Ada di antara korang yang berangan untuk memiliki nombor plat cantik dan fancy seperti SIT1, TAM121 dan DYN4S? Mungkin korang nak lupakan je angan-angan itu.
Ini kerana Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri-negeri di Malaysia telah memulakan operasi aktif untuk menyaman pemilik kenderaan yang mempunyai nombor plat sebegitu rupa.
Pada sambutan tahun baru 2018 yang berlangsung awal pagi Isnin lepas, pihak JSPT telah menahan seramai 30 orang penunggang motosikal di Ipoh saja untuk kesalahan tersebut. Ini menunjukkan mereka amat serius untuk menangani isu tersebut.
Dalam operasi tersebut, seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Mugesh merupakan salah seorang yang ditahan atas kesalahan nombor plat fancy ‘Happy New Year 2018’. Menurutnya, seperti pesalah lain, dia hanya menukar nombor plat motorsikal Yamaha 135 LC miliknya sekadar suka-suka saja kerana mahu menyambut ambang tahun baru dengan kawan yang lain.
Ads
“Saya buat nombor plat ini dengan membayar RM17 dan saja suka-suka. Tiada niat lain pun. Sudah tentu saya dah serik untuk mengulangi kesalahan sama memandangkan ini adalah kali pertama saya ditahan,” katanya kepada wartawan BH selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jalan Chamberlain di Ipoh.
Operasi Berterusan Di Melaka
Semalam pula, JSPT negeri Melaka melaporkan mereka mengeluarkan sebanyak 24 saman atas kesalahan mengubah nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.Menurut Ketua JSPT negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, “Polis memandang serius penggunaan nombor plat fancy yang semakin berleluasa. Memang merugikan kerana sama yang dikeluarkan bagi kesalahan ini adalah cukup tiinggi. Lebih tinggi daripada kesalahan cermin gelap, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan tiada lesen memandu.”
Ads
Wow, sudah lah kebanyakan daripada pesalah adalah pelajar sekolah dan universiti. Mana nak cari RM250 weh kalau ditahan dalam operasi?
Ads
Mengapa Ramai Yang Obses Untuk Mengubah Nombor Plat?
Penulis faham mengapa ramai remaja ingin memiliki nombor plat fancy. Bila kita tengok nombor plat mahal dibida dan dimiliki oleh golongan berada, ahli politik dan keluarga royalty, kita pun nak juga ada satu pada harga yang lebih murah.
Cuba bayangkan nombor plat W1N yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan pada harga RM748,000 pada tahun 2014. Manalah kita mampu nak beli.
Datuk Seri Aliff Syukri pun pernah kena uols.
Jadi dengan adanya port menukar nombor plat pada harga semurah RM30, ramai yang nak mencubanya. Semua orang pun nak lakukannya, termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri sendiri yang turut disaman pada 1 Januari lalu. Selain daripada saman kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, beliau turut menerima saman nombor plat kenderaan ‘PMD1’ yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Senang cerita, just stick to your real plate number. Kalau nak fancy, ada banyak cara lain yang boleh korang guna pakai seperti mengubah warna cat kenderaan atau paling mudah, lekatkan saja pelekat kenderaan di tingkap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 27 November, Son Ye-jin dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Malah tidak lama daripada itu, agensi mereka mengumumkan bahawa pasangan itu selamat menimang cahaya mata lelaki pertama mereka.
Untuk pengetahuan, Son Ye-jin pada asalnya dijadualkan bersalin pada awal Disember, tetapi dia melahirkan lebih awal daripada jangkaan.
Kini, pelakon itu sedang berehat di pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Sudah tentu berita ini menerima respon positif daripada semua peminat mereka yang mendoakan bayi pertama mereka ini.
Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana situasi COVID-19 yang masih menular dan hanya foto perkahwinan dikongsi untuk tatapan peminat.
Tahniah Son Ye Jin dan Hyun Bin, tak sabar nak lihat baby mereka mesti comel!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar terbaru dunia radio Malaysia, pelakon dan pengacara serba boleh, Sherry Alhadad kini melebarkan sayapnya apabila telah diangkat menjadi penyampai radio ERA yang terbaharu. Sherry akan menyertai segmen pagi era bersaya Johan, Haniff dan Ray bermula 1 Mac ini.
Sementelah dengan kemunculan pengacara dan artis komedi paling popular 2020 tersebut, kini segmen pagi Era telah dinamakan semula sebagai ‘JoHaRaRy Pagi Era’.
Menurut Erman Zaki selaku Pengurus Kandungan radio tersebut,“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.
.
“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.”
Menerusi segmen pagi ini, para pendengar akan disajikan dengan pengisian seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA dan juga Sam Leper. Nampaknya pagi anda selepas ini akan lebih gamat dengan celoteh Sherry!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benarlah, umur bukan penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat pendidikan tinggi. Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan.
Baru-baru ini, penyanyi kumpulan nasyid terkenal, Saujana, Dr. Idzu Baharin telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada Majlis konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.
Idzu yang kini bergelar usahawan berjaya itu dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.
Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, usia bukan halangan buat dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada khalayak di luar sana.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tetapi jangan menganggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik syarikat Cell Tissue Sdn. Bhd itu turut berkongsi teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.
“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan,...