Pelumba Remaja F2 Maut Selepas Kereta Terbelah Dua Pada Kelajuan 273km/h

Share

 

Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Formula 2 dari Perancis, Anthoine Hubert selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Belgium terkenal, SPA.

 

Pemandu remaja berusia 22 tahun itu sedang berlumpa dalam pusingan kedua kelayakan Formula 2, hanya beberapa jam selepas pusingan kelayakan Formula 1 tamat, semalam.

Semuanya terjadi apabila satu demi satu jentera berlaga di atas trek. Bermula daripada jentera Anthoine sendiri yang tersasar pada kelajuan 273 kilometer/jam. Ia bertembung jentera Giuliano Alesi dan akhirnya melanggar Juan Manuel Correa, yang menyebabkan jentera Anthoine terbahagi dua.

Alesi dan Correa dilaporkan berada di hospital dan dalam keadaan stabil.

 

 

Mereka semua dijadualkan bertanding dalam perlumbaan akhir pada hari ini. Susulan kemalangan yang melanda, kesemua perlumbaan termasuklah Formula 1 dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada kehilangan Anthoine.

Juara dunia 5 kali, Lewis Hamilton mengucapkan takziah dengan berkata, “Berita yang mendukacitakan. Semoga tuhan merahmati Anthoine.”

Sementara itu, seorang lagi pemandu F1 iaitu Max Verstappen berkata dia amat terkejut dengan berita ini. “Teribble. Saya bersimpati kepada keluarga, rakan, pasukan dan semua yang menyayangi Anthoine.”

 

 

Lebih menyayat hati apabila ini merupakan musim pertama mendiang dalam perlumbaan Formula 2. Walaupun masih baru, dia telahpun menunjukkan perkembangan membanggakan selepas dia memenangi 2 pusingan di litar Monaco dan Perancis.

#RIP

 

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

IKLAN