Pembeli Shopee Boleh Jimat Bayaran Penghantaran, Boleh “Self Collection” Secara Percuma

Share

Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dan gembira membeli belah atas talian, platform e-dagang popular, Shopee menambah baik perkhidmatan mereka.

Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mengunakan pilihan perkhidmatan “Shopee Self Collection”.

ARTIKEL BERKAITAN : Penghantaran Terus Ke Rumah, 7 Kedai Aiskrim Boleh Order Dekat Shopee

Hadir dengan sebuah ciri baharu,  pengguna boleh menetapkan supaya barangaan dihantar ke pusat sehenti, dan seterusnya mengambil barangan berkenaan mengikut keselesaan masa pengguna.

Dengan langkah ini, tidak perlu risau ketiadaan orang apabila barang sampai di rumah.

Malah, Shopee tidak lagi mengenakan sebarang cas penghantaran untuk pengambilan barangan sendiri daripada pusat-sehenti berdekatan.

Dengan langkah ini, anda boleh membuat pembelian dan meminta ia dihantar ke pusat sehenti berhampiran – seterusnya mengambil ia sendiri daripada pusat sehenti berdekatan anda, tanpa sebarang kos penghantaran.

Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, kini mungkin anda boleh berjimat dengan melakukan kutipan kendiri daripada pusat sehenti, sekaligus mengurangkan bayaran kepada caj penghantaran. Ciri ini hanya disokong di Lembah Klang buat masa ini.

Menarikkan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN