
Bintang Johor Darul Takzim (JDT), Liridon Krasniqi akhirnya secara rasmi telah pun diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah rasmi menjadi warganegara Malaysia.
Di akaun media sosial rasmi FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Penerimaan MyKad ini telah menjadikan Liridon seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi.
FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan negara kita dalam menempatkan sukan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja 13 Tahun Tembak Mati Rakan Sekelas Selepas Diejek Pondan

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu Ini Buat Temuduga Kerja Untuk ‘Kerja Rumah’ Anak-Anak, Gajinya? Wang Saku Lebih Untuk Mereka

If you want it, work for it!
Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila tindakan seorang ibu menjalankan temuduga kerja buat anak-anaknya di rumah mereka mendapat perhatian netizen.
Shaketha McGregor tidak menyangka perkongsiannya di laman Facebook mengenai perkara tersebut akan viral. Kisahnya bermula apabila anak-anaknya meminta wang tambahan untuk membeli telefon bimbit baru, lepak bersama kawan dan lain-lain.
Itu membuatkan dia mendapat idea untuk mewujudkan tiga jawatan di rumahnya yang terdiri daripada tugasan di dapur, kemas rumah dan membasuh baju.
“Saya katakan kepada anak-anak saya bahawa saya dengar luahan mereka dan mempunyai kejutan buat mereka di rumah apabila pulang dari sekolah kelak.
“Surprise! Kalau korang nak, korang kena bekerja keras untuk dapatkannya. #ThisMomMeanBusiness,” katanya kepada Mirror.UK
Uniknya, anak-anaknya juga harus menjalankan temuduga bersamanya untuk memastikan mereka mendapat jawatan yang paling sesuai dengan mereka.

Temuduga kerja tersebut turut mempunyai borang pengenalan diri dan harus disertakan sekali pengalaman mereka untuk memohon pekerjaan tersebut. Intense betul!

Susulan itu, ramai ibu bapa yang kagum dengan idea kreatif Shaketha malah memuji wanita tersebut kerana tidak memanjakan anak-anaknya.
Yalah, zaman sekarang ini memang bukan mudah untuk mendapatkan sesuap nasi kan? Apa-apapun, memang kreatiflah idea tersebut.
Foto: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menang Presiden Amerika Syarikat ke-47, 10 Fakta Donald Trump!

Memenangi 270 undi elektoral sekali gus melayakkan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat terbaru menewaskan pesaingnya, Kamala Harris.

Ini fakta menarik Presiden Amerika Syarikat ke-47 dalam sejarah negara Uncle Sam itu.
- Perubahan besar di White House
Mengetatkan imigresen adalah janji kempennya yang penting. Trump bertindak tegas terhadap syarat perjalanan dari beberapa negara majoriti Islam dan mengukuhkan sebahagian daripada sempadan selatan.
Beliau menjadikan mahkamah tertinggi di AS lebih konservatif, menarik AS daripada perjanjian iklim Paris dan memulakan perang perdagangan dengan China
2. Trump Presiden yang tidak konvensional, kontroversial
Sebahagian daripada kempennya kepada pengundi, Trump tidak bercakap atau bertindak seperti ahli politik lain. Dan memenangi White House kali pertama tidak mengubahnya – beliau memuat naik ciapan hampir setiap jam.

Bulan-bulan terakhir Trump memegang jawatan Presiden AS dicemari dengan kisah pandemik COVID-19.
Pengkritiknya menyalahkan Trump kerana membuatkan orang ramai berpecah belah tentang pengunaan pelitup muka, sekatan pergerakan dan vaksin.
Kalah pada 2020, Trump enggan terima hakikat
Penggal pertamanya dalam jawatan berakhir dengan kepahitan apabila beliau membuat dakwaan tidak berasas – kalah dalam pilihan raya secara tidak adil.
Penyokongnya menyerbu Capitol AS selepas beliau memberi ucapan di Washington.
Rusuhan itu meletakkan ramai penggubal undang-undang dan naib presidennya sendiri dalam bahaya.
3. Asal-usul keluarga Trump dari Jerman, Scotland
Anak keempat daripada lima beranak, Trump dilahirkan di Queens, New York, pada tahun 1946 kepada ibu berbangsa Scotland, Mary Anne MacLeod dan Fred Trump, anak kepada pendatang Jerman. Bapanya merupakan hartawan hartanah di New York dan menjadi inspirasi buatnya menyertai perniagaan keluarga

4. Tiga perkahwinan dan lima orang anak
Trump mempunyai tiga anak – Donald Jr, Ivanka dan Eric – dengan isteri pertamanya Ivana.
Menerusi perkahwinan keduanya dengan pelakon, Marla Maples, mereka dikurniakan anak perempuan, Tiffany.
Trump berkahwin dengan isteri sekarang, model Slovenia, Melania Knauss pada 2005.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun, Barron.
5. The Apprentice menjadikan Trump bintang TV reality
Trump pernah membuat beberapa penampilan cameo dalam The Fresh Prince of Bel Air dan Home Alone 2. Bagaimanapun, The Apprentice, yang dihoskannya dari 2004 hingga 2015, menjadikan Donald Trump sebagai nama terkenal.
6. Diheret dalam empat siasatan jenayah
Dalam perbicaraan di New York, Trump disabitkan bersalah kerana memalsukan rekod perniagaan dalam kes mengenai pembayaran diam-diam untuk menutup mulut seorang bintang lucah sebelum pilihan raya 2016.
Tiga lagi perbicaraan jenayah – termasuk dua untuk dakwaan percubaannya untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2020 – telah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya ini.
7. Terselamat daripada dua cubaan bunuh
Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya di Pennsylvania pada Julai lalu, dengan salah satu peluru mencederakan telinga kanannya. Seorang penonton maut.
Satu lagi percubaan dua bulan kemudian telah digagalkan oleh ejen Perkhidmatan Rahsia di padang golf di Florida.
8. Dua kempen terbesar – mengekang masalah imigran, meningkatkan ekonomi
Trump akan mula melaksanakan agenda dasarnya apabila beliau kembali ke White House pada tahun baharu 2025. Semasa berkempen, beliau berjanji akan membawa keamanan di sempadan selatan dan menggubal undang-undang pengusiran besar-besaran pendatang tanpa izin terbesar dalam sejarah AS.
Trump turut memaklumkan, mahu memperkenalkan cukai ke atas barangan import, dipanggil tarif, untuk membantu firma AS berkembang tetapi penganalisis memberi amaran bahawa ia boleh meningkatkan harga.
Sumber : Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

