“Dia sudah cukup matang dan tahu apa yang dia buat..”
Jika ibu kita mengeluarkan statement seperti itu kepada anaknya, terasalah juga ‘cuak’ memikirkan apalah kesalahan yang telah kita lakukan.
Tetapi apabila Datin Noor Kartini yang menujukan kata-kata itu kepada anaknya, Noor Neelofa, ia membawa maksud kepercayaan yang dirinya ada pada pengacara program MeleTOP tersebut.
Sempena meraikan Hari Ibu pada 12 Mei (yes, it is today!), REMAJA tertarik dengan perkongsian Neelofa dan Datin Noor Kartini kepada rakan media kami di Mingguan Wanita semasa mereka ditemu bual untuk menghiasi cover majalah berkenaan pada bulan Mac lalu.
Menurut Datin, beliau sering berpesan kepada Neelofa dan anak-anak yang lain agar selalu mengingati asal-usul keluarga dan selalu ingat kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Ads
”Saya tak berapa nak ambil pusing tentang soal gosip. Saya rasa dia adalah seorang yang kuat untuk menghadapi semua itu. Apa yang lebih saya tekankan adalah untuk sentiasa mendoakan semua anak dan saya berpesan kepada mereka agar tidak lupa berdoa setiap kali melakukan apa-apa kerja.”
“Dengan Neelofa, kadangkala kami berjumpa di pejabat. Tapi jika dia sibuk, hanya di rumah dia sajalah tempat kami berjumpa. Saya tak boleh berada sepanjang masa untuknya dan anak-anak yang lain. jadi saya ingatkan mereka agar membaca doa sebelum berjumpa pelanggan dan sebarang urusan.
”Ada banyak bacaan doa yang saya berikan untuk dibaca dan diamal. Selain itu, jika sempat saya akan lakukan solat hajat sewaktu dia dalam sidang pertemuan dengan pelanggan,” tambah beliau.
Untungnya adik-beradik Neelofa ni untuk mempunyai ibu seperti Datin Noor Kartini! Alhamdulillah, semoga dirinya terus diberikan kekuatan untuk bersama anak-anaknya.
Ads
Hormat & Sayang Teramat
Itulah yang selalu dirasakan oleh Neelofa terhadap ibunya.
”She is everything. Dialah penyokong nombor 1 saya, dia jugalah pengkritik terbaik yang saya ada. Dalam keadaan di atas mahupun di bawah, dia selalu ada di situ untuk anak-anaknya.
”Ramai mungkin tak tahun, Mamalah yang mencetuskan idea untuk memulakan perniagaan Naelofar Hijab. Dia berada bersama saya sejak hari pertama ia diperkenalkan,” kongsi Lofa.
Ads
Untuk menjadi ibu terbaik, Lofa mengakui ibunya itu seorang yang sangat kuat, sabar dan tanah. Kekuatan ibu itu menjadi penanda aras untuk dirinya.
”Kalau boleh saya nak jadi sekuat Mama. Dia selalu berpesan supaya tak lupa diri, ingat asal-usul dan jangan sesekali sombong semasa manusia tak bertempat. Pesanan itu bagi saya lebih daripada konteks menjadi selebriti, ia adalah mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling seperti yang dituntut.
REMAJA percaya, kejayaan yang diperoleh semua orang termasuklah Neelofa berhasil daripada berkat seorang ibu. Jangan mudah melupakan mereka semasa kita diuji dengan sedikit kejayaan.
Happy Mother’s Day, Datin Noor Kartini !
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Tomok baru-baru ini meraih perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi perkembangan terkini beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih di tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram milik beliau, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi hantaran menerima surat tawaran kemasukan bagi program Master atau Sarjana Pengajian Persembahan secara sepenuh masa di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulis Tomok.
Kredit: Instagram Tomok
Dalam pada itu, melalui perkongsian penyanyi yang kini berusia 41 tahun itu jelas bahawa beliau tekad untuk menuntut ilmu dan mendalami seni persembahan di peringkat akademik, sekaligus menunjukkan keseimbangan antara pendidikan formal dan pengalamannya sebagai anak seni.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi, Tomok sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana kerana beliau mahu menjadi teladan dan contoh terbaik agar anak-anaknya turut mengikut jejak langkah yang sama pada masa akan datang.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai rakan selebriti dan peminat memberi ucapan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan pelantun lagu ‘Kasih Yang Ku Cinta’ itu dipermudah dan dilancarkan.
Kredit: Instagram Tomok
Untuk rekod, Tomok sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2023.
Sekadar info, penyanyi ini mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rahayu Abas atau lebih dikenali sebagai Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jennie baru-baru ini ada berkongsi klip video dan foto kempen di Instagramnya, mempamerkan 136 individu termasuk dirinya sedang mempamerkan beberapa pakaian seperti pakaian dalaman.
Rupanya, Jennie pun terlibat dalam kempen Musim Bunga 2022 oleh jenama Calvin Klein ini, bukan hanya BLACKPINK Jennie tetapi ada beberapa nama besar lain yang turut membintanginya.
Ini memandangkan populariti yang dimiliki oleh bintang K-pop itu dalam dunia hiburan dan sebagai ikon fesyen terbaru.
Malah, perkongsian Jenni untuk kempen ini dipuji, ramai yang tertarik dan memuji susuk badan Jennie yang agak seksi.
Untuk info, Kempen Musim Bunga 2022 yang diberi nama “All Together” ini bertemakan rakan dan keluarga. Menurut Calvin Klein, kempen ini mengetengahkan perkongsian dalam komuniti kerana tiada apa yang berbaloi jika memiliki seorang diri.
Lihat kempen Musim Bunga 2022 Calvin Klein yang dibintangi oleh BLACKPINK Jennie dan yang lain di bawah, cantik betul Jennie ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin kita jarang sekali mendengar nama Lyia Meta dalam industri muzik tempatan atau di kaca televisyen.
Lyia Meta merupakan contoh yang baik jika disinonimkan dengan peribahasa ‘diam-diam ubi berisi’ apabila beliau berjaya mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Menerusi “Delta Shine” bersama pemuzik Latin-Amerika, Antonio Vergara, penyanyi itu menerima pencalonan dalam kategori Album Blues Kontemporari Terbaik.
Bagi Meta, pencalonan ini membawa makna lebih daripada kejayaan peribadi iaitu menonjolkan potensi artis Malaysia untuk bersaing dan cemerlang di pentas dunia.
“Bagi artis bebas, menjadi sebahagian daripada album yang dicalonkan untuk Grammy membawa makna lebih daripada penghormatan itu sendiri.
“Tanpa sokongan label besar, ia adalah pengesahan terhadap dedikasi seseorang untuk mencipta sesuatu yang bermakna, seperti memutar emas dari jerami di tengah-tengah hingar-bingar,” kata Meta memetic laporan portal Free Malaysia Today, pada Isnin.
Untuk yang baru saja mengenalinya, Lyia Meta ialah seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat berkelahiran Melaka. Beliau telah mengeluarkan beberapa single sebelum ini termasuklah Without Walls, You Need To Think Again dan Deserving of Love.
Menarik tentang Lyia, beliau bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian malah dalam bidang seni lukis juga.
Walaupun Meta adalah penyanyi Malaysia pertama yang terlibat dalam pencalonan Grammy, komposer kelahiran Malaysia, Zuraini Khalid Zonneveld sebelum ini, telah memenangi Grammy untuk album blues.
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.