Pemandu Myvi Langgar Van Di Bandar Kinrara Didapati Negatif Dadah

Share

Semalam telah tular sebuah video kemalangan yang melibatkan kenderaan Myvi melanggar sebuah van. Khabarnya, pemandu Myvi itu ingin melarikan diri namun sempat ditahan oleh orang awam.

Menurut Berita Harian, polis telah menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Bandar Kinrara petang semalam.

Foto: Oh! Media

Kejadian berlaku dalam pukul 2 petang melibatkan pemandu kereta berusia 26 tahun merempuh van dan Proton Waja telah mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Pemandu Myvi itu seterusnya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah.

Foto: Oh! Media

Namun begitu, pihak polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Suspek akan direman mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Setakat ini, butiran pemandu tersebut masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Foto: Oh! Media

Rata-rata netizen mahukan keadilan dan hukuman yang setimpal diatas kelakuan pemanduan Myvi terbabit.

Marilah kita sama-sama berdoa agar pemandu van tersebut kembali pulih dan mendapatkan keadilan daripada kes kemalangan yang berlaku ini.

Sumber: Berita Harian

IKLAN