ads
Tambah Reen lagi, “Dari hanya sebagai pengantara antara kilang China dengan pengasas, kini saya pemilik kilang OEM jenama sendiri. Malah, dapat lahirkan jutawan muda dan paling penting bucket list tercapai! Saya dapat bawa mak abah menunaikan Umrah, pergi melancong dan belikan adik-adik kenderaan.”
Menceritakan cabaran terbesar menjadi usahawan, ini jawapan jujur Reen.
“1000 hari pertama dalam hidup usahawan adalah satu ‘sumpahan’. Maka laluinya dengan tenang. Terus istiqomah dan fokus. Ada kegagalan, terima dan baikinya. Tak ada kejayaan yang datang bergolek. Habis 1000 hari, tuailah hasil selaras usaha.
“Kesalahan terbesar usahawan muda ialah nak nampak gah. Itu semua tak perlu. Sebaliknya, perlu bina hubungan baik dengan semua. Tak siapa tahu, rezeki datang dari sudut mana. Be humble. Jangan cepat melatah, tiap masalah ada jalannya,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut keistimewaan syarikat miliknya, isteri kepada juruterbang yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, “Kami siapkan A to Z agar para pengasas tidak perlu fikir soal penghasilan produk.
Malah kami tawarkan sekali marketing bagi melariskan produk. Selain jalin usahasama dengan negara-negara luar seperti China, Indonesia, Singapura dan Brunei bagi memudahkan pengasas untuk import atau eksport produk termasuk bahan mentah dari negara-negara tersebut. Pendek kata all in! Tinggal jual dan jadi jutawan,” simpulnya.
Terbukti Reen seorang wanita berjiwa kental dan optimis. Moga kejayaan yang diraih usahawan ini menjadi sumber inspirasi terutamanya buat remaja di luar sana untuk mengejar impian!
KREDIT: Nona
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Enam kes varian baharu COVID-19 XBB1.16 atau Arcturus telahpun dikesan di Lembah Klang kelmarin lantas menjadikan jumlah kes dijangkiti meningkat kepada 12 di Malaysia, setakat ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa empat kes bagi varian itu telah dikesan di Selangor manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Enam lagi kes awal dikesan di Sarawak.
Katanya, individu yang dijangkiti Arcturus yang merupakan subvarian kepada wabak Omicron didapati hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil.
Begitupun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) enggan mengambil mudah peningkatan kes varian baharu Arcturus ini dan kini mencadangkan agar langkah pengawalan COVID-19 dengan mengesyorkan pemakaian pelitup muka dibuat di peringkat sekolah selepas cuti perayaan Aidilfitri.
Maklum Dr Zaliha lagi, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi membincangkan perkara ini.
Besar kemungkinan, garis panduan prosedur operasi standard atau SOP membabitkan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum persekolahan bermula pada 2 Mei 2023 sebagai langkah berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rare betul cara ‘dating’ penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Syed Saddiq!
Gelagat Bella dan Syed Saddiq mencuri tumpuan pada hari ini selepas masing-masing memuat naik hantaran di lokasi Panalaban atau Laban Rata, salah satu perhentian di trek pendakian Gunung Kinabalu dan setelah tiba di puncak gunung, pagi tadi.
Apa yang menjadikan hantaran mereka itu lebih menarik adalah apabila kedua-duanya menggayakan pakaian tradisional baju Melayu dan baju kurung moden!
Sepanjang pendakian yang memakan masa lebih kurang enam jam itu, masing-masing telah mengemaskini hantaran di Instagram dan mempertontonkan momen-momen mereka saling memberi sokongan ketika mendaki.
Meskipun penat namun kehadiran ahli politik tersebut sedikit sebanyak menghiburkan hati Bella yang tidak biasa dengan aktiviti adventurous sedemikian.
“Saya separuh sedar sudah sebenarnya (sampai terfikir bagus saya jadi ikan) tapi Syed Saddiq boleh menari-nari, menyanyi-nyanyi dan sewaktu dengannya.
“Oh lupa, dia Ironman manakala saya biasa iron baju,” seloroh BELLA.
“Dia tetap dengan baju Melayu, sampin dan songkok tinggal nak raja je kat puncak nanti.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Bella merasakan pasangan itu amat sedondon dan seakan merestui sekiranya mereka serius ingin menjalin ikatan.
Malah, ada pula yang membuat spekulasi kononnya Syed Saddiq melamar Bella apabila sudah tiba di puncak Gunung Kinabalu. Amboiii, kemain!
Apapun, REMAJA doakan agar ekspedisi turun dari Gunung Kinabalu mereka akan berjalan dengan selamat dan lancar. Go Bella & SS!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah institusi pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan ketika itu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Institusi ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Kolej MARA pada tahun 1965 sebelum ditukar lagi menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.
Pada tahun 1999 seiring dengan kecemerlangan dan pencapaian yang ditempa, Gedung pendidikan terbesar di Malaysia ini dinaiktaraf menjadi universiti dengan nama baharu, Universiti Teknologi MARA. Seiring dengan perkembangan dari semasa ke semasa, universiti ini dipacu oleh individu yang berpengalaman dan berpengaruh bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.
Terbaharu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA yang baharu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 hari ini. Permashuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu akan bermula 18 Oktober 2022 sehingga 17 Oktober 2024.
Pemasyhuran tersebut disempurnakan Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu. Baginda bertitah, “Semoga dengan pemasyhuran ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.”
Sepanjang 66 tahun penubuhan institusi pendidikan ini sebagai wadah untuk anak bumiputera menyambung pendidikan dan menaiktaraf kehidupan mereka, ramai tokoh alumni UiTM dalam pelbagai bidang menempa kejayaan dan menyumbang bakti mereka kepada negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.