Pemain Terbaik UEFA Milik Jorginho, Ketepikan Lionel Messi Dan Cristiano Ronaldo

Share

Punya la hebat pemain kelab Chelsea ni sehingga mengetepikan pemain-pemain terbaik lain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo lantas dinobat pemain terbaik UEFA.

Pemain tengah Chelsea dan Itali, Jorginho dipilih Pemain Tahunan Uefa selepas mengatasi rakan sepasukan, N’Golo Kante dan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dalam majlis di Istanbul.

Image: Twitter/@EURO2020

Kemenangan selepas pemain berusia 29 tahun itu membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Meli lalu dan menyusulnya kejayaan memenangi Euro 2020 bersama Itali enam minggu kemudian.

Anugerah itu membabitkan juri terdiri daripada jurulatih 24 pasukan kebangsaan yang beraksi di Euro 2020, 80 jurulatih kelab yang bermain di peringkat kumpulan Liga Juara- Juara dan Liga Europa musim lalu selain seorang wartawan daripada setiap 55 ahli gabungan Uefa.

Jorginho meraih 175 mata, lapan mata di depan De Bruyne manakala Kante ketiga.

“Anugerah ini sukar dipercayai berdasarkan dari mana saya datang dan latar belakang saya,” kata pemain kelahiran Brazil itu kepada UEFA.com.

 

Kemenangan ini juga mengalahkann Lionel Messi, Robert Lewandowski, Kylian Mbappe, Cristiano Ronaldo dan Erling Haaland merupakan antara yang tidak tersenarai sebagai tiga terbaik. Anugerah itu, berdasarkan prestasi di peringkat kelab dan antarabangsa selama satu musim, tahun lalu dimenangi oleh Lewandowski.

IKLAN