Dunia hiburan Asia sekali lagi dikejutkan dengan berita duka. Pelakon popular China, Alan Yu Menglong, yang terkenal menerusi drama bersiri Eternal Love dan Go Princess Go, dilaporkan meninggal dunia secara tragis selepas terjatuh dari bangunan pada usia 37 tahun.
Khabar menyayat hati itu disahkan oleh pihak pengurusannya menerusi kenyataan rasmi di laman sosial Weibo. “Menglong yang kami sayangi jatuh dan meninggal dunia pada 11 September. Menurut siasatan polis, tiada unsur jenayah. Semoga rohnya tenang dan semoga yang masih hidup terus tabah,” kata kenyataan tersebut.
Kronologi Insiden Tragis
Menurut laporan media tempatan, Alan Yu dipercayai terjatuh dari tingkat lima kediamannya di daerah Chaoyang, Beijing. Kejadian tersebut pantas mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Portal AsiaOne melaporkan bahawa sehari sebelum tragedi, Alan Yu menghadiri perjumpaan tertutup di rumah rakannya pada 10 September. Difahamkan, beliau masuk tidur sekitar jam 2 pagi dengan mengunci pintu bilik dari dalam. Namun, ketika rakan-rakan mahu beredar pada jam 6 pagi, mereka tidak menemuinya. Malangnya, mayatnya ditemui di tingkat bawah oleh seorang penduduk yang sedang bersiar-siar dengan anjingnya.
Catatan awal mengenai kejadian di Weibo kemudiannya dipadam, manakala beberapa akaun yang menyebarkan spekulasi tidak berasas turut disekat.
Ads
Dari Xinjiang Ke Puncak Populariti
Alan Yu atau nama sebenarnya Yu Menglong dilahirkan di Urumqi, Xinjiang pada 1988. Bakatnya mula terserlah selepas menyertai program realiti My Show! My Style! pada tahun 2007. Sejak itu, beliau mengembangkan kerjaya bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga sebagai penyanyi dan pengarah muzik video.
Ads
Debut lakonannya bermula menerusi filem pendek The Little Prince (2011). Namanya melonjak naik selepas membintangi drama Go Princess Go dan seterusnya mencipta fenomena melalui watak dalam Eternal Love.
Antara karya lain yang pernah dibintanginya termasuk:
Ads
The Legend of White Snake
The Love Lasts Two Minds
The Moon Brightens For You
Love Game In Eastern Fantasy
Eternal Night Starry River
Kejutan Besar Buat Peminat
Pemergian mengejut Alan Yu benar-benar meruntun hati peminat drama Asia. Ramai yang meluahkan rasa sedih di media sosial, berkongsi semula babak-babak lakonannya yang meninggalkan kesan mendalam.
Bagi peminat setia Eternal Love, watak Alan Yu akan terus diingati sebagai antara nadi yang menjayakan drama fantasi romantik tersebut. Dedikasi dan karismanya di layar kaca menjadikan beliau idola ramai remaja yang meminati drama bersiri China.
Walaupun pemergiannya begitu tragis, karya seni Alan Yu akan terus hidup. Dari Go Princess Go hingga Eternal Love, setiap lakonannya membuktikan bakat luar biasa yang sukar dicari ganti.
Bintang berbakat besar ini mungkin sudah tiada, namun legasi seni yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi memori indah buat dunia hiburan dan para peminatnya di seluruh dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada tahun 2018, kawasan pelancongan popular di ASEAN telah dikejutkan dengan penutupan pantai secara serta-merta.
Antara yang terlibat ialah Boracay, Filipina dan Koh Samui, Thailand untuk tempoh 10 bulan. Semuanya gara-gara isu pencemaran pantai yang kritikal dan mampu membunuh hidupan laut di sana.
To be honest, bukan pantai Boracay dan Koh Samui saja yang terjejas. Banyak lagi kawasan pantai ASEAN yang berdepan situasi ini termasuklah di dalam negara kita sendiri.
Mungkin untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Bali Indonesia telah menetapkan cukai lebihan kepada para pelancong yang masuk ke pulau itu baru-baru ini.
Cukai pelancong sebanyak USD10 atau RM41 akan dikenakan kepada semua pelancong asing dan dana itu akan digunakan untuk pemuliharaan alam serta pembangunan budaya di Bali.
Untuk pengetahuan korang, Bali ingin mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam masa setahun kerana ia juga berdepan dengan masalah pencemaran di pantai. Malah, sejak bulan Disember lagi, Bali telah mengharamkan penggunaan straw minuman dan styrofoam.
Baguslah tu, demi kecantikan alam semulajadi Bali juga. Barulah anak cucu kita boleh nikmati Bali yang sekarang ini pada 30-40 tahun akan datang.
Kira-kira 12 juta orang pelancong asing yang berkunjung ke Bali pada setiap tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah nama perempuan, tak sah bila keluar tak ada gambar OOTD. Paling penting, gambar mesti la style. Tempat tak cantik pun tak apa, tapi gambar tetap kena cun.
So, kami nak share idea sikit apa yang korang boleh buat jika berada di tempat yang ‘biasa-biasa’ saja, gunakan dinding yang ada sebagai tempat berposing.
Hasilnya tetap meletop. Jangan risau.
1. Pose berjalan
Asyik posing berdiri tegak je, apa kata kali ni korang acah-acah pose macam tengah berjalan. Style kan?
2. Kaki atas dinding
Kalau nak nampak kurus sikit, angle macam ni boleh membantu. Tapi make sure tapak kasut korang tu tak kotor ya. Hiks!
3. Dengan kawan
Gambar bersama kawan lebih havoc. Biasanya, pose dengan kawan-kawan ni lagi nampak natural sebab masing-masing ada karakter yang berbeza.
4. Props
Cuba untuk cari props lain untuk dibawa bersama ketika berposing. Contohnya macam tengah makan ais krim ke atau pegang kamera. Tak ada la korang nampak kaku sangat.
5. Duduk/cangkung
Pose ni boleh korang cuba tapi pastikan nampak sopan sikit la ye. Janganlah duduk terkangkang pula bagi yang perempuan tu. Hehe!
Dedikasi dan keteguhan yang ditunjukkan oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min Young ternyata cukup luar biasa apabila beliau sanggup mengurangkan berat badan sehingga 37 kilogram demi projek drama terbarunya.
Berita ini dikongsikan melalui akaun Instagram syarikat penyiaran, TVN, yang memperlihatkan beliau memegang watak Kang Ji Won, seorang wanita yang mengidap kanser dalam drama berjudul ‘Marry My Husband’.
Drama ‘Marry My Husband’ merupakan adaptasi dari sebuah webtoon yang mengisahkan kisah seorang wanita yang meninggal dunia akibat kanser setelah menyaksikan suaminya terlibat dalam hubungan sulit dengan sahabat baiknya.
Keajaiban bermula apabila dirinya diberi peluang untuk kembali ke sepuluh tahun yang lalu dan memulakan hidup baru.
Walaupun ramai yang memuji usahanya, gambar terkini pelakon berusia 37 tahun itu yang menunjukkan pipinya yang cengkung turut menarik perhatian warganet, dengan kebanyakan menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan pelakon tersebut.
“Berat badan turun sehingga 37 kilogram adalah terlalu mendadak untuk seseorang yang berusia. Semoga dia dapat pulih ke berat badan asalnya,” komen seorang individu.
“Sangat bahaya untuk kesihatannya, perlukah syarikat televisyen buat permintaan seperti ini yang sangat berisiko?” komen warganet lain.
“Dia nampak sangat sakit. Rasanya guna efek solekan sahaja sudah boleh nampakkan yang dia tidak sihat, tidak perlu sampai turunkan berat sebanyak itu,” kata seorang peminat.
Buat makluman, drama ‘Marry My Husband’ akan mula ditayangkan di TVN bermula Januari tahun hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!