Pelawak Dan Pelakon, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ditemui Terbaring Dalam Bilik Air

Share

Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, telah meninggal dunia pada 26 Januari 2022 kira-kira jam 8 malam.

Menerusi laporan mStar

, menurut adik allahyarham, Hasenah, Pian ditemui dalam terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ibunya.

Ujarnya kepada portal tersebut, “Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada pukul 10.30 malam.”

Ketika bersama kumpulan Cecupak.

Menurut adik allahyarham lagi, arwah abangnya itu mungkin meninggal dunia disebabkan penyakit jantung kerana memiliki sejarah menghidap penyakit tersebut sejak 2018.

Kemunculannya menerusi rancangan realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1990-an dan kemudiannya menyertai kumpulan Cecupak merupakan titik tolak penglibatan allahyarham dalam industri hiburan Malaysia.

Pian Cecupak ketika zaman mudanya.

Walaupun tidak sepopular kumpulan lawak Senario, namun kumpulan Cecupak memiliki peminat mereka yang tersendiri.

Pian pernah berkahwin namun bercerai pada 2000, hasil perhubungan tersebut dia dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN