Seorang atlet catur muda menjadi ‘mangsa’ terbaru kepada corak pemakaian wanita yang ketat di Iran setelah tindakannya untuk menanggalkan hijab sewaktu mewakili negara tersebut di sebuah kejohanan mendapat kecaman hebat.
Sara Khadem, 25 atau nama penuhnya Sarasadat Khademalsharieh telah menyertai kejohanan FIDE World Rapid & Blitz Chess Championships yang dilangsungkan di Almaty, Kazakhstan pada minggu llau.
Sebaik sahaja bertanding di sana tanpa mengenakan hijab, sumber terdekat yang enggan mendedahkan identitinya berkata Sara telah menerima beberapa panggilan telefon dari Iran.
Ada di antara pemanggil tersebut yang memberi amaran agar tidak pulang ke tanah air selepas kejohanan berakhir selepas tindakannya itu khabarnya telah menyentuh sensitiviti masyarakat di sana. Malah, media di Iran juga melaporkan bahawa keluarga Sara di sana turut menerima ancaman.
Demi memastikan keselamatan Sara terjamin, penganjur kejohanan dengan kerjasama pihak polis di Kazakhstan telah menempatkan empat orang ‘bodyguard’ di luar bilik hotel Sara.
*
Ads
Akibat daripada isu ini, Sara telah mengambil keputusan untuk ‘terbang’ ke Sepanyol dan tiba di sana pada hari ini. Ia selari dengan laporan akhbar Le Figaro dan El Pais pada minggu lalu yang mendakwa Sara akan berpindah ke Sepanyol selepas ini.
Bagaimanapun, tidak diketahui pula sama ada anaknya dan suaminya, Ardeshir Ahmadi yang merupakan pengacara program dalam talian dan pengarah filem di Iran mengekorinya ke Sepanyol buat masa ini.
Sebagai info, corak pemakaian wanita di Iran telah sekian lama menjadi topik perbahasan bukan saja di negara mereka malahan oleh masyarakat dunia.
Ketegangan isu ini mencapai kemuncaknya pada pertengahan September 2022 apabila wanita Iran berusia 22 tahun, Mahsa Amini meninggal dunia sewaktu dalam jagaan polis yang menangkapnya kerana ‘tidak berpakaian senonoh’.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai tindakan dua wanita Iran yang membakar kain hijab pada sambutan Hari Wanita Sedunia sebagai tanda protes kepada peraturan yang dibilang mereka tidak masuk akal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum, seorang remaja maut selepas menyertai cabaran ‘Benadryl Challenge’ di aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’. Trend yang sangat luar biasa dan berisiko ini menjadi tular di TikTok. ‘Sleepy Chicken’ juga telah mendapat banyak perhatian daripada doktor dan profesional perubatan.
Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.
‘Cabaran Sleepy Chicken’ ini menyeru orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Paling menakutkan, pakar juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.
“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.
Tiada kematian dilaporkan mengenai trend setakat ini. Tetapi pakar mencadangkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal trend seperti Sleepy Chicken.
Hmm, walaupun korang suka berekperimentasi dengan masakan tapi jangan sampai membahayakan kesihatan dan diri okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran wang KWSP yang dinamakan sebagai program i-Sinar.
Tengku Zafrul menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.
Namun begitu, berdasarkan maklumat terkini, program i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM6,000 dinaikkan sehingga RM9,000 dan paling terbaru sehingga RM10,000.
Siapa yang layak memohon i-Sinar?
Untuk pengetahuan korang, terdapat empat golongan yang layak untuk pengeluaran i-Sinar dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
2. Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
3. Ahli KWSP yang tiada sumber pendapatan
4. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Pencarum perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar ini.
Foto: Minister Finance of Malaysia
Bagi ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember ini. Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.
Diharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang terjejas akibat COVID-19 dan sama-sama kita doakan agar penularan wabak ini berhenti dengan segera.
Baru-baru ini tular kisah seorang pemuda Indonesia yang dikenali sebagai Ghozali menjual swafotonya di platform NFT dan berjaya meraih lebih USD 1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
Ghozali menjual koleksi swafoto sejak 2017 hingga 2021 sebagai produk Non Fungible Token (NFT) di OpenSea. Selain menjadi jutawan segera di usia muda, kejayaan lelaki ini juga menjadikannya seorang yang dikenali ramai.
Menurut Kompas, Ghozali kini menjadi kegilaan para wanita dan menerusi podcast TS Media, dia mengakui terlalu ramai wanita yang mengejarnya namun dia tidak pernah membalas walau satu mesej yang diterima kerana sudah tahu niat wanita yang ingin mendekatinya.
Lelaki ini menjual swafotonya dengan nilai 0,0001 ETH atau 48 ribu rupiah (RM14), namun kini nilai fotonya itu berkembang pesat dengan nilai serendah 0.29 ETH atau sekitar 48 juta rupiah (RM13,969).
Memang benarlah tuah manusia itu tiada siapa yang tahu. Oleh itu, jangan pernah berhenti berharap dan berusaha kerana siapa tahu satu hari nanti korang juga berjaya dengan pekerjaan yang korang lakukan itu.
Bila dah kaya ramai pula yang ingin dekat kan, macam si Ghozali ni. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...